CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Lalui Ramadhan dengan ilmu

Assalamualaikum.
Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ada yang sudah melaluinya 10 kali , 20 kali, 30 kali dan lebih daripada itu. Tetapi berapa ramai diantara kita yang melaluinya dengan melakukan persediaan yang cukup dan mantap. Setiap perkara yang kita lakukan itu kita perlukan ilmu untuk melakukan dengan betul dan teratur.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud 
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai yang bangun malam dia tidak memperolehi apa-apa kecuali berjaga. Riwayat Imam Ahmad.

Salah satu perkara penting dalam menyediakan diri untuk menghadapi Ramadhan ialah dengan menambahkan ilmu berkaitan puasa. Kita seharusnya berpuasa 365 hari dalam setahun bukan hanya dibulan Ramadhan sebab puasa itu sendiri membawa maksud menahan diri melakukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Puasa didalam bulan Ramadhan pula membawa maksud menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. 



Ramai yang lebih mengfokuskan diri kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Puasa merangkumi banyak perkara antaranya kita hendaklah berpuasa dari lidah dengan tidak bercakap perkara yang sia-sia. Begitu juga dengan mata dan telinga, kita hendaklah menjaganya supaya puasa kita tadi tidak menjadi sia-sia. Semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dengan mendalami ilmu mengenainya. 



Peristiwa Israk Mi'raj


Assalamualaikum...
Israk Mi'raj membawa maksud perjalanan Nabi Muhammad saw. dari Makkah ke Bayt Al-Maqdis, kemudian naik ke Sidratul-Muntaha, bahkan melampauinya, serta kembalinya ke Makkah dalam waktu sangat singkat, merupakan tentangan terbesar sesudah Al-Quran diberikan oleh Allah s.w.t kepada umat manusia. Peristiwa ini membuktikan bahwa ‘ilm dan qudrat Tuhan meliputi dan menjangkau, bahkan mengatasi, segala yang terbatas dan  tak terbatas tanpa terbatas waktu atau ruang.

Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejab tahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

 Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama. Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah. 

-Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.  


- Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab. 


- Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan  


- Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir.


-  Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.   
- Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.  


- Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal  


- Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan.


-  Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab  


- Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.  


- Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.


Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

sumber : wikipedia

    Starbucks Coffee Halal atau Haram ?


    Assalamualaikum. 
    Starbucks Corporation adalah rangkaian kedai kopi dan kopi antarabangsa berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. 

    Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi. Melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit.
    Jadi persoalannya adakah air kopi dari Starbucks ini halal atau haram? Sebentar tadi ada satu post yang telah dikongsikan oleh salah seorang rakan facebook yang menyatakan air kopi ini adalah haram kerana mengandungi beberapa ramuan yang tidak halal. Boleh tengok gambar dibawah ini mengenai ramuan yang dinyatakan. 




    Oleh kerana tidak pasti mengenai maklumat yang disebarkan itu cs cuba mendapatkan kepastian di laman web jakim sendiri iaitu di Halal.com.my. Berikut merupakan ulasan Jakim mengenai isu status halal Starbucks ini. 

    1. JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung email yang menyatakan “JAKIM telah mengesahkan restoran Starbuck Coffee adalah haram kerana terdapat bahan yang direndam arak, untuk pengesahan sila hubungi 03-8886400”. Kenyataan ini juga telah disebarkan melalui laman sosial Facebok.
     
    2. Adalah dimakumkan bahawa JAKIM tidak pernah mengeluarkan apa-apa kenyataan sama ada melalui media massa atau portal rasmi JAKIM yang mengatakan restoran Starbuck Coffee adalah haram.

    3. Restoran Starbuck Coffee telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM bermula dari 1 Ogos 2009 dan akan tamat pada 31 Julai 2012. Justeru JAKIM menasihatkan pengguna yang ingin ke restoran Starbuck Coffee maka perlu melihat Sijil dan logo halal yang dipamerkan di restoran tersebut atau merujuk www.halal.gov.my untuk pengesahan.


    Status halal Starbucks ini telah diperbaharui dan akan tamat pada 31/4/2014 menurut laman web halal.com.my. Jadi nasihat kepada yang kongsi sesuatu perkara itu sila selidik terlebih dahulu dan pastikan anda benar-benar pasti dengan kesahihan maklumat itu sebelum kongsi kepada orang lain. Perkara seperti ini boleh menyebabkan kekeliruan oleh banyak pihak.


    sumber :  Portal Rasmi Halal Malaysia

    Kronologi Empayar Turki Uthmaniyyah



    Assalamualaikum. 

    Empayar Turki Uthmaniyyah  keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. 



    Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. 



    Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan. Berikut merupakan kronologi Empayar Uthmaniyyah yang berakhir secara rasmi pada tahun 1924M.




    • 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.

    • 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

    • 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

    • 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

    • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

    • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

    • 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

    • 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

    • 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

    • 1526M- Perang Mohacs

    • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

    • 1571M- Perang Lepanto berlaku.

    • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

    • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

    • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

    • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

    • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

    • 1792M- Perjanjian Jassy.

    • 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".

    • 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

    • 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

    • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

    • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

    • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

    • 1829M- Perjanjian Adrianople.

    • 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

    • 1841M- Konvensyen Selat.

    • 1853M- Bermulanya Perang Krimea.

    • 1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

    • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

    • 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

    • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

    • 1912M- Perang Balkan pertama.

    • 1913M- Perang Balkan kedua.

    • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

    • 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

    • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

    • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

    sumber :   wikipedia

    Tak Faham Bentuk Pendek Perkataan ? (Short Form Word)


    Assalamualaikum.
    Pernah tak mengalami situasi apabila kita tengah berbual di facebook, whatsapp atau sms kita tidak faham beberapa perkataan yang digunakan oleh mereka ? Ya, cs pun kadang-kadang mengalami situasi yang sama dan terpaksa bertanyakan semula apa yang cuba disampaikan.

    Menggunakan singkatan ini ada baiknya dan ada buruknya, kebaikannya ialah ianya dapat menjimatkan jumlah kuata huruf pada sistem sms dan juga dapat menjimatkan masa walaupun tidak banyak. 

    Keburukannya pula adalah ianya boleh mengakibatkan salah faham antara dua pihak yang berhubung tadi. Entri ini ingin berkongsi serba sedikit ringkasan perkataan yang sering digunakan dan mungkin 
    diantaranya anda tidak tahu. Ringkasan yang dikongsikan ini hanya dalam versi bahasa inggeris.


    • 10q
      Thank you
    • 10x
      Thanks
    • 2
      Too, or to
    • 2L8
      Too late
    • 2U2
      To you too
    • 4GM
      Forgive me
    • ?4U
      Question for you
       
    • AFK
      Away from keyboard
    • AKA
      Also known as
    • ASAP
      As soon as possible
    • ASL or A/S/L
      Age / sex / location
    • ATEOTD
      At The End of the Day
        
    • BF
      Boy friend
    • BFF
      Best friends forever
    • BFFL
      Best friends for life
    • BFN
      Bye for now
    • BRB
      Be Right Back

    • BSOD
      Blue Screen of Death
    • BUMP
      Bring Up My Post

    Sebenarnya banyak lagi ringkasan yang digunakan tidak ada dalam senarai diatas. Kalau nak dikongsikan semua pasti tak cukup satu entri ini. Ringkasan yang lain boleh dilihat disini. Terima kasih kerana membaca .
    ^_^

    Panduan Menggunakan Google dengan Lebih Advanced


    Assalamualaikum..
    Google, Inc. merupakan sebuah syarikat awam Amerika Syarikat, yang mendapat untung dari iklan yang berkaitan dengan enjin gelintar Internet, e-mel, pemetaan dalam talian, produktiviti pejabat, rangkaian sosial dan perkhidmatan berkongsi video. Google pada awalnya ditubuhkan sebagai syarikat sendirian berhad pada 7 September 1998. Syarikat yang bertapak di Mountain View, California ini mempunyai 19,786 orang pekerja sepenuh masa setakat 31 Mac 2009. Eric Schmidt, bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Novell, merupakan CEO Google sekarang, semenjak penubuh syarikat ini Larry Page meletak jawatan. Google juga menyediakan kata kunci untuk carian bagi pelbagai info penting untuk query data yang dicari umpamanya:


    "INURL:ceritasekupang.blogspot.com" Fungsi "inurl"  ialah mencari url yang memiliki data yang dicari. jika seperti diatas, Google akan memaparkan Login admin.


     klik gambar untuk kepuasan maksima

    "INTITLE:"ceritasekupang"  keyword untuk mencari index file menggunakan maklumat title.

     klik gambar untuk kepuasan maksima

    "FILETYPE:pdf" kunci carian file mengikut format file.


     klik gambar untuk kepuasan maksima

    "SITE:ceritasekupang.blogspot.com" Mencari segala maklumat domain terbabit yang ada dlm database google.
     klik gambar untuk kepuasan maksima

    Basic operator diatas dapat dimanipulasi dengan lebih detail jika anda memahami penggunaannya dengan lebih tepat untuk info yang lebih lanjut sila klik sini.
     

    Menarik 14 Februari

    Assalamualaikum.
    14 Februari selalu dikenang hanya mengenai satu peristiwa yang sebenarnya haram disambut oleh orang Islam iaitu Hari Memperingati Kekasih atau hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol pada 14 Februari 1492. Sebenarnya terdapat banyak lagi peristiwa lain yang berlaku pada tarikh yang sama yang tidak dikenang dan diingati. Antara peristiwa itu ialah : 

    1009 - Catatan terawal pernah diketahui mengenai Lithuania terdapat dalam catatan biara Quedlinburg.

    1014 - Paus Benedict VIII mengiktiraf Henry dari Bavaria selaku Raja Jerman.
     
    1743 - Henry Pelham menjadi Perdana Menteri United Kingdom.

    1778 - Bendera Amerika Syarikat buat julung kalinya diiktiraf secara rasmi oleh sesebuah kapal tentera laut asing, apabila Laksamana Perancis Toussaint-Guillaume Picquet de la Motte melancarkan tabik sembilan tembakan untuk kapal USS Ranger yang diperintah oleh John Paul Jones.
     
    1779 - James Cook dibunuh oleh orang asli Hawaii berhampiran Kealakekua di Pulau Hawaii.

    1804 - Karađorđe Petrović menjadi pemimpin Pemberontakan Serbia Pertama.

    1876 - Elisha Gray (gambar) dan Alexander Graham Bell masing-masing memfailkan paten untuk telefon.

    1879 - Angkatan bersenjata Chile menduduki pelabuhan Antofagasta di Bolivia, memulakan Perang di Pasifik.
     
    1900 - Rusia membalas tekanan antarabangsa untuk membebaskan Finland dengan mengetatkan penguasaan terhadap negara itu.

    1900 - Perang Boer Kedua: Di Afrika Selatan, 20,000 tentera British menyerang Orange Free State.

    1918 - Kesatuan Soviet memakai takwim Gregory (pada 1 Februari mengikut takwim Julius).

    1919 - Bermulanya Perang Poland-Soviet.

    1942 - Perang Dunia Kedua: Singapura jatuh di tangan Jepun di Pertempuran Pasir Panjang.
     
    1944 - Perang Dunia Kedua: Pemberontakan anti-Jepun di Pulau Jawa.

    1945 - Perang Dunia Kedua: Pada hari kedua pengeboman Dresden, Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Amerika Syarikat mula membedil kota Dresden, ibu negeri Saxony di Jerman.

    1945 - Perang Dunia Kedua: Kota Prague terkena bedilan mungkin disebabkan kesilapan pada orientasi juruterbang yang dikerah untuk membedil Dresden.
     
    1945 - Presiden Franklin D. Roosevelt bertenu dengan Raja Ibnu Saud dari Arab Saudi di atas kapal USS Quincy, maka bermulanya hubungan diplomatik AS-Saudi secara rasminya.

    1945 - Perang Dunia Kedua: Mostar dibebaskan oleh kumpulan gerila Yugoslavia.

    1946 - Bank England dimiliknegarakan.

    1949 - Knesset (Parlimen Israel) bersidang buat julung kalinya.

    1961 - Penemuan unsur kimia: Unsur 103, Lawrensium, disintesiskan buat kali pertama di  Universiti California.

    1989 - Sebuah fatwa dikeluarkan untuk hukuman mati Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verses yang dianggap "mengkufuri Islam".

     1989 - Satelit pertama dalam buruj satelit Sistem Kedudukan Sejagat ditempatkan di orbit sederhana bumi.

    1996 - China melancarkan roket Changzheng 3 yang mengangkut satelit Intelsat 708. Roket terbabit terbabas selepas tiga saat berlepas lalu terhempas di sebuah perkampungan.

    2005 - Bekas Perdana Menteri Lubnan Rafik Hariri terbunuh apabila perarakan keretanya diletupkan di Beirut, mencetuskan Revolusi Sedar.

     2005 - Tujuh orang terkorban dan 151 lagi cedera dalam kejadian pengeboman di kawasan kewangan Makati di Metro Manila, Bandar Raya Davao dan Bandar Raya Jeneral Santos di Filipina, yang dilakukan oleh militan yang disyaki berhubung rapat dengan Al-Qaeda. 

    2010 - Kabel elektrik voltan tinggi menimpa dua bas di Port Harcourt, Nigeria, menyebabkan 20 penumpang maut terkena kejutan elektrik.

    2011 - Republik Rakyat China menggantikan Jepun sebagai ekonomi kedua terbesar di dunia mengikut KDNK nominal.

    2011 - Sebagai sebahagian daripada kebangkitan dunia Arab, bantahan Bahrain 2011 bermula.



    Banyak perkara  yang telah berlaku dalam hidup kita tetapi berapa perkara yang  kita ingat dan kenang?                                            

    sumber : 1

    Fakta Menarik Yang Perlu Anda Tahu

    Assalamualaikum. 





    -  Dalam perancangan bandar, jalan mati dibina bagi mengehadkan lalu lintas di kawasan kediaman.

    -  Perang Mamluk-Uthmaniyyah menukar Empayar Uthmaniyyah kepada sebuah empayar besar

    - Di negara maju, peraturan pembinaan mewajibkan jurutera mengambil kira pencecairan tanah ketika mereka bentuk bangunan baharu?

    - Terdapat beribu-ribu penyakit yang telah dikategorikan sebagai penyakit jarang jumpa, kebanyakannya diakibatkan oleh genetik

    -  Hutan hujan Amazon meliputi kawasan milik sembilan negara

    -  Fansub adalah versi filem atau rancangan televisyen asing yang diterjemahkan oleh peminat

    -  Kereta rasmi kerajaan turut berfungsi sebagai simbol automotif bagi ketua negara dan negara masing-masing

    -  Bahasa Isyarat Malaysia diadaptasi daripada Bahasa Isyarat Amerika, dan menjadi asas Bahasa Isyarat Indonesia.

    -  Fotografi udara pertama kali dilakukan oleh jurugambar dan jurubelon Perancis Gaspard-Félix Tournachon pada tahun 1858

    - Dalam kerajaan klasik Melayu, Bendahara merupakan jawatan yang diwarisi

    -  Gas pemedih mata sebenarnya bukan gas, tetapi sejenis serbuk asid yang amat halus.

    - Dua pertiga daripada pengguna telefon bimbit adalah pengguna telefon bimbit prabayar.

    - Mi segera berasal daripada versi segera bagi masakan Jepun iaitu ramen.


    sumber : wikipedia.org

    "Nikah Khitbah TIKET untuk BERCOUPLE "


    Assalamualaikum.
    Entah berapa lama rasanya blog ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang update. Tak update bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan idea pun dah tak datang singgah. Akhirnya setelah sekian lama idea bercuti, hari ini dapat juga menaip entri baru.



    Berbalik kepada tajuk entri ini, masyarakat kita sekarang memandang mudah kepada isu bercinta sebelum nikah atau lebih dikenali dengan istilah "couple". Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Setiap permasalahan dan persoalan yang timbul pasti ada jawapan terbaik dan boleh diterima akal. 



    Didalam soal perkhawinan juga Islam tidak menyusahkan umatnya terutama kepada yang ingin berkhawin tetapi masih tidak mempunyai kemampuan untuk menyara sebuah keluarga. Kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. 






    Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

    - Suami
    - Isteri

    - Wali
    - Saksi
    - Aqad (Ijab Qabul)



    Cuma bezanya ialah pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti masih menuntut di universiti atau kolej, tidak berkemampuan menyewa rumah atau belum bersedia menanggung kehidupan berumahtangga. 



    Kesimpulan mengenai nikah khitbah ini ialah bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
      

    Anda mungkin berminat >> Nikah Khitbah vs Tunang 
     
    sumber : iluvislam.com