CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Waktu Disunatkan Azan Dilaungkan


Assalamualaikum. 
Azan pada bahasa membawa maksud memberitahu atau seruan, pengistiharan dan pengumuman. Pada syarak pula azan ialah zikir yang ditentukan untuk memeberitahu telah masuknya waktu solat fardu.

Antara waktu dan ketikanya disunatkan untuk dilaungkan azan ialah :

1 - Azan dan Iqamah kepada bayi yang baru dilahirkan sama ada lelaki atau perempuan. 


2 - Ketika berlaku kebakaran kerana syaitan secara tidak langsung memarakkan lagi nyalaan api.


3 - Ketika sesat di dalam hutan atau di perjalanan kerana azan dapat memberi petunjuk dengan izin Allah.


4 - Orang yang dirasuk syaitan. Syaitan menjadi gerun dengan kalimah-kalimah azan. 


5 - Bagi orang yang hendak memulakan perjalanan jauh seperti mengerjakan haji.


6 -  Ketika berperang untuk meningkatkan semangat para pejuang. 


 “Ada dua waktu tidak ditolak doa orang yang berdoa, iaitu ketika iqamah sembahyang dan dalam barisan jihad pada jalan Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban) 




Cara Mengira Zikir Menggunakan Jari Jemari

Assalamualaikum
Zikir bermaksud ingat atau sebut. Biasanya kita lihat kebanyakan orang akan mengira zikir mereka  menggunakan tasbih dan ada juga yang mengira dengan menggunakan jari. Sebenarnya sebelum ini cs pun tidak tahu macam mana cara untuk mengira zikir dengan menggunakan jari. 



Biasanya hentam sja kiranya. Kebetulan 2-3 minggu lepas cs jumpa satu gambar yang telah dikongsikan oleh salah satu fan page di facebook yang mengajar bagaimana untuk mengira zikir dengan menggunakan jari jemari kita. Jadi untuk entri ini cs nak berkongsi gambar yang telah dikongsikan kepada cs tempoh hari. 

 



Rasanya tidak perlu cs nak huraikan lagi gambar diatas ini kerana ianya sudah lengkap dan mudah difahami. Penerangan yang diberikan didalam gambar juga tidak begitu rumit dan sangat ringkas. Jadi pasti tidak ada masalah untuk memahaminya kan. 

"Dari Abu Dhar berkata, lalu beliau bertanya kepada Muhammad Rasullallah ,"Sukakah engkau(Muhammad s.a.w) memberitahu ucapan apakah yang paling disukai oleh Allah? "(Muhammad menjawab s.a.w) SubahanAllahi Wabihamdi (Maha Suci Allah dan Segala Puji bagi-Nya).

- H A T I -


Assalamualaikum.
Hati merupakan salah satu anggota badan yang paling penting dalam diri setiap manusia. Ianya merupakan tempat yang diturunkan ilmu pengetahuan dan rahmat dari Allah s.w.t. Kata Saidina Ali RA : " Bekas-bekas (tempat diturunkan ilmu dan rahmat) Allah di dunia ini adalah hati". Para ulama membahagikan hati kepada 4 bahagian iaitu :


Hati  Hidup
  ialah hati yang tenang diselaputi dengan iman dan dipenuhi dengan cahaya.Yakin dan Ikhlas serta dipenuhi dengan cinta kepada Allah SWT. Mencintai apa sahaja yang Allah Cintai serta Redha kepada Allah SWT.





Hati Mati 
ialah hati yang dipenuhi dengan kegelapan dan bersifat ganas, seperti rumah yang ditinggalkan dan didiami oleh syaitan, Dipenuhi dengan  sifat munafiq, kafir dan maksiat. hatinya adalah seperti hati orang kafir.






Hati Sakit
ialah hati yang Imannya sentiasa berubah, kadang-kadang menjadi munafiq dan kadang-kadang berminat kepada Islam, Hatinya sentiasa dibelai dengan nafsu, bergelombang dengan fitnah dan tergoda dengan syaitan, ia adalah hati yang terlalu lemah iman.




