CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Dia Kembali Lagi....

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ini hari selasa 5/10/2010 bersamaan dengan 26 syawal 1431 hijrah akan bermula satu penilaian didalam sistem pelajaran malaysia iaitu penilaian menengah rendah better known as PMR...disebabkan dah tak da benda nak taip..aku nak share serba sedikit mengenai pmr ni...



Penilaian Menengah Rendah atau PMR adalah peperiksaan kebangsaan di Malaysia yang ditadbir secara berpusat dengan unsur penilaian kerja kursus di peringkat menengah rendah. Peperiksaan ini diambil oleh pelajar di akhir Tingkatan Tiga sekolah menengah berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sebelum ini, PMR dikenali dengan nama Sijil Rendah Pelajaranatau SRP. Pelajar yang menduduki PMR semestinya telah mengikuti 6 tahun sekolah rendah di bawah sistem KBSR dan 3 tahun pengajian di bawah KBSM. PMR terbuka kepada pelajar Tingkatan Tiga bagi semua sekolah menengah bantuan kerajaan dan sekolah menengah persendirian (swasta) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.
Para pelajar wajib mengambil tujuh mata pelajaran asas iaitu:
Ramai juga pelajar yang akan mengambil satu subjek bahasa di antara bahasa Arab, bahasa Cina, bahasa Tameril, dan Bahasa Iban.
begitulah serba sedikit mengenai pmr yang aku dapat dari web...all the best buat semua yang akan amik pmr bermula hari ini...
p/s: tengah blurr x tau nak tulih apa...

aku nak jadi usahawan

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hujung minggu aku kali ini tidak seperti minggu-minggu yang lalu sebab minggu ni tak dapat nak tidur lebih...minggu ini semuanya berlalu seperti hari-hari yang lain sebab aku hadir kursus keusahawanan (kimpalan MIG & TIG)...kursus ini berlangsung selama sabtu dan ahad selama 2 minggu dan ini bermaksud minggu depan pun tak leh nak berehat seperti minggu-minggu yang lain...jadi apa motif sebenar kursus ini??? kursus dianjurkan untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kelebihan menjadi seorang usahawan atau dalam bahasa yang lebih mudah disebut "tauke"...sebenarnya bukan banyak modal yang diperlukan untuk jadi usahawan dalam bidang kimpalan ini...cuma rm1k - rm2k...semalam belajar  teori mengenai MIG & TIG dan belajar macam mana nak mulakan bisnes sendiri....



sedang menggunakan mesin kimpal MIG




hari ini pulak pasal kimpal (weld)...ada 2 sesi...sesi pagi dan sesi petang...pada sesi pagi aku wat MIG dan sesi petang wat TIG...kimpal guna mesin MIG lagi mudah bagi aku jika dibandingkan dengan TIG tapi MIG hanya sesuai digunakan untuk keluli yang tebal dan TIG lebih kepada keluli nipis...overall best juga...minggu depan dah ada lagi...tapi untuk minggu depan kena wat satu  stall burger...harap dapat lakukan dengan baik dan dapat digunakan...



ini serba sedikit mengenai mesin kimpal MIG & TIG...klik untuk besarkan...

~~~end~~~

aku, Lim dan Islam

assalamualaikum dan salam sejahtera..
tadi masa aku tengah jalan-jalan kat alam maya ini aku terbaca satu cerita...agak menarik juga cerita ini....
jadi aku mengambil keputusan untuk berkongsi dengan pembaca blog ini...
selamat membaca...

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

Kadangkala, jika ada kenduri kendara di rumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysiasering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.
20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! SyukurAlhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.
Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.
Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong agama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

~~~end~~~


Cari Kerja Kosong

Assalamualaikum.
Hari ini satu hari kelas batal...bunyi macam best tapi sebenarya untuk memberi laluan kepada program lain...program yang dinamakan "kebolehpasaran graduan"...program ini sebenarnya untuk mendedahkan kepada bakal graduan kepada cara untuk mencari kerja dan kaedah yang betul untuk mendapatkan pekerjaan...lebih kurang macam seminar karier...program ni dijangka  bermula pukul 8 pagi...tapi aku bangun lambat....pukul 8:20 baru terjaga...bajet malas nak gi tapi dah hilang rasa mengantuk masa terjaga so terus bersiap-siap...sampai dewan lebih kurang dalam pukul 8:45...(lelaki siapkan diri x lama)....kiranya aku agak bertuah hari ini sebab program sebenarnya bermula pukul 9 pagi...banyak juga input-input yang berguna sepanjang program ini berlangsung....program sebenar tamat dalam pukul 6 petang tapi aku cabut lepas minum petang dalam kul 4...heee...ini antara laman web yang mengiklankan jawatan kosong....

www.jobstreet.com
www.jobsdb.com
www.jobcity.com
www.monster.com.my
www.jobscentral.com.my
www.mystarjob.com

selain itu ada juga laman web agensi pekerjaan yang diberikan tadi jadi aku ingin berkongsinya  disini...

www.kellyservices.com.my 
 www.jac-recruitment.my
www.tele-temp.com


kepada sesiapa yang tidak mempunyai pekerjaan dan sedang mencari pekerjaan  boleh cuba link diatas...overall program ini berguna juga kepada bakal graduan...rasanya tidak sia-sia aku join program ini...


holiday

assalamualaikum dan salam sejahtera....
rasanya dah lebih seminggu juga aku biarkan blog ini tanpa sebarang entri...
sepanjang minggu lepas agak sibuk dan tak da masa untuk update blog ini...
semalam aku baru balik dari terengganu...ini merupakan kali kedua program ini dibuat...
kali pertama  tahun lepas...program kali pertama x dapat nak join...
bertolak dari sini khamis malam kui 10...sampai sana dalam kui 6 pagi...
singgah kat masjid tengku tengah zaharah untuk wat apa yang patut...lepas tu singgah lak kat kedai makan dan buat kali pertama aku makan nasi dagang...aku terpaksa cekik sampai habih gak walaupun x suka sangat pada ikan2...hee...sedap juga nasi dagang kat situ...tak teringat lak nama kedai tu...
sorry mak cik...x dapat den nak promote kedai makcik.....lebih kurang dalam kui 8 sampai destinasi yang ingini iaitu kampung taman rahmat, marang....sampai saja terus diagihkan kepada keluarga angkat masing2...kebanyakan penghuni kat sana adalah dari golongan kurang upaya...lepaih tinggal bersama selama beberapa hari baru tau yang depa ni suma macam kita yang normal gak, dapat berdikari dengan baik.....banyak gak tempat-tempat best yang aku dapat singgah... harap ada kesempatan lagi untuk pi sana lagi...


~~~end~~~

dah abih suma...

assalamualaikum dan salam sejahtera...
hari ini aku akan kembali kepada kehidupan sebagai seorang pelajar...memang ramai orang yang akan menjadi malas pada hari pertama selepas cuti yang panjang...aku pun tidak lari dari  golongan tu...walaupun macam tu aku tetap ada semangat untuk teruskan perjalanan hidup ini...ari ini aku kunci jam pukul 7 sebab bajet kelas pukul 8 tetapi agak malang sekali kelas sebenarnya bermula pukul 10 pagi...ini merupakan salah satu tanda yang aku sangat bersemangat untuk memulakan hidup baru pada sesi kedua semester ini...semalam tak dapat nak tidur awal sebab masa cuti dah terbiasa tidur lambat...ari ni walaupun tidur beberapa jam saja aku tetap segar seperti sediakala...harap ini akan berterusan sehingga akhir semester...budak-budak (beza 2 tahun saja) pun ramai yang masih meneruskan cuti walaupun semua dah mula sesi perkuliahan hari ini...agak aman juga bila dalam blok ni tak ramai orang...cukup kot sampai situ...assalamualaikum...

al-fatihah buat arwah M Rajoli

assalamualaikum dan salam sejahtera....
hari ini aku nak berkongsi mengenai kisah yang menyedihkan...
seorang pelawak dan pelakon yang disengani telah meninggal dunia...
ini petikan dari akhbar berita harian online...

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, M Rajoli, 64, meninggal dunia di Hospital Ampang, Kuala Lumpur, jam 10.45 malam ini akibat sesak nafas selepas terlantar sakit lebih setahun lalu. 

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Keramat, sebelum Zohor esok.


semoga roh arwah dicucuri rahmat...al-fatihah....

lampu isyarat macam ni pun ada??

assalamualaikum dan salam sejahtera ...selamat hari Malaysia...
sudah agak lama tak update blog ini....sebenarnya akhir-akhir ni malas lak nak update blog...
nasib baik hari ini agak rajin sikit boleh juga update blog....rasanya ini semua disebabkan banyak makan masa meraya umah kawan-kawan kot...hari ini dah masuk raya ke-6 masih banyak lagi umah terbuka yang ada...kalu ada lagi yang buat rumah terbuka aku sudi saja nak pi...post ini just nak share satu gambar yang lampu isyarat  menarik yang aku jumpa masa search kat google tadi...









kalau kat malaysia ada lampu isyarat macam ni kompem lagi banyak eksiden..
mesti konfius lampu mana nak ikut???








Entri Khas Sempena Hari Raya

assalamualaikum...
alhamdulillah dapat lagi menulis@menaip entri disini...
setelah sebulan berpuasa dipanjangkan lagi umur untuk menyambut aidilfitri...
ramadhan telah pergi untuk kali ke 20 dalam hidup aku dan digantikan dengan syawal untuk kali ke 20...
entah kenapa tahun ni mood menyambut aidilfitri masih tidak dirasai...
mungkin sebab seharian bertungkus lumus untuk mengemas rumah dan membuat persiapan terakhir untuk menyambut syawal...memang setiap tahun akan membuat persiapan disaat-saat akhir...kalu buat awal2 rasa kosong lak malam raya...esok dah boleh mula makan tengah hari seperti hari biasa...esok pagi jangan lupa pegi solat hari raya...lepas tu jangan blah terus...lepak2 dulu dengar khutbah baru blah k...

terdapat banyak benda sunat yang boleh dilakukan pada pagi hari raya aidilfitri ini diantaranya ialah:

1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat Aidilfitri.


2) Menjamah makanan sebelum kelua dari rumah.


3) Memperbanyakkan Takbir.


4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain ; Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Contohnya,”Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.


5) Memakai pakaian terbaik yang ada; Bagaimanapun, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan. Demikian juga, tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang diharamkan di dalam Islam).


6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).


7) Berziarah dan merapatkan silaturahim sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.



ini merupakan kad raya@poster raya yang telah disiapkan untuk rakan-rakan blogger sekalian....
simple mimple saja...minta maaf kalau ada salah dan silap sepanjang berblogging...
rasanya setakat itu sahaja untuk entri kali ini...
segala yang baik dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
sekian...assalamualaikum...



Mengingati Mati

assalamualaikum...
alhamdulillah akhirnya ramadhan sampai  ke penghujungnya...ianya akan meningglkan kita untuk setahun akan datang...apakah kita akan dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun akan datang atau tidak???
berikut merupakan peringatan Rasullulah s.a.w. mengenai kematian. 

Rasulullah S.A.W bersabda, “ Perbanyakkanlah meningati hal yang dapat menghancurkan segala kelazatan.”

Dalam satu lagi wasiat Nabi Muhammad S.A.W  kepada Ibnu Umar (Abdullah) R.A  berbunyi:

"Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang musafir atau pun sebagai pengembara"

Hadis ini menganjurkan kepada kita supaya sentiasa mengingatkan mati dan mengurangkan cinta keterlaluan terhadap dunia yang fana ini.

Ibnu Umar pernah berkata:

"Jika anda masih hidup pada waktu pagi, jangan tunggu hingga ke petang dan jika anda masih hidup pada waktu petang, jangan tunggu hinga ke pagi, sediakan dirimu pada masa hidup untuk bekalan waktu mati, dan pada masa sihat untuk bekalan waktu sakit"






Justeru, wasiat Nabi di atas sentiasa mengingatkan kita betapa kita bagaikan musafir yang sedang berlalu sementara di dunia ini, maka apakah persiapan bekalan yang telah kita buat bagi menghadapi Allah S.W.T pada hari yang penuh dengan persoalan di padang Mahsyar?  Kita tidak akan hidup kekal dan lama di dunia, oleh itu, jangan sekali-kali kita melakukan kejahatan. Jika kejahatan yang dilakukan boleh menyebabkan kita tidak mati, maka lakukanlah, tetapi kejahatan yang kita buat semasa hidup di dunia, kesemuanya akan ditayangkan semula di hadapan Allah S.W.T oleh para jururakam di kalangan para Malaikat, walaupun kita telah melupakannya, tetapi Allah S.W.T sekali-kali tidak demikian. Mereka yang telah pun meninggal dunia dan mendapat seksa kubur, meraung-raung minta pertolongan daripada orang yang masih hidup, terutamanya ahli keluarga terdekat, apakan daya, kita tidak mendengarnya, maka yang dibawa oleh seseorang dalam alam kubur bersamanya ialah amalannya semasa hidup di dunia satu ketika dahulu, maka fikir-fikirlah.


Sesungguhnya kematian bukanlah bererti berakhirnya suatu kehidupan tetapi ia bermakna bermulanya satu kehidupan yang abadi.Sebaik baik jalan untuk mengenal Allah yang Maha Esa adalah kematian dan bersedialah menghadapinya dengan amal yg soleh. setakat itu saja untuk entri kali ini...


segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Undang-undang pelik didunia

assalamualaikum...
alhamdulillah masih lagi diberikan kelapangan untuk menaip sesuatu disini...
dalam tidak kita sedari ramadhan semakin menghampiri kepada penghujungnya...
syawal pula semakin dekat menemui kita....

Undang-undang amat penting didalam kehidupan seharian. Setiap negara didunia ini mempunyai undang-undang atau peraturannya yang tersendiri tetapi ada diantaranya yang kadang-kadang tidak dapat diterima akal fikiran. Berikut merupakan antara undang-undang pelik yang diadakan manusia di negara-negara tertentu...

THAILAND :
* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.
SWISS :
* Dilarang berkebun di hari minggu.
SWEDEN :
* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari mereka.
KOREA SELATAN :
* Polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.
SINGAPURA :
* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.
UNITED KINGDOM :
* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.
MEXICO :
* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat memprovokasi rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.
AUSTRALIA :
* Dilarang mengangkat telefon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan seluar dalam Hot Pink di hari minggu.
GREECE :
* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.
KANADA :
* Dilarang memakai handiplast luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.
PERANCIS :
* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.
ISRAEL :
* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.
AMERIKA :-
- ARIZONA :
* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai misai palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.
- ALASKA :
* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.
- ARKANSAS :
* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.
- CALIFORNIA :
* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.
- COLORADO :
* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.
- CONNECTICUT
* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.
- FLORIDA :
* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

segala kesahihan mengenai undang-undang ini tidak dapat dipastikan...info mengenai undang-undang ini diperolehi menerusi pencarian di google.com...setakat itu saja untuk entri kali ini...
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Di Ambang Kiamat

assalamualaikum...alhamdulillah nyawa ini masih lagi dipinjamkan Allah s.w.t....
diberikan juga kelapangan untuk berkongsi disini...
ramadhan pada tahun ini juga hampir sampai ke penghujungnya...
kiamat juga semakin hampir dengan kita...salah satu tanda kedatangan kiamat adalah dengan kemunculan imam Mahdi...disini terdapat satu dokumentari mengenai ambang kiamat dan kedatangan imam Mahdi yang ingin dikongsikan...banyak info yang menarik boleh didapati dalam video ini...
selamat menonton...




Bahagian 1-







Bahagian 2- 







Bahagian 3 - 







Bahagian 4-







Bahagian 5







Bahagian 6 tamat





kiamat semakin hampir dengan kita...marilah kita bersedia untuknya...
setakat itu saja untuk entri ini..
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...

Selamat BerCuti

assalamualaikum...
alhamdulillah ada lagi kesempatan untuk mengupdate blog yang tidak seberapa ini...
hari ini akan bermula cuti pertengahan semester dan cuti hari raya...
rasanya ini adalah masa untuk charge balik tenaga...
kat sini nampak kosong saja...rasanya ramai yang akan balik pada hari ini...



pada yang memandu sendiri tu cuba pandu dengan berhati-hati...
kalu rasa agak mengantuk terus berhenti kat R&R untuk tambah tenaga...
jangan lupa kita masih berada di dalam bulan ramadhan...
kalu mengantuk cuba tidur kejap untuk mendapatkan kecergasan semula...
pada yang naik bas tu kalau nampak pemandu bas agak letih cuba urut bahu dia....hehe...
hari ini merupakan hari terakhir aku bersahur kat sini...
.tahun depan insyaAllah aku mungkin dah abis belajar dikala bulan ramadhan menjelma...
ramadhan tahun ini berjalan terlalu pantas...rasa macam minggu ini baru mula berpuasa....
selamat berpuasa menjalani ibadah puasa....
setakat itu saja untuk entri kali ini....selamat bercuti...
segala yang baik itu dari Allah s.w.t dan yang tidak dari kelemahan diri ini....
assalamualaikum....