Assalamualaikum.
Akal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk berfikir dan membuat pendalilan dan Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Ini merupakan scerita mengenai perihal akal dan nafsu semasa mengadap Allah s.w.t.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
Akal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk berfikir dan membuat pendalilan dan Nafsu bermakna keinginan, kecenderungan atau dorongan hati yang kuat. Ini merupakan scerita mengenai perihal akal dan nafsu semasa mengadap Allah s.w.t.
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :
Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke 13 Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."
Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri.
Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya di neraka jahanam selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."
Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa. Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah. Jadi pada kemuliaan yang terdapat pada bulan rejab ini mari sama-sama kita meningkatkan amalan kita.
lelaki ada 1 nafsu 9 akal, manakala perempuan ada 9 nafsu 1 akal..tetapi kenapa kes rogal berleluasa...huhuuhu
ReplyDeleteapabila nafsu mengusai diri...akal tidak dapt berfungsi melainkan mengikut kehendak nafsu..
ReplyDeletegua pernah baca yang rejab ni bulan bisu..
ReplyDeletebetul sbb tidak diisytiharkan padanya peperangan dan tidak didengari padanya suara senjata
ReplyDeleteassalamualaikum..
ReplyDeleteperkongsian bermanfaat..mohon untuk saya siarkan di laman blog saya ye..
waalaikumsalam...silakan...
ReplyDeletemenarik pengisian....mohon share:)syukran
ReplyDeletejangan biarkan diri anda diselubungi misteri~~ eh.. nafsuu~~
ReplyDeletejangan biarkan diri anda diselubungi misteri~~ eh.. nafsuu~~
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian.
ReplyDeleteMarhaban Ya Ramadhan :)
ReplyDeletetrimakasi untuk share nya yah gan :)
tq for info..mmg terbaik lah dapat cerita mcm ini..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com
ReplyDelete