Hati Yang Kosong
ialah hati yang apa jua diisi ia tidak membawa apa-apa faedah,tidak mengenal kebaikan dan tidak mengenal kejahatan, apa yang menjadi matlamatnya adalah nafsu semata-mata, inilah hati orang munafiq.





Hati yang bersih dapat menolong kita mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kita tidak dapat melihat apa yang ada dalam hati seseorang itu, jadi tidak perlu kita menuding siapa yang baik dan siapa yang jahat. Tetapi peribadi yang baik itu sendiri kadang-kadang dapat menggambarkan hati yang baik. Sama - sama kita semak hati dan cuba perbaiki hati kita supaya menjadi lebih baik.

Aurat : Peka Atau Tidak ?


Assalamualaikum.
Aurat merupakan salah satu topik sangat kerap dibicarakan. Jadi tidak perlu lagi menerangkan apa yang dimaksudkan dengan aurat. Kaum hawa sentiasa menjadi mangsa kepada topik ini, sedar atau tidak sebenarnya kaum adam juga tidak boleh lari daripada topik ini. Disini merupakan antara bahagian yang tidak begitu diberi perhatian oleh kaum adam dan hawa.

 







Seperti gambar diatas ini, kaum adam sering sekali memandang ringan mengenai aurat semasa bersukan. Kita juga boleh melihat ramai kaum adam sekarang yang tidak menutup bahagian lutut semasa berada diluar dan menjadi trend sekarang untuk memakai seluar pendek. Kalau ya pun ingin mengikut trend, ianya juga perlu berlandaskan garis panduan dalam Islam.








Manakala kaum hawa pula sering memandang ringan aurat bahagian lengan mereka, iaitu dengan sering memakai t-shirt yang berlengan pendek. Tidak dinafikan banyak syarikat yang mencipta pakaian seragam kerja yang berlengan pendek tetapi kita sebagai seorang muslim hendaklah mencari alternatif lain. Contohnya dengan memakai inner yang berlengan panjang. 

Islam itu mudah jika kita memahaminya. 



Blogger Boy - Kisah Blogger Si Pelukis Komik

Assalamualaikum.
Blogger boy ialah sebuah siri drama terbitan Red Communications untuk saluran 8TV yang mengisahkan seorang guru tuisyen yang menyamar identitinya sebagai seorang pelukis komik yang melukis kehidupannya dalam blognya. Siri drama ini telah ditayangkan pada bulan Mei 2009 hingga April 2010. 





Blogger Boy mengisahkan kehidupan pahit manis seorang jejaka bernama Budi (Qi). Budi, masih mencari-cari erti sebenar kehidupan di bandar Kuala Lumpur. 

Pada waktu yang sama, Budi juga mempunyai identiti rahsia di sebuah laman blog miliknya yang diberi nama Budak KL. Setelah lebih sebulan menganggur, Budi akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan tetap di sebuah pusat tuisyen.

Budi yang sentiasa didesak oleh ibunya untuk berkahwin, telah mengambil keputusan untuk melamar teman wanitanya, Zehan. Namun Zehan terlebih dahulu memberikan kejutan apabila mengeluarkan kad jemputan perkahwinannya dengan lelaki lain sebelum Budi sempat melamarnya.



 

Budi yang hampa dan sedih menghabiskan hari-harinya berkurung di dalam bilik. Kid (Nas-T) teman serumah Budi menasihatinya untuk bersemuka dengan Zehan untuk membuktikan bahawa hidupnya sempurna tanpa Zehan di sisinya. 

Budi yang bersetuju dengan idea gila Kid kemudiannya bertemu dengan Zehan, namun hatinya begitu sakit melihat Zehan sedang mencuba baju pengantin. Budi bergegas keluar kerana tidak mahu bertemu dengan tunang Zehan.  





 

Walaupun begitu dalam keadaan tergesa-gesa,  Budi terserempak dengan teman sekolah lamanya Nina, seorang jurugambar. Kekecewaannya diluahkan dalam blog. Tidak lama kemudiaan laman blog Budi mula menjadi ikutan ramai.  Pelayar berdebat tentang karakter dan jalan cerita si Budak KL itu. Blogger boy merupakan idea kreatif Lina Tan, Rafidah Abdullah dan Bernard Chauly. Merekalah penerbit, penulis dan pengarahnya.






