CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Gambar-gambar Mangsa Demam Bola


                     assalamualaikum...

mula saja piala dunia pasti masing-masing akan ada pasukan kegemaran mereka...
                 ini merupakan sebahagian gambar yang dapat dikongsikan...








macam-macam ragam untuk menyokong pasukan kegemaran mereka...
anda pula bagaimana??? cat umah sekali dengan warna pasukan kegemaran??

MAri Mandi!!!

assalamualaikum...
best tak tajuk entri kali ini...
Mandi ialah meratakan air ke seluruh badan dengan atau merendamkan badan di dalam air dengan niat membersihkan kotoran. Mandi juga boleh jadi atas sebab keagamaan atau terapi.
di dalam Islam terdapat 3 hukum mandi...iaitu wajib, sunat dan harus...
untuk entri kali ini pasal mandi sunat...
berikut merupakan antara contoh-contoh mandi sunat...

1. Mandi pada Hari Jumaat. Bermula dari terbit fajar Sadiq (permulaan waktu subuh) sehingga waktu sembahyang Jumaat

2. 
Mandi Dua Hari Raya (Hari Raya Fitrah (puasa)& Hari Raya Qurban ('Aidil Adha) bermula pertengahan malam Hari Raya sehingga terbenam matahari

3. 
Mandi sebelum Sembahyang Minta Hujan (istisqa')

4. 
Mandi semasa gerhana matahari atau bulan berlaku 

5. 
Mandi bagi orang kafir yang memeluk agama Islam

6. 
Mandi bagi orang gila/pitam setelah ia siuman (waras)

7. 
Mandi yang berkaitan dengan Ibadat Haji
i) Mandi ketika hendak mengerjakan ihram (haji atau umrah)

ii) Mandi semasa hendak memasuki Kota Makkah (Orang yang berihram)

iii) Mandi ketika wukuf di 'Arafah

iv) Mandi sebelum bermalam di Muzdalifah

v) Mandi sebelum melontar batu di tiga-tiga jamrah pada setiap hari Tasyrik yang tiga selepas gelincir matahari di Mina

vi) Mandi sebelum masuk ke Madinah Munawwarah

8. 
Mandi pada bila-bila masa juga menjadi sunat bergantung pada niatnya. 

segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk adalah dari kelemahan diri ini...
sekian...assalamualaikum....




Google ku berwajahh baru

assalamualaikum...
untuk entri kali ini nak cerita pasal google.com...
ada tak yang perasan yang background google sebenarnya boleh ditukar...
anda boleh tukar background image mengikut citarasa anda...


masuk laman web google.com..
klik "change background image"



pilih layout kesukaan anda...
boleh juga kalau nak upload gambar sendiri...




klik pada gambar dan klik pada select...




ini hasil pada laman web google...selamat mencuba...
sekian...assalamualaikum...

p/s: klik gambar untuk tumbesaran...




najis berdarah mungkin petanda kanser usus


assalamualaikum...


PERNAHKAH anda meneran hingga merah muka atau mengetap gigi manakala kaki bersilang sambil mengepit punggung ketika membuang air besar? Jika anda perlu berdepan dengan kesukaran setiap kali berada di tandas, ini bermakna anda mengalami sembelit kronik.
Disifatkan sebagai gejala dan bukan sejenis penyakit yang merbahaya, setiap individu pernah mengalami masalah ini. Sungguhpun begitu, masih ramai yang menganggap sembelit sebagai isu remeh dan berpendapat ia boleh diselesaikan dengan banyak meminum air.
Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Kolorektal, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof. Madya Dr. Ismail Sagap, sembelit ialah situasi apabila individu membuang air besar kurang daripada tiga kali seminggu dan keadaan itu berlarutan sehingga beberapa bulan.
“Seseorang itu juga boleh memiliki gejala sembelit jika lebih 40 peratus najis yang dikeluarkan adalah keras. Lazimnya, individu normal akan mengeluarkan 75 peratus najis lembut dan proses pembuangan lebih lancar tanpa perlu meneran dengan kuat.
“Penghidap sembelit kronik biasanya tidak membuang air besar untuk beberapa hari. Malah terdapat juga kes membabitkan pesakit yang tidak membuang air besar dengan sempurna sehingga berbulan-bulan.
“Perut pesakit akan mengembung, kejang dan sakit serta kurang selera makan. Bagi kanak-kanak, sedikit cairan atau calitan najis lembut pada seluar dalam adalah petanda bahawa anak itu mendapat sembelit.
“Sungguhpun begitu, kebanyakan masalah sembelit membabitkan golongan usia pertengahan dan banyak terjadi kepada wanita muda,” ujarnya.
Jelas Ismail, wanita muda sering memilih untuk menahan air besar daripada membuangnya terutama jika berada di kawasan awam seperti kompleks beli-belah yang mempunyai tandas kotor.
“Ramai wanita muda berasa geli untuk membuang air besar di tandas awam. Mereka lebih rela menyimpan najis dan membuangnya apabila sampai di rumah daripada terpaksa mencangkung atau duduk di dalam tandas yang kotor dan berbau.
“Tetapi keadaan yang biasa berlaku adalah sebaliknya. Apabila sampai di rumah, perasaan untuk membuang air besar sudah hilang dan tiada sebarang najis dilepaskan walaupun menunggu lama di dalam tandas,” ujarnya,
biat melengah-lengahkan proses pembuangan air besar juga dipercayai menyebabkan perut gembung malah boleh mengakibatkan usus menjadi malas.
Keadaan tersebut menyebabkan pergerakan najis di dalam usus menjadi lambat atau tidak bergerak sekali gus menyebabkan usus tersumbat.
“Apabila najis sudah sampai di rektum, ia akan memberi signal kepada otak untuk memberitahu bahawa sudah sampai masa untuk ke tandas. Tetapi apabila kerap berlengah ke tandas, usus menjadi kurang sensitif dan otak tidak lagi boleh mencerna isyarat itu. Akhirnya individu tersebut lebih selesa untuk tidak ke tandas.
“Keadaan ini lama-kelamaan boleh mendatangkan masalah seperti perut kembung, muntah dan rasa sangat tidak selesa,” katanya.
Sementara itu, Pakar Gasteroenterologi, Pusat Perubatan Kampung Baru (KBMC), Dr. Ishak Mas’ud berpendapat, sembelit terdiri daripada tiga peringkat iaitu sembelit sejak lahir, pertengahan dan utama.
“Sembelit boleh menjadi gejala yang tidak merbahaya dan ia juga boleh menjadi sebaliknya.
“Sembelit yang tidak merbahaya hanya bersifat sementara dan disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dengan dos tinggi sehingga boleh memperlahankan pergerakan usus.
“Sembelit jenis ini juga boleh terjadi kerana pertukaran cara pemakanan yang kurang serat. Turut menjadi punca sembelit ialah kehadiran luka kecil pada bahagian lubang dubur yang memberi kesan yang amat sakit apabila membuang air besar.
“Bagi golongan warga emas dan pesakit angin ahmar, masalah najis melekat pada usus juga boleh menyebabkan mereka terpaksa meneran sehingga kulit dubur merekah, pedih dan berdarah,” jelasnya.
Secara klinikalnya, sembelit hanya bersifat gejala dan bukan penyakit. Namun, itu bukan alasan untuk masyarakat terus menganggap ia sebagai isu ringan apatah lagi jika menghidap sembelit secara berterusan untuk tempoh dua hingga tiga minggu.
Ironinya, masih ramai menganggap kesukaran membuang air besar dan najis berdarah sebagai buasir sedangkan ciri itu adalah tanda-tanda yang menjurus kepada kanser usus.
“Sembelit yang merbahaya terjadi disebabkan oleh kanser usus dan saluran najis yang tersumbat.
“Justeru, sekiranya anda mengalami sakit perut, sembelit dan najis berdarah serta kehadiran lendir yang berlarutan, jangan anggap ia adalah buasir. Seelok-eloknya, jumpa doktor dan lakukan pemeriksaan kolonoskopi.
“Ada beberapa kes yang pernah saya kendalikan menganggap sembelit dan najis berdarah hanya sebagai buasir, hakikatnya ia adalah kanser usus yang sudah serius,” ujarnya ketika ditemui Jurnal baru-baru ini.


Ramai pesakit sembelit yang dikendalikan Ishak terdiri daripada golongan lelaki.
“Ramai wanita malu untuk tampil berjumpa doktor kerana pemeriksaan sembelit melibatkan anggota sulit mereka. Sungguhpun begitu, malu bukan alasan untuk mereka tidak menjalani pemeriksaan.
“Sekiranya simptom sembelit dan najis berdarah itu hanya buasir biasa, tidak mengapa. Tetapi jika ditakdirkan itu adalah tanda-tanda kanser usus, tidak mustahil ia boleh mengancam nyawa jika lambat dikesan,” ujarnya.
Tidak menolak kekerapan seminggu sekali ke tandas sebagai perkara normal bagi yang sudah biasa, namun Ishak memberitahu keadaan itu akan mengundang rasa tidak selesa kepada perut.
“Memang ada orang yang buang air besar sekali seminggu. Ia normal bagi orang yang sudah dilatih sejak kecil dengan cara begitu. Jumlah kekerapan bukan penentu sama ada orang itu sembelit atau tidak kerana tabiat ke tandas antara individu adalah berbeza.
“Seelok-eloknya, elakkan kerap menahan daripada buang air besar. Jika keadaan tidak mengizinkan untuk ‘membuang’ contohnya ketika menaiki bas atau pesawat, tidak mengapa jika kita menahannya untuk jangka masa yang pendek. Namun, sebaik sahaja berada dalam zon selesa, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah ke tandas,” katanya.
petikan dari kosmo....harap ada kebaikan dari entri ini...
sekian...assalamualaikum..

Bila nak mula boikot????!!!

assalamualaikum...
entri ini hanya untuk berkongsi satu gambar yang dijumpai..

sekian...assalamualaikum...

Rejab datang sebelum Syaaban

assalamualaikum...
dalam tidak kita sedari hari ini dah masuk bulan rejab...
maknanya tinggal lebih kurang 2-3 bulan saja lagi untuk kita memasuki bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan....pada yang belum ganti puasa Ramadhan tahun lepas rajin-rajinkan diri untuk gantikannya...
pada yang sudah menggantikannya boleh tambah amalan dengan berpuasa sunat...
entri kali ini mengenai bulan Rejab...

Rejab merupakan bulan ke-7 di dalam kalendar Takwim Hijrah. Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya.Dalam bulan Rejab pula, berlaku peristiwa penting iaitu Isra' Mikraj yang dalam peristiwa tersebut Rasulullah S.A.W telah menerima kefarduan solat lima waktu terus dari Allah di Sidratul Muntaha. Sebelum itu, pada malam yang sama, baginda Rasulullah S.A.W telah diisra'kan dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin menunggang Buraq.

Peristiwa yang berlaku pada bulan Rejab
1.Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) 
2. Isra' dan Mi'raj 
3. Perang Tabuk
4. Pembebasan Baitul-Muqaddis 
5. Lahirnya Imam Syafie RH. 


Bersabda Rasulullah saw maksudnya " Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw maksudnya,
 

Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredhaan Allah
Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah
Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan dari Allaj dari dugaan dunia, deselamatkan dari penyakit yang berbahaya dan diselamatkan dari disiksa diakhirat dan fitnah dajjal
Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahannam baginya
Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibuka oleh Allah 8 pintu syurga baginya
Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka akan dieprkenankan oleh Allah hayat dan permintaannya
Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalannya berlipat kali ganda
Orang yang berpuasa di bulan Rejab kelak di Syurga diberi minum air sungai yang bernama Rejab yang airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji
Dalam bulan lain setiap amalan akan digandakan Allah 10 kebajikan, tetapi pada bulan Rejab akan digandakan sebanyak 70 kebajikan.
Digalakkan mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan Rejab seperti Isra' Mikraj Rasulullah saw.
  


setakat itu saja untuk kali ini...segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini...untuk maklumat lebih lanjut boleh klik sini...sekian...assalamualaikum...

Talian untuk selamatkan GAZA

assalamualaikum...
telah banyak berita yang kita dengar dan lihat mengenai isu Palestin...
pasti ramai yang ingin bantu mereka disana...
fikir balik bagaimana kita disini ingin membantu yang berada disana??
berperang?? berapa ramai keluarga disini yang sanggup biarkan anak-anak mereka untuk berperang??
ini mungkin salah satu cara untuk kita membantu mereka disana...
kalau mengundi artis dalam program realiti ramai yang sanggup tidak tidur malam untuk mengundi artis kegemaran mereka dan sanggup menghabiskan duit beratus-ratus...
mari bantu saudara kita disana dengan hanya menghantar GAZA ke 32928.




harap dengan cara ini kita dapat menguatkan semangat mereka untuk terus berjuang...
sekian...assalamualaikum...

sila gunakan istilah solat dan bukannya sembahyang!!!

assalamualaikum...
alhamdullilah di petang ahad ini dapat lagi nak mengupdate blog ini...
entri kali ini hanya untuk berkongsi satu mesej yang telah dihantar iaitu mengenai istilah solat@sembahyang...
sila tukarkan istilah yang telah digunakan iaitu sembahyang kepada solat...



Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik."

Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan "Sembahyang." Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang."

Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia, mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada "menyembah dewa yang bernama Hyang."

Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang," terserahlah kepada mereka, kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi Umat Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai "Sembahyang", yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk kepada "menyembah dewa bernama Hyang."

Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang Subuh," kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat istilahnya

Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.

SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. InsyaAllah...
sekadar ingin berkongsi...sekian...assalamualaikum...

Pemain diperhatikan pada WORLD CUP

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi merepek kat sini...
bahang piala dunia sudah pasti telah lama dirasai...
hari ini merupakan hari pertama dan perlawanan permbukaan piala dunia...
tetapi entri ini berkait dengan piala dunia...
pastinya ramai yang ingin melihat pemain kegemaran mereka bermain pada musim ini..
jadi untuk entri kali ini nak berkongsi tentang 5 pemain yang mesti dilihat kemampuan mereka pada edisi kali ini..

1- FERNANDO TORRES
Penjaring Gol kemenangan ketika beraksi dengan pasukan Jerman pada EURO 2008 dan membuatkan pasukan Sepanyol menjadi Juara pada musim lalu. Pada musim ini (EPL) dia hanya menjaringkan 18 gol dalam 22 perlawanan liga perdana kerana diganggu oleh kecederaan. Dia dijangka akan pulih untuk perlawanan pembukaan diantara Switzerland pada 16 jun nnt.

2- CRISTIANO RONALDO
Pemain termahal didunia mungkin telah dibayangi oleh Lionel Messi kebelakangan ini tetapi dia masih salah seorang tarikan utama pada pusingan akhir. Helah pada setiap larian, tidak dapat dihentikan, sepakan percuma dan penyudah baik sebahagian dari meriam Ronaldo.

3- LIONEL MESSI
Pemain terbaik dunia, beberapa kejuaraan bersama kelabnya, kecil dan diberi gelaran "The Flea (kutu)", dengan kelajuan luar biasa mengawal bola. Sedikit kemahiran dia mengingatkan kepada lagendae Diego Maradona. Messi, perlu berbincang dengan jurulatih bagaimana mereka dapat membawa pasukan Argentina untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini.

4-  KAKA
Musim yang tidak mengembirakan dengan Real dia telah kehilangan rentak yang menjadikan dia PEMAIN TERBAIK DUNIA 2007 dan banyak perasaan yang Brazil sangat bergantung kepadanya. Pada saat kecemasan ketika dia mengambil bola di bahagian tengah dan memecut kearah jaring, dia bagus dalam jaringan dari jarak yang jauh dan penyudah maut.

setakat itu saja untuk kali ini...assalamualaikum...

kenapa saya tidak dirogol???

assalamualaikum...
alhamdulillah dalam kesibukan membuat laporan sempat lagi untuk update blog ini...
entri ini hanya ingin berkongsi dengan rakan yang lain mengenai bahan yang telah dibaca
sebentar tadi...


Kisah benar ini berlaku di US.
Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.


Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.


Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.


Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.


"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….
semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….
setiap yang diturunkanNya adalah sesuatu yang berharga dan mempunyai pelbagai rahsia disebaliknya...
harap ada kebaikan dari entri ini...sekian...assalamualaikum...

sumber dari klik sini

Apabila idea lari dari Minda

assalamualaikum...apa khabar semua???
disebabkan malas nak taip panjang jadi entri kali ini just nak berkongsi lagu...
aku mula jatuh cinta pada lagu ni sejak kali pertama mendengarnya disalah sebuah blog..
harap ada yang terhibur...



Lagu : Kamal Halim
Lirik : Nawawi Ibrahim
Solo : Amaluddin
Hakcipta : Marzuq Prod.


Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Kusujud pada kudrat-Mu
Kuserahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Di keheningan malam
Tafakur di kesyahduan
Merindui janji-Mu Tuhan
Bantuan di perjuangan

Kutitiskan air mata
Taubat segala dosa
Moga terangkat penghijab kalbu
Antara kau dan aku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya pada-Mu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah ya Tuhanku
Ku sujud pada kudrat-Mu
Ku serahkan jiwa ragaku
Pada takdir iradhat-Mu

Pimpinlah daku dalam redha-Mu
Kasihi daku dalam rahmat-Mu
Hanya padamu aku mengadu
Ya Allah ya Tuhanku

Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah...
Ya Allah... Ya Allah..
.
...................................................................................................................................

setakat itu saja untuk kali ini...sekian...
assalamualaikum...