Fakta Menarik Mengenai Geografi Bumi


Assalamualaikum. 
Geografi ialah kajian tentang lokasi, taburan, kekerapan dan interaksi semua unsur penting manusia dan alam sekitar di permukaan Bumi dan apa yang ada di atasnya. Dua bidang utama dalam geografi ialah geografi fizikal yang menumpukan pada sains bumi, dan geografi manusia yang memfokuskan kepada sains sosial ataupun aspek bukan-fizikal. Berikut merupakan antara fakta yang menarik mengenai geografi bumi.








1 - Delta Danube merupakan delta Eropah terbesar dan paling terpelihara selepas Delta Volga.


2 - Tasik Tanganyika merupakan tasik air tawar kedua terbesar dan kedua terdalam di dunia.


3 -  Empat mata angin utama ditentukan mengikut kutub dan arah putaran Bumi.


4 -  Laut Mati merupakan kawasan paling rendah di dunia yang tidak dilitupi ais, dan juga merupakan laut/tasik termasin di dunia.
 

5 -  Sistem koordinat geografi membenarkan setiap lokasi di dunia ditentukan oleh tiga koordinat.

6 - Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia, tetapi bukan yang terbesar.

  




Sungai Nil





7 - Hemisfera utara mempunyai 90% dari jumlah penduduk bumi.


8 -  Masa di Kutub Selatan mengikut zon masa New Zealand.


9 -  Air terjun Angel di venezuela adalah air terjun jatuh-bebas tertinggi di dunia dengan ketinggian 979 meter.




Air Terjun Angel





10 -  Walaupun Peta berbentuk statik dua dimensi, boleh menggambarkan dengan tepat secara geometri ruang tiga dimensi.


11 - Dataran Tiananmen merupakan dataran bandar terbuka yang terbesar di dunia.


12 -  Sungai Amazon adalah sungai yang terbesar di dunia berdasarkan jumlah air.


13 - Lebih 60% tasik di dunia ini terletak di Kanada.


14 - Air terjun Niagara sebenarnya terdiri daripada tiga buah air terjun.


15 -  Tasik-Tasik Besar membentuk kumpulan tasik air tawar terbesar di dunia.




8 comments:

  1. menarik. tapi kalau ade gambar tuk semua tu lagi syok... hehe. mesti cantik habes! hehe. :)

    ReplyDelete
  2. ahahha,tak paham sgt...baca sekali lalu je... ha'ah letak pic lg best...tp cam bnyk lak enn...

    ReplyDelete
  3. 3/5 tasik dunia ada kt Canada?!
    :wow

    negara ke2 paling terbesar di dunia ialah Canada rupa nyer :sosek

    ReplyDelete
  4. sungai terpanjang ngan terbesar lain2 erk? taktau pulak aku... hoho...

    ReplyDelete
  5. letak lah pic banyak2 sket..best tgok pemandangn..

    ReplyDelete
  6. singgah berblogwalking dan follow,..jemput join contest http://neiaa90.blogspot.com/2012/07/contest-my-beloved-follower.html, kalau sudi.

    ReplyDelete
  7. nice post :)
    ditunggu kunjungan baliknya yaah ,

    ReplyDelete