Siri drama ini tidak lagi disiarkan di saluran 8TV.  Sebenarnya siri drama ini merupakan penyebab cs berminat menjadi seorang blogger. Tidak sangka minat yang disangka hanya akan bertahan dalam masa yang singkat menjadi satu hobi yang berterusan. Pada yang berminat untuk menonton siri ini boleh memuat turun untuk musim 1 dan musim 2 . 


Aku Maafkan Kamu - Malique & Jamal Abdillah


Assalamualaikum.
Lagu ini merupakan hasil karya terbaru Malique selepas lagu "Perang Dah Tamat yang dinyanyikan oleh Rabbani dan Malique. Setiap lagu mempunyai lirik dan setiap lirik mempunyai maksud tersendiri. Ada yang mudah dirungkai dan ada yang hanya penulis lirik saja tahu apa maksudnya. 



 Sambil dengan lagu mari hayati liriknya. 

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak
 
Atur sepuluh daktil batal yang batil
Detik dua usul ditutup satu lagi tampil
Dari halaman rusuk kiri satu susuk ganjil
Minta diisolasi dari dalil busuk jahil
Aspirasi tak serasi dengan suara bunyi
Inkarserasi dari penghuni dan keluarga bumi
Surat wasiatnya atas paksi dalam rumi
Minta dikebumikan hidup-hidup dalam guni
Mana cepat terbang atau warna gelang tangan
Buah fikiran aneh tergantung di persimpangan
Halusinasi susuli ketandusan ihsan
Ubat parut auditori kesan artileri insan
Gagal dikesan

Aku maafkan kamu

Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku
 
Timbul tenggelam, timbul tenggelam
Acapkali terpendam, acapkali tersergam
Cermin muka kopak penuh bintik hitam silam
Ini bukan lagu rindu ini madah dendam
Kutimbang tanpa neraca di awal usia
Ku dihukum masuk neraka oleh manusia
Minta tunjuk lubang atau pintu tak dapat jawapan jitu
Jadi aku tak berganjak biarkan saja begitu
Maafkan mereka, mereka tidak tahu
Mereka tidak ramas buku, mereka segan ilmu
Mereka tidak fasih malah fasik guna kata
Kita kongsi nama bangsa tapi tidak kasta bahasa
Maafkan mereka, mereka tiada nilai
Ibu bapa lalai dari kecil dah diabai
Tanpa kasih sayang, mereka suka menyakiti
Kita kongsi warna mata tapi tidak warna hati

Atas kepala murai sekawan

Mari ku ramit kucup lehernya
Terlalu rahi dendam di angan
Sampai terkacip mulut mahirnya
Kenapa awak tak pukul mereka?
Saya tak suka pada keganasan

Jangan ahli sihir seru nama maharaja

Nanti segerombolan hantu bisu yang menjelma
Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda
Pura-pura dengar, telan tapi tidak hadam
Hafaz bila lafaz tapi mereka tidak faham
Mereka mula kiri, aku kanan bila baca
Sudah mahir rumi, mari tafsir alif ba ta

(Alif)

Ada teratak di hujung kampung

(Ba)

Bawah cermin kopak ada kotak

(Ta)

Tersembunyi dalamnya ada tempurung

Sembunyi bawahnya katak melalak


Ternyata kamu lebih suci dari apa yang kubayangkan



Lagu ini dijadikan salah satu isi blog ini kerana ianya mempunyai banyak maksud yang mendalam dan lagu yang menarik. Walaupun lagu ini boleh dikatakan sudah lama keudara di corong-corong radio tetapi ianya masih lagi sedap didengar.

Muat Turun : sini

Kawal Kemarahan Cara Islam

Assalamualaikum.  
Setiap yang bergelar manusia pasti pernah marah dan mempunyai perasaan marah. Berapa ramai yang dapat mengawalnya dengan cara yang betul. Pastinya ramai yang lebih suka melepaskan perasaan marah daripada menahannya. Di sini terdapat diantara kaedah untuk mengawal perasaan marah mengikut cara Islam.




