CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Posisi tidur Menurut Islam dan Sains

Assalamualaikum.
Tidur ialah keadaan rehat yang dialami oleh setiap manusia. Posisi tidur pula ada keadaan semasa kita tidur. Diriwayatkan daripada Barra2 bin 'Azib r.a. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda :

"Apabila kamu hendak tidur ditempat pembaringan kamu, hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu". Riwayat Bukhari dan Muslim.

Hadis diatas jelas menerangkan bahawa kita diarahkan untuk tidur mengiring ke kanan. Terdapat beberapa posisi tidur yang lain iaitu :

Tidur Terlentang 
Seseorang yang tidur meniarap di atas perutnya selepas tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas. Kedudukan seperti ini juga menyebabkan kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak. Tidur meniarap adalah dilarang oleh Islam.  Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w . Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya: “Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya.” (Hr Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)

Abu Umamah r.a berkata: Nabi s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Hr Ibnu Majah)



Tidur menelentang

Tidur menelentang akan menyebabkan pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan mereganngnya rahang bawah. Sepatutnya hidung yang bernafas kerana ia terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya gusi yang akhirnya menyebabkan radang.

Tidur mengiring ke kiri

Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana jantung ketika itu dihimpit oleh paru kanan yang mana ia lebih besar dari paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan kecergasan jantung lebih2 lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.


Tidur yang terbaik

Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih kecil daripada paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.


Perbandingan diantara tidur mengiring ke kanan dan tidur mengiring ke ke kiri

Kajian yang telah menunjukkan bahawa makanan yang lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang sama.



Edit Gambar Secara Online


Assalamualaikum.
Hari ini cs nak kongsi mengenai laman web yang boleh digunakan untuk mengedit gambar secara online. Rasanya mungkin ramai yang dah tahu dan yang tidak. Cs dapat tahu mengenai web ni sudah agak lama tetapi hari ini baru terfikir nak share kat sini. Terdapat banyak laman web yang boleh digunakan untuk mengedit gambar secara online tetapi cs hanya dapat kongsi satu sahaja buat masa ini iaitu :

www.picnik.com











kepada yang nak edit biasa-biasa tu boleh sja guna laman web picnik. Kalau yang suka edit secara  advance terpaksa guna sofware seperti adobe photoshop  atau photoscape.

Cara tukar email Nuffnang


Assalamualaikum.
Setelah hampir beberapa ketika cs menggunakan satu email yang bercampur dengan laman sosial facebook yang sering menghantar email yang tidak penting dan hanya memenuhkan inbox email. Cs membuat keputusan untuk menukarnya ke email yang sama dengan blog untuk memudahkan mendapat update terbaharu dari nuffnang. Oleh sebab ingin membersihkan sawang diblog ini, cs buat keputusan untuk kongsi cara untuk tukar email nuffnang. 

1. Mula-mula login macam biasa.

2. Pergi hubungi kami (helpdesk nuffnang). Kemudian, isi ruang hantar tiket untuk memohon tukar email dan hantar.


Contoh tiket yang sudah diisi

 3. Setelah itu, tunggu maklum balas daripada pihak nuffnang dan  minta korang bagi email baru. Maksud cs, yang nak guna untuk login bila dah kena approve oleh pihak nuffnang.

4. Seterusnya, pihak nuffnang akan menghantar notis/email yang memberitahu bahawa permohonan sudah diterima. Ini adalah contoh email yang dihantar oleh pihak nuffnang.

Hello *************,
This is to notify you that your login e-mail address has been changed and any future e-mails from Nuffnang Malaysia will be sent to this mailbox.

Should you have any queries or in need of any
  assistance regarding this, please feel free to
contact us through our Help Desk support at http://www.nuffnang.com.my/help
and a member of our team will get back to you A.S.A.P.

Thank you.


[This is a computer generated email, please do not
reply to this address]

5. Akhir sekali login akaun nuffnang dengan email yang baru tadi. Setakat itu saja yang mampu bagi tahu tentang benda ini. Selamat mencuba dan terima kasih kerana membaca. 


6 Fakta Menarik Mengenai AES


Assalamualaikum.

Pada tahun 2011, sebanyak 450,000 kemalangan jalan raya telah dicatatkan di negara kita. Hampir 7,000 pengguna jalan raya telah maut dengan kadar purata sebanyak 18 hingga 19 kematian setiap hari. Dari inilah wujud Sistem Penguatkusaan Automatik (AES) yang memainkan peranannya. Sistem ini kini beroperasi dan berikut terdapat beberapa fakta yang patut diketahui mengenai AES. 


- AES mengesan dan merekodkan kesalahan trafik secara automatik menggunakan sistem termaju dimana kamera diletakkan di beberapa kawasan kerap berlaku kemalangan.


- Ia merupakan sebuah sistem yang terbukti yang kini digunakan di banyak negara antaranya ialah Perancis, Jerman dan Australia.


- Sistem ini bukanlah kamera yang tersembunyi! Amaran yang mencukupi dalam bentuk papan tanda akan diletakkan sebelum pengguna jalan raya memasuki zon AES.


- AES membantu inisiatif penguatkuasaan lalu lintas dengan memastikan kaedah mengesan kesalahan yang tepat. 


 - Sistem ini boleh mengesan beberapa kenderaan secara serentak yang melakukan kesalahan pada bila-bila masa. 


- Buat masa ini, sistem ini digunakan untuk mengesan mereka yang melebihi had laju dan melanggar lampu merah. (merupakan kesalahan trafik paling kerap).


Jadi sentiasa awasi kelajuan kenderaan  dan patuhilah semua peraturan lalu lintas. Jadikanlah jalan raya lebih selamat untuk semua pengguna. Untuk mengetahui senarai penuh lokasi pemasangan AES seluruh negeri boleh rujuk sini.



Scan Gangguan Jin dalam diri

Assalamualaikum.
Jin merupakan salah satu daripada ciptaan Allah s.w.t. CS pun baru tau yang kita sebenarnya boleh scan sama ada dalam diri kita ni ada penghuni lain selain roh kita. Jadi apa salahnya berkongsi ilmu yang ini kepada orang lain. Biasanya sewaktu orang kena rasuk atau disampuk oleh jin atau syaitan perawat biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.

Cara untuk scan diri sama ada jin berada dalam badan kita atau tidak adalah dengan menggunakan ayat-ayat Al-Ruqyah Al-Syar-‘iyyah iaitu jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Dengan hanya menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadiths-hadiths Rasulullah SAW yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

Rasulullah SAW bersabda, "Setiap penyakit ada ubat penawarnya dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah." ( HR. Muslim .



Senarai ayat ruqyah ialah :

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya

Para ulama sepakat membolehkan Ruqyah dengan tiga syarat ;

1. Dengan mempergunakan firman Allah ( ayat-ayat Al-Quran ) atau nama-nama dan sifat-sifat-Nya.
2. Mempergunakan Bahasa Arab atau bahasa yang dapat difahami maknanya.
3. Berkeyakinan bahwa zat Ruqyah tidak berpengaruh apa-apa kecuali atas izin Allah SWT.

Antara anda-tanda diri anda dihuni Jin ialah
- Denyutan jantung makin kencang
- Badan begegar
- Ada benda bergerak-gerak bawah kulit
- Mengantuk/menguap
- Batuk
- Gelisah
- Panas di tengkuk

Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika ada yang  baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal. 

Rujukan dari >>> sini

p/s: klik sini untuk download

10 Perkara Tidak Akan Disoal Allah s.w.t


Assalamulaikum.


1 .... Allah tidak akan bertanya apa jenis kereta anda memandu, Dia akan bertanya berapa banyak orang yang tidak mempunyai kenderaan yang ditumpangkan.



2 ... . Allah tidak akan bertanya besar rumah anda, Dia akan bertanya berapa banyak orang yang anda alu-alukan ke dalam rumah anda.



3 ... . Allah tidak akan bertanya berapa banyak pakaian yang anda ada, Dia akan bertanya berapa pakaian yang telah membantu orang lain.



4 ... . Allah tidak akan bertanya berapa banyak gaji yang anda dapat, Dia akan bertanya bagaimana anda memperolehinya.


5 ... . Allah tidak akan bertanya apa jawatan anda , Dia akan bertanya adakah anda bekerja dengan bersungguh-sungguh.


6 ... . Allah tidak akan bertanya berapa ramai kawan-kawan anda ada, Dia akan bertanya berapa ramai orang yang anda kawan kepada mereka.



7 ... . Allah tidak akan bertanya apa kejiranan anda tinggal, Dia akan bertanya bagaimana anda merawat jiran-jiran anda.



8 ... . Allah tidak akan bertanya tentang warna kulit anda, Dia akan bertanyakan mengenai kandungan watak anda.



9 ... . Allah tidak akan bertanya mengapa ia mengambil masa anda begitu lama untuk mendapatkan keselamatan, Dia penuh kasih sayang akan membawa anda ke rumah agam anda di syurga, dan tidak kepada pintu-pintu neraka.



10 ... Allah tidak akan bertanya bagaimana ramai orang membaca ini, Dia akan meminta jika anda malu untuk mendapatkan pengetahuan yang lebih Islam dan berkongsi dengan kawan anda.



 Happy moments - praise Allah.   

Difficult moments - seek Allah.     


Quiet moments - worship Allah.  


Painful moments - trust Allah. 


Moment by moment - thank Allah


Sumber sini .

10 Pelayar Web Terpantas Di Dunia

Assalamualaikum. 
Pelayar Web (Web Brower) merupakan salah satu daripada aplikasi penting pada komputer peribadi. Kita tidak dapat menggunakan internet dengan baik sekiranya kita tidak mempunyai perisian pelayar web yang baik. Terdapat banyak pelayar sesawang yang telah dicipta. 

Berikut merupakan antara 10 pelayar sesawang yang paling pantas setakat ini:




<<< 10 -  Avant Browser



 













  




<<< 8 - Phaseout










 7 - flock  >>>












<<< 6 - Maxthon













5 - Opera >>>














<<< 4 - Safari




 







3 - Google Chrome  >>>




























p/s : klik pada nama browser untuk download o.0

Kecelaruan Personaliti

Assalamualaikum.
Kecelaruan personaliti (split personality) atau  disebut "Dissociative identity disorder" merupakan salah satu diagnosis psikiatri dan menerangkan keadaan dimana seseorang itu memaparkan identiti yang berbeza atau personaliti yang berbeza. Kecelaruan personaliti ini merupakan salah tu daripada penyakit psikologi. Kecelaruan personaliti dalam maksud mudah ialah apabila seseorang mempunyai dua atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza. Kadangkala mereka akan muncul baik, dan tanpa sebarang amaran mereka akan berubah menjadi seorang yang negatif.

Kecelaruan personaliti ini boleh dibahagikan kepada empat iaitu :
 
Pertama: Ciri-ciri Personaliti Pradominan: Ganjil dan Esentrik
 
1.Kecelaruan Paranoid - memaparkan tingkah laku ganjil seperti mengesyaki org lain, tidak mempercayai orang, sensitif dan selalu menyalahkan org lain.

2. Kecelaruan personaliti skidzoid - ketidakpusan hati dalam membentuk hubungan emosi yg baik dengan orang lain dan mempunyai beberapa kawan rapat yang terpilih yang tidak ramai.

3. Kecelaruan Personaliti Skizotipal - menunjukkan gaya komunikasi , fikiran dan aksi yang aneh . Individu ini sering memencil diri daripada berinteraksi sosial, tidak banyak mengadakan hubungan peribadi yg bermakna, mengelak diri drp berinteraksi, sensitif, pentingkan diri dan pertuturan juga tidak jelas .



4. Kecelaruan personaliti pengelakkan - satu kecelaruan yang menjelaskan tentang seseorang individu yang sering mengelak daripada mengadakan hubungan intim kerana bimbang ia tidak akan diterima oleh orang-orang tertentu.


Terdapat banyak punca terjadinya kecelaruan personaliti ini , antaranya ialah :

- Faktor biologi -  genetik, ketidakseimbangan hormon dan pemakanan.
 
- Faktor pembelajaran serta proses pelaziman yang tidak sesuai.
 
- Faktor Psikososial - kejadian trauma pada zaman kanak-kanak seperti dipukul, kemalangan atau kematian ibu bapa. Pengalamann ini akan menyebabkan satu trauma psikologi yang tidak mudah luput. Tekanan hidup lazimnya akan menyebabkan trauma yang dialami pada masa yang lampau itu timbul semula. 

sumber : wikipedia

Jumaat - Penghulu Segala Hari


Assalamualaikum....
Hari Jumaat ialah hari kebesaran Islam bagi orang mukmin. Hari yang mulia ditentukan buat umat Muhammad SAW. Pada hari itu kepada sesiapa yang berdoa Allah akan memakbulkan doanya. Setiap muslim dikehendaki mempersiapkan diri untuk hari Jumaat mulai dari hari Khamis dengan membersihkan pakaian dan memperbanyakkan tasbih serta memohon keampunan kepada Allah SWT pada malam Jumaat lagi. Kerana pada masa itu nilai mulianya sama dengan masa yang dirahsiakan oleh tuhan pada hari Jumaat

Amalan Sunat Hari Jumaat

Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.

Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW: " Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat  maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telor. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"

Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

Solat Sunat dan Bacaan Surah Pilihan

Kerjakanlah sembahyang tahiyatul masjid dan yang paling afdhal hendaklah menunaikan sembahyang itu empat rakaat dengan membaca setiap rakaat sesudah Fatihah dengan bacaan Surah Al-Ikhlas sebanyak 50 kali. Dalam sebuah hadis dinayatakan: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang itu tidak akan mati sebelum ia melihat tempat di syurga"

Jangan tingggalkan sembahyang tahiyatul masjid sekalipun imam sedang berkhutbah. Di Dalam sunnah dinyatakan bahawa sangat baik jika membaca dalam keempat-empat rakaat sembahyang itu dengan surah Al-Anaam, Al-Kahfi atau Yasin. Jika tidak mampu maka bacalah Surah Yasin atau Surah ad-Dukhan atau Alif Lam As-Sajdah atau surah Al-Mulk tetapi jangan sampai tidak membaca surah-surah itu pada malam Jumaat, kerana di dalamnya terdapat beberapa kelebihan.

Manakala pada hari Jumaat pula hendaklah ia memperbanyakkan membaca surah al-Ikhlas dan selawat ke atas Nabi. Apabila Imam naik ke mimbar hentikanlah sembahyang sunat dan juga berkata-kata, jawablah seruan muazzin kemudian perhatikan khutbahnya.. Apabila selesai dari sembahyang Jumaat, maka bacalah Al-Fatihah 7 kali sebelum berkata-kata dan  surah Al-Ikhlas, Surah Ma'uzatain (Surah Al-Falak dan An-Nas) amalan sebanyak 7 kali (Lihat Kitab Sirussalikin Jil 1 - 2. m.s 82).

Hal itu dapat memelihara diri seseorang muslim dari satu Jumaat hingga Jumaat akan datang dan memeliharanya dari syaitan.

Kemudian beradalah di masjid hingga waktu Asar atau sampai Maghrib dan hendaklah memperelokkan dalam beribadah pada waktu yang baik iaitu sepanjang hari Jumaat.


Bajet 2013 - Ringkasan Lengkap Pembentangan


Assalamualaikum..
Bajet 2013 sememangnya dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyaksikan pembentangan bajet 2013 tadi, berikut merupakan ringkasan mengenai pembentangan bajet 2013.










Apa pendapat anda mengenai bajet kali ini ? Jom kongsi bersama cs diruangan komen dibawah.

sumber :  sini

Genap Setahun Tak Dapat BE Nuffnang

Assalamualaikum.
Buffered Earning (BE) ni adalah suatu campaign Nuffnang yang akan terdapat satu column lagi pada bahagian atas yang di namakan BE. BE ni merupakan campaign yang berbeza sama sekali dengan campaign iklan biasa. Sekiranya dapat BE ini duit masuk lebih banyak berbanding dengan campaign iklan biasa. 


Setelah hampir beberapa ketika berblog, terdetik di hati ini untuk tengok kalau-kalau ada BE. Selepas tengok bahagian BE kat laman keramat nuffnang baru perasan yang sudah masuk ulangtahun pertama cs tak dapat BE.





Lepas dari kejadian blog kena delete tahun lepas terus nuffnang berhenti berikan BE untuk blog ini.  Dulu sebelum kejadian blog kena delete ada juga datang dan pergi BE, tapi sekarang dah hampir setahun pergi tak datang-datang juga.  


Apa itu Says.my ? - Buat Duit Sambil Online


Assalamualaikum.
Kali ini cs ingin berkongsi beberapa maklumat mengenai SAYS.my, iaitu sebuah komuniti pengguna media sosial khas di Malaysia yang berkongsi mengenai berita terkini. Melalui komuniti ini, anda berpeluang untuk mendapat pelbagai ganjaran seperti duit dan hadiah-hadiah yang menarik. Anda hanya perlu berkongsi kempen yang disediakan di laman web tersebut dan melakukan 'survey', kemudian tunggu duit untuk masuk ke dalam akaun anda. Setiap kempen mempunyai jangka masa tersendiri dan akan bertukar kepada kempen atau survey yang lain . 

Berikut merupakan antara contoh kempen yang sedang berjalan sekarang : .

AntaraMuka Says.my

 Selepas anda berkongsi, anda dapat melakukan 'cash out' untuk duit yang anda dapat. Duit yang dikumpulkan hendaklah berjumlah sekurang-kurangnya RM50.00 sebelum dikeluarkan. Anda juga boleh mendapat ganjaran hanya dengan mengajak rakan anda menyertai komuniti ini. Setiap rakan yang telah disahkan oleh kakitangan SAYS.my, anda akan mendapat sebanyak RM5.00. Lagi ramai rakan anda yang daftar, lagi banyak anda dapat ganjarannya. Sertai sekarang dan anda akan mendapat bonus rm5.00. Kepada yang berminat untuk sertai komuniti says boleh klik SINI .
Kepada yang masih keliru mengenai says.my boleh bertanyakan diruangan komen dibawah atau anda boleh rujuk says.my FAQ.


Tips Mengelakkan Wifi Anda Dari "Dipinjam"

Assalamualaikum.
Itu satu tindakan yang terpaksa cs lakukan supaya masih dapat berkomunikasi diruangan maya ini. Tapi itu semua hanya 2 hari selepas internet dirumah dipotong akibat terlewat untuk membayar sebab bil sampai lambat. Ramai juga yang menghadapi masalah bil sampai lambat ini. 


Alhamdulillah hari ini selepas menjelaskan bayaran cs boleh kembali menggunakan internet sendiri dengan kelajuan yang sangat memuaskan hati. Kali ini cs ingin berkongsi bagaimana cara untuk meningkatkan lagi sekuriti wifi dirumah anda supaya ianya sukar untuk "dipinjam" oleh jiran anda yang lain. Sebenarnya setiap sekuriti wifi ini ada kekurangan masing-masing. 

Sumber daripada google.com

Mungkin ada di antara anda pernah menggunakan laptop di tempat awam. Walaubagaimanapun terdapat signal wireless di ‘access point’ (AP) yang tidak membenarkan anda memasuki network atau menggunakan internet daripadanya. 


Inilah yang dinamakan enkripsi data, sama ada tempat tersebut menggunakan wired equivalent privacy (WEP) mahupun wifi protected access (WPA), kedua-duanya akan melindungi akses poin tersebut diakses daripada orang yang tidak dikehendaki. 


Disini cs ingin berkongsi cara untuk tingkatkan sekuriti wifi dirumah anda dengan mengubah sekuriti wifi anda kepada WPA daripada menggunakan WEP kerana sekuriti WEP sangat mudah untuk digodam. 

Caranya,:--

1. Log-in ke router menggunakan admin account (http://192.168.1.1) 
Klik sini untuk semak Password asal modem anda.
Username: tmadmin
Password: tmadmin
 (setiap modem mungkin berbeza)

2. Pergi ke Wireless > Basic
a. Tukar  SSID to any prefered ID.
b. Save/Apply.

Menggunakan default SSID oleh TM akan membiarkan seluruh dunia tahu bahawa anda menggunakan TM modem wayarles yang dibekalkan
(eg. Riger DB108-WL) dan dengan itu lebih mudah bagi penggodam untuk mengenal pasti apa modem yang korang gunakan dan cuba untuk mengeksploitasi apa-apa kelemahan yang diketahui oleh penggodam tersebut.

3. Pergi ke
Wireless > Security
a. Tukar "Network Authentication" kepada WPA2-PSK.

b. Key in the "WPA Pre-Shared Key".
Gunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol bagi kunci yang baik dalam menggunakan apa-apa kata laluan yang dibuat
. (i.e 10wy@tdotn3t^_^ ) 

Ingat kunci ini kerana  perlu key-in pada tiap-tiap peranti wayarles (laptop, handphone, dan sebagainya) cuba untuk menyambung kepada rangkaian ini.


peranti lama mungkin tidak menyokong WPA2. Jika ini berlaku, sebaliknya
gunakan WPA-PSK.

c - Pilih "
AES" untuk "WPA Encryption"

Save and reboot PC anda.


4. Tukar router login password for tmadmin and tmuser


a.
Management > Access Control > Password

Tukar password for
tmadmin and tmuser.

b.
Save/Apply.

5. Akhir sekali
"Save/Reboot"

 
Walaupun anda sudah bertukar kepada sekuriti WPA ini wifi anda masih lagi berpontensi untuk digodam tetapi peratus  ianya digodam adalah lebih rendah berbanding menggunakan sekuriti wifi WEP. Selain daripada menukar kepada jenis sekuriti WPA ini anda juga dinasihatkan supaya menggunakan kata kekunci yang panjang dan diselitkan dengan nombor supaya ianya menjadi lebih susah untuk digodam.

Sumber : sini