CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

How to Istiqamah ?

Assalamualaikum

Soalan terbit dari hati berjaya diterbitkan melalui lidah. How to istiqamah dalam beribadah kepada Allah? 

Alhamdulillah . Allah kurniakan seorang sahabat yang berilmu untuk berkongsi cara istiqamah. Jawapan yang diberi sangat ringkas dan padat. "Cinta akan ibadah yang kita". Contoh kalau kita suka solat berjemaah. Maintain sampai kita rasa kelazatan tu sampai pada diri.

Sudah berapa lama kita hidup dengan menjadikan nasi sebagai makanan ruji kita? Fuhh. sangat istiqamah ya kita dari kecil sampai sekarang masih lagi nasi menjadi makanan ruji. Pada yang baru kembali kepada jalan Allah yang sebelumnya tersasar.

Jangan terlalu mengejar dengan melakukan banyak ibadah disebabkan semangat itu. Takut-takut tertinggal semua. Mulakan dengan melakukan sedikit ibadah dan tambah sedikit demi sedikit.

Bayi yang baru lahir tidak terus diberi makan nasi bro. Diorang bermula dengan minum susu, sehingga sampai masa dia makan nestum. Lepas tu baru belajar makan yang lain-lain. Banyak kisah yang kita pernah dengar mengenai orang yang dipilih Allah untuk ke syurga dan kebanyakannya adalah perkara yang kita nampak sangat kecil. Rahsianya ialah istiqamah.





Reach me at facebook. or twitter


Alhamdulillah.


Assalamualaikum. 

Alhamdulillah, syukur masih ada nafas . 

Alhamdulillah, nadi masih berdenyut,

Alhamdulillah, masih diberi ruang waktu,

Alhamdulillah, jari ini kembali menari di papan kekunci.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk berkongsi,

Alhamdulillah, diberi pengalaman baru,

Alhamdulillah, masih diselamatkan walau telah terpesong,

Alhamdulillah, kini terasa lebih kuat.

Alhamdulillah, diberi nikmat ketenangan semula. 

Alhamdulillah, tiada kata lain untuk ditutur selain rasa syukur tidak terhingga.

 
 

Semak Keputusan MUET Sesi November 2013


Assalamualaikum . 
Sudah lebih kurang 1-2 bulan tak berupdate blog, bila ada masa just repost entri yang dah lama. Pada yang tertanya mengenai keputusan muet sesi november 2013, boleh menyemak secara online dan sms. Berikut merupakan langkah untuk menyemak keputusan muet sesi 2013.


Cara Semakan MUET Sesi November 2013 Semakan Guna SMS
Calon boleh buat semakan guna Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip MUET RESULT NO. KAD PENGENALAN dan menghantarnya ke 15888, mulai 12.01 tengah malam 16 Januari 2014 sehingga jam 11.59 malam, 15 Mac 2014.


Cara Semakan MUET November 2013 Online
Menurut kenyataan itu, mereka juga boleh berbuat demikian melalui sistem dalam talian dengan melayari portal MPM di http://www.mpm.edu.my mulai 9 pagi.

 
Rayuan Semakan Semula Keputusan MUET
Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan MUET boleh membuat rayuan penyemakan semula keputusan MUET dengan bayaran RM70.

 
Tarikh Tutup Rayuan Semak Semula
Tarikh tutup rayuan semak semula  mulai 16 Januari hingga 27 Januari 2014.

Semoga berjaya kepada yang akan menyemak keputusan muet nanti . 


Orang Kita Halal Hanya Pada Makanan ?


Assalamualaikum.
"Islam Hanya Pada  Nama?" ayat yang sangat popular dan diketahui ramai. Entri ini boleh dikatakan tidak lari jauh dari konsep tersebut. Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat perkara ini, cuma perlu lihat keadaan sekeliling, berapa ramai diantara kita yang menjaga makanan mereka dengan bersungguh memastikan bahawa ianya halal berbanding perkara lain. 



Padahal terdapat banyak lagi perkara lain yang lebih berat tidak diberi perhatian dari segi ekonomi atau pergaulan. Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram. Mungkin sebab kita jahil, dan sikap ingin belajar itu kurang apabila merujuk kepada sesuatu perkara.




Tetapi sekurang-kurangnya kita masih lagi memberi perhatian halal terhadap makanan. Walaupun kadang-kadang kita nampak sesuatu perkara itu kecil dimata kita tetapi perkara itu mungkin jauh lebih besar apabila dilihat melalui ilmu. Mari kita buka minda, Islam adalah satu agama yang syumul dan setiap yang diperintahkan kepada umatnya pasti ada hikmah disebaliknya.