Assalamualaikum.
"Islam Hanya Pada Nama?" ayat yang sangat popular dan diketahui ramai. Entri ini boleh dikatakan tidak lari jauh dari konsep tersebut. Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat perkara ini, cuma perlu lihat keadaan sekeliling, berapa ramai diantara kita yang menjaga makanan mereka dengan bersungguh memastikan bahawa ianya halal berbanding perkara lain.
Padahal terdapat banyak lagi perkara lain yang lebih berat tidak diberi perhatian dari segi ekonomi atau pergaulan. Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram. Mungkin sebab kita jahil, dan sikap ingin belajar itu kurang apabila merujuk kepada sesuatu perkara.
Tetapi sekurang-kurangnya kita masih lagi memberi perhatian halal terhadap makanan. Walaupun kadang-kadang kita nampak sesuatu perkara itu kecil dimata kita tetapi perkara itu mungkin jauh lebih besar apabila dilihat melalui ilmu. Mari kita buka minda, Islam adalah satu agama yang syumul dan setiap yang diperintahkan kepada umatnya pasti ada hikmah disebaliknya.