CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Starbucks Coffee Halal atau Haram ?


Assalamualaikum. 
Starbucks Corporation adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. 

Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi. Melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit.
Jadi persoalannya adakah air kopi dari Starbucks ini halal atau haram? Sebentar tadi ada satu post yang telah dikongsikan oleh salah seorang rakan facebook yang menyatakan air kopi ini adalah haram kerana mengandungi beberapa ramuan yang tidak halal. Boleh tengok gambar dibawah ini mengenai ramuan yang dinyatakan. 




Oleh kerana tidak pasti mengenai maklumat yang disebarkan itu cs cuba mendapatkan kepastian di laman web jakim sendiri iaitu di Halal.com.my. Berikut merupakan ulasan Jakim mengenai isu status halal Starbucks ini. 

1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
 
2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


Status halal Starbucks ini telah diperbaharui dan akan tamat pada 31/4/2014 menurut laman web halal.com.my. Jadi nasihat kepada yang kongsi sesuatu perkara itu sila selidik terlebih dahulu dan pastikan anda benar-benar pasti dengan kesahihan maklumat itu sebelum kongsi kepada orang lain. Perkara seperti ini boleh menyebabkan kekeliruan oleh banyak pihak.


sumber :  Portal Rasmi Halal Malaysia

20 pendapat bernas:

produk dia insyaAllah halal..
cuma orang mempertikaikan status company tu yg bantu Zionis dalam macam2 benda.. sama cam McD :idea

 

seumur hidup tak penah beli pape kat starbuck tu.. hebat tak.. heheh

 

Tapi.. haritu jenguk2 jugak mana tandda halal di sekitar kedai.. tapi.. x jumpa pun.. knapa ye agaknya ;apa

 

Salam daripada Zalora Malaysia,

Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.

Kami ingin bertanya adakah anda pernah membeli-belah di www.zalora.com.my ? Kami berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama anda.

Email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my :)

 

saya pun tak pernah lagi jejak kaki ke sana.

 

Halal tu boleh check di web JAKIM.

Cuma itulah, yang menjadi persoalan tentang wang yang dkatakan disalurkan ke Israel.

Terpulang, nak minum, minum.
Tak nak minum pun hak masing-masing.

:)

*entah berapa kurun tidak jenguk ke sini :p

 

betul tu, hak masing-masing, tetapi pastikan ia halalan toyyiban :-)
Sihat itu Indah

 

Lame dah tak minum starbuck...urmmm...macam old town jugak kan...banyak cerita orang cakap tak halal...tp kat kedai ada pulak tag halal kat tampal kat dinding...acane tu?...jom follow meng'follow'...sharing ilmu is caring akhirat...;)

myebutterflys@blogspot.com

 

pernah sekali..mungkin orang yang sebarkan tu nak kita boikot barangan keluaran Yahudi. kennnnn?

 

baru nak BW atok cs..

daa dpt info baru jenguk kat sini
btw good info :)

sy daa lma x jejakkan kaki ke starbucks last 2008!!

seab apa? sebab sy x minat laa..ngee~~

sekain :P

 

Memang ada logo sah jakim kat resit bayarannya.starbuck malaysia ok.kat madinah pun ada starbuck.starbuck negara oghang putih tak bolehlah .

 

Memang ada logo sah jakim kat resit bayarannya.starbuck malaysia ok.kat madinah pun ada starbuck.starbuck negara oghang putih tak bolehlah .

 

Gud info.. For those yg suke sebarkan info/mesej berantai ni... Plss check dulu.. Jgn main nak sbar sesuka hati.... Takut apa yg disebar mnjadi saham dosa bila msj yg kita bg diforward oleh org lain plk... Think and check before forward to others... Tq

 

Sy xpena pun pegi sggh ke lepak starbuck.. Sbb ari2 lalu xde pun logo halal dorg show.. Teringin nk beli donut dye.. Gebu sgt tp tkot klu xhalal.. ⌣́_⌣̀Hmmpphh◦°◦ºº◦°

 

Tapi ada ke tarikh 31 April 2014????

 

Saya gile kopi, suka gak g starbuck ni sbb tempat dia best, cozy. Tapi klu dah was was g kedai kopi lainlah, lagipun x nak support zionis. Coffee bean boleh kan?

 

Good sharing, Starbucks now offers its premier coffee brand Starbucks Reserve to Malaysians, further strengthening its hold as the coffee franchise powerhouse and authority in the country. Head to Starbucks Reserve The Gardens shopping mall today to heighten your senses and take pleasure in a cup of good coffee made by the best, see detail at:
http://kidbuxblog.com/starbucks-opens-its-first-premier-reserve-store-in-malaysia/





Best Regards,
Your favorite Split Queen Box Springs or split queen box spring mattress selection.

 

Ramai anak bangsa kita kerja dekat starbucks,mcD,kfc dan sebagainya . Automatik ramai pertikai halal haram . Contohnya mcm mcD sebelum ni