1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)

2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.

7. Berfikiran positif.

8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.

10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.




Sabda Rasulullah s.a.w dalam satu yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bermaksud :

"Jangan kami memutuskan silaturahim dan jangan kamu bergaduh dan jangan kamu berhasad dengki dan jadilah hamba Allah s.w.t yang bersaudara."

Kesan negatif dari perasaan marah adalah lebih banyak dari positif. Semoga kita dapat mengurangkan dan mengawal perasaan marah sebelum terlewat. 

Maulidur Rasul Dalam Bahasa Lain

Assalamualaikum.
Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.  Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Terdapat banyak nama yang disebut untuk mengambarkan hari bersejarah ini. Disini ada cs nak kongsikan gelaran yang digunakan dalam beberapa bahasa. Antaranya ialah : 
 
Nama
Bahasa
Maksud
Mawlid an-Nabī
Arab
"Kelahiran Nabi"
Milād an-Nabī
Arab dan Urdu
"Kelahiran Nabi"
Mevlid-i Şerif
Turki
"Kelahiran yang dirahmati"
Mevlud/Mevlid
bahasa Bosnia
"Kelahiran"
Mawlūd-e Sharīf
Urdu dan Dari
"Kelahiran yang dirahmati
Zadruz-e Payambar-e Akram
Parsi
"Kelahiran yang agung/yang dirahmati"
Eid al-Mawlid an-Nabawī
Arab
"Pesta kelahiran Nabi"
Eid-e-Milād-un-Nabī
Urdu
"Pesta kelahiran Nabi"
Mawlid en-Nabaoui Echarif
Arab Algeria
"Kelahiran Nabi yang dirahmati"
el Mūled (en-Nabawi)
/Mūled en-Nabi
Arab Mesir
"Kelahiran (Nabi)/Kelahiran Nabi"
Yawm an-Nabī
Arab
"Hari Nabi"
Maulidur-Rasūl
Melayu
"Kelahiran pesuruh Allah"
Mulud
Jawa
"Kelahiran"
Maulid Nabi
Indonesia
"Kelahiran Nabi"
Maulud Nabi
Malaysia
"Kelahiran Nabi"
Meeladu Nabi
Sri Lanka, India Selatan dan Maldives
 "Kelahiran Nabi"


Objektif diadakan sambutan Maulidur Rasul ialah untuk mengembalikan ingatan kita umat akhir zaman terhadap junjungan besar kita Muhammad Rasulullah saw. Dengan mengingatinya akan menambahkan lagi perasaan cinta kasih kepadanya serta mengenang, menghargai serta mengambil iktibar kisah suka duka perjuangannya. Walaupun sambutan Maulidur Rasul ini adalah satu adat sahaja tapi ia adalah adat yang bersifat ibadah dan wajar diteruskan. 

Selain itu, kita juga sering sahaja diajak untuk berselawat sempena menyambut maulidur rasul. Jadikan selawat kepada Rasulullah itu amalan seharian bukan sahaja sempena menyambut Maulidur Rasul.

Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:
Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
 
Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.

sumber ; 1

Tutup Aib Saudara Islam

Assalamualaikum. 
Aib menurut kamus dewan ialah hina atau malu oleh sebab sesuatu perbuatan yg tidak sopan. Pastinya setiap diantara kita mempunyai aib dan tidak ingin ianya terbongkar. Ianya merupakan salah satu perkara yang berkaitan dengan maruah. Di dalam Islam terdapat larangan membuka aib saudara Islam. 


Nilai menutup keaiban seorang itu amat dihargai disisi Allah s.w.t dan menzahirkan keaiban seseorang itu dikira sesuatu amalan yang buruk kerana keharmonian rakyat akan terjejas dan keluarga akan berpecah belah. 







Sabda Rasulullah s.a.w. yang maksud :

"Sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim Allah s.w.t akan menutup keaibannya di hari kiamat". Hadis Riwayat Muslim. 







Hadis ini merupakan salah satu hadis yang memberi secukupnya didikan yang paling penting bagi umat Islam. Menutup aib dan rahsia seorang muslim merupakan sesuatu pertolongan yang demi menjaga maruahnya didepan khalayak dalam semua masyarakat muslim mahupun bukan muslim. 

 

Membongkarkan keaiban orang lain merupakan satu sifat keji dan hati yang busuk yang tidak mahu mendapat rahmat Allah s.w.t bukan sahaja didunia bahkan dihari kiamat dimana rahsia-rahsia manusia akan dibongkarkan atau tetap dirahsiakan bagi orang yang tidak membongkarkan rahsia orang lain. 


  
sumber : Buku Permata hadis 40 : Pedoman Hidup Muslim : Ustaz Abu Ahmad dan Abdul Rashed Ebrahim.

Akibat Tidak Buat Senaman Regangan (Warming Up)


Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas cs bersukan selepas hampir setengah tahun berehat. Bersukan dan panaskan badan memang sesuatu yang sangat berkait antara satu sama lain. Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kebaikannya jika dilakukan dengan betul dan keburukan jika salah melakukannya.



 Jadi apa yang berlaku ialah cs tidak memanaskan badan sebelum bersukan dan akibatnya semasa menaik dan menurun tangga urat rasa terkejang. Tapi selepas 2-3 hari kekejangan itu sudah mula berkurangan . Seperti juga kenderaan, kita perlu memanaskan diri dulu sebelum melakukan aktiviti yang berat. Kenderaan jika tidak dipanaskan enjin, ianya akan membawa kesan yang buruk pada jangka masa panjang. 







Faktor utama memanaskan badan ialah untuk melindungi otot, tendon dan ligamen terkoyak ketika pergerakan regangan yang kasar. Ini penting terutama bagi aktiviti seperti membaling dan menendang bola yang memerlukan pelbagai gerakan. memanaskan badan juga meningkatkan pengaliran darah melalui tisu lembut dengan melebarkan saluran darah dan hasilnya, suhu meningkat dan anggota badan menjadi lebih lembut.

 

Sama seperti kesan buruk yang dialami apabila tidak memanaskan badan, berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan senaman juga merbahaya. Ambil sedikit masa untuk menyejukkan otot secara teratur untuk mengelakkan kekejangan dan mengurangkan kesakitan otot. Menyejukkan badan menyebabkan rerambut otot menutup dan menghalang darah `berkumpul' yang boleh membawa kepada penurunan tekanan darah secara tiba-tiba.






                           


Selepas melakukan senaman dengan lasak, anda perlu secara beransur-ansur mengurangkan tahap keseriusan senaman dengan berjoging atau berjalan secara perlahan. Kemudian lakukan semula regangan dan melonggarkan tubuh seperti sebelum bersenam. Apabila semua ini dilakukan, anda dengan yakin boleh berhenti bersenam kerana melakukan usaha terbaik untuk melindungi tubuh anda. Selepas ini kalau nak mula bersenam atau bersukan kena panaskan badan dan menyejukkan untuk mengelakkan kesan buruk selepas bersenam. 



 p/s : gambar diambil dari google.com

Nafsu Muka Buku ( Cinta Muka Buku Versi Islamik)


 Assalamualaikum.
Lagu Muka Buku ini merupaka parody kepada lagu Cinta Muka Buku yang dipopularkan oleh Najwa Latif.Terjumpa lagu ini masa tengah jalan-jalan kat youtube. Video ini masih belum lagi popular seperti parody cinta muka bulu yang sangat cepat sekali menaik popularitinya.


  
 

Nafsu Muka Buku
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu ooo
Fitnah dunia atasku
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah rasa bersalah hati tak menentu oooo
Oh Tuhan bantu aku
Bagaimana harus bersua,  baik kita lupakan saja
Kau dan aku, masih muda remaja,
Tak perlu memikirkan cinta sahaja
Banyak persoalan yang berada di minda,
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
NAFSU kata apa salah kau terima dia
IMAN kata lebih baik kau tinggal saja
Banyak dosa banyak juga kemungkarannya
Hati & rasa tak dibiar saja
Daripada terjebak dalam perangkapnya
Harus elakkan semuanya dari mula
Pabila kau cuba bermanis kata padaku
Ku rasa sesuatu yang tak diperlu oooo
Ini cinta penuh nafsu
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tapi kata imanku oooo
Itu hanya cinta nafsu
Cinta di Muka Buku
Bagaimana harus bersua, ku rasa lebih baik kita lupakan saja
Ini semua hanya mainan nafsu
Yang sentiasa dibisikkan pihak ketiga
Jika kau cintakan aku
Jumpalah waliku
——————————
Walaupun suara penyanyi ini tidak sehebat sebagaimana penyanyi asal tetapi apa yang disampaikan adalah sesuatu yang berharga. Terdapat banyak strategi untuk berdakwah dan lagu merupakan salah satu daripadanya.

sumber : Lagu dan Lirik

Fenomena Ustaz Don Daniyal

Assalamualaikum.
Ustaz Don atau nama sebenarnya  Don Daniyal Don Biyajid merupakan seorang ustaz yang baru saja cs kenal selepas menonton salah satu daripada video yang dikongsikan oleh kawan-kawan di facebook. Penyampaian beliau yang menggunakan loghat utara membuatkan ianya lebih menarik dan mudah diterima oleh orang yang mendengarnya.


Video yang bertajuk "Anak Asset ke Syurga atau Neraka?" itu boleh membuatkan seseorang itu berfikir bagaimana orang lain menyempurnakan jenazah Ibubapa kita apabila sampai masanya dan bagaimana pula kita menyempurnakannya. Ilmu merupakan sesuatu yang penting dalam melakukannya sesuatu perkara. Tanpa ilmu pasti sesuatu perkara itu susah untuk dilaksanakan.

Ustaz Don merupakan pengacara kepada salah satu program saluran tv Al-Hijrah yang bertajuk "30 minit bersama Ustaz Don". Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif. Kepada yagn terlepas untuk menonton program tersebut boleh klik sini untuk menonton rakamannya di salah satu saluran Youtube.

Selamat Tinggal ShoutMix ... Selamat Datang Fibox

Assalamualaikum.
ShoutMix telah menamatkan perkhidmatan percumanya kepada semua pengguna pada 1/1/2012. Jika masih ingin menggunakan shoutmix perlu menggunakan akaun premium yang dikenakan bayaran. Jadi ianya pasti akan membuatkan ramai berhenti menggunakan perkhidmatan itu. 

Selamat Tinggal ShoutMix

Selain daripada shoutmix terdapat banyak lagi pihak yang menyediakan perkhidmatan shoutbox ini. Salah satu daripadanya ialah Fibox yang sedang cs gunakan sekarang. Shoutbox ini sangat sesuai kepada kaki blogwalking kerana dengan menggunakan fibox ini kita tidak perlu  meletakkan nama dan url blog pada setiap blog yang diterjah. Fibox merupakan produk yang dibuat oleh orang Malaysia.

Laman rasmi Fibox
Klik sini untuk mendaftar dan untuk mendapatkan code html fibox. Selamat mencuba.

p/s : terima kasih kepada yuu kerana telah kenalkan fibox ini.

Lidah - Antara Aib Dan Kebaikan

Assalamualaikum.
Lidah ialah salah satu organ manusia yang kadang kala sukar dikawal. Ianya juga menjadi salah satu dari jalan aib dan kebaikan kita terbuka. Lidah dan percakapan adalah sesuatu yang tidak dapat dipisahkan pada dalam perhubungan sesama manusia. 


Lidah juga kadang-kadang boleh menjadi pemula dan pengakhir kepada satu pertelingkahan. Ini adalah satu hadis yang mengajar kita untuk menjaga lidah supaya tidak menyesal pada akhir perbualan.

Sabda Rasulullah  s.a.w yang bermaksud,

 “Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya." ’(Hadis riwayat Ibnu Majah).


Perbualan merupakan salah satu tempat paling mudah pertelingkahan berlaku akibat salah paham. Kita juga dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Banyak perkara baik boleh datang dari lidah dan ianya bergantung kepada penggunanya. 


Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.