CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Entri tentang Bersugi

assalamualaikum...alhamdulillah kerana telah diberikan idea untuk mengudate lagi blog ini...
setelah 2-3 entri lepas bercerita tentang award...kali ini nak cerita tentang bersugi...
selamat membaca...

Bersugi atau miswaak atau siwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi.

Hadis mengenai bersugi  :

"Dari Aisyah r.a. " Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah bersabda : Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya ". ( Hadis Riwayat Al Baihaqi )

"Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah s.a.w. telah bersabda : " Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk ". ( Riwayat Ahmad )

Alat Untuk Bersugi:
Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti :-
  1. berus gigi
  2. kayu arak (siwak)
  3. rotan
  4. manggar kelapa


Kelebihan Bersugi

1) Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

    “ Dua rakaat sembahyang dengan bersugi itu terlebih baik pahalanya daripada tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersugi “. ( Riwayat Muslim )

2) Dapat menambahkan akal.
3) Dapat mencerahkan mata.
4) Melambatkan tumbuh uban .
    
5) Dapat menggandakan pahala.
    
6) Dapat mengucapkan Syahadah tatkala hampir ajal .   



    segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari kelemahan diri ini...assalamualaikum..

award untuk anda...


assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi nak berblog disini dan  alhamdulillah kerana diberikan kesihatan yang baik pada hari ini...
entri ini khas untuk pemberi award ini iaitu cik NHIDAYAT yang sudi memberi award ini kepada blog ini...
trima kasih kepada cik nurul hidayat...

1- Buat entri pasal award ini
sudah siap jika anda sedang membacanya

2- Copy badge "beautiful award" : BEAUTIFUL BLOG AWARD. 
beres

3- Ucap terima kasih  dan letak link pemberi award pada entri tersebut
ada kan kat atas tu....letak sekali lagi...----  cik NHIDAYAT..

4- Senaraikan penerima award yang baru---










dah selesai...

assalamualaikum...







bahang piala thomas berganti dengan piala dunia

assalamualaikum...panjang betul tajuk entri kali ini...tinggal lebih kurang  2-3 minggu sja lagi untuk menyaksikan kejohanan sukan yang diminati di seluruh dunia iaitu piala dunia bagi sukan bola sepak...entri kali ini adalah untuk berkongsi tentang sejarah piala dunia itu sendiri...

Sukan Olimpik Musim Panas 1932 yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat tidak merancang untuk memasukkan bola sepak sebagai sebahagian daripada program disebabkan popularitinya yang rendah di Amerika Syarikat. FIFA dan IOC juga tidak bersetuju mengenai status amatur. Oleh sebab itu, acara bola sepak digugurkan daripada kejohanan berkenaan.[5] Presiden FIFA, Jules Rimet seterusnya merancang untuk mengadakan Kejohanan Piala Dunia Perdana di Uruguay pada tahun 1930. Pertubuhan bola sepak kebangsaan daripada negara-negara yang dipilih telah dijemput untuk menghantar satu pasukan, tetapi pilihan Uruguay sebagai satu tuan rumah bermakna satu perjalanan yang memakan kos dan masa yang panjang merentasi Lautan Atlantik bagi pasukan dari Eropah. Sebenarnya, tiada negara Eropah yang sanggup untuk menghantar satu pasukan sehinggalah dua bulan sebelum bermulanya pertandingan berkenaan.[4] Rimet akhirnya berjaya memujuk pasukan-pasukan dari Belgium, Perancis, Romania, dan Yugoslavia untuk membuat perjalanan tersebut. Dalam jumlah 13 negara yang mengambil bahagian — tujuh daripadanya adalah dari Amerika Selatan, empat dari Eropah dan dua dari Amerika Utara.
Dua perlawanan Piala Dunia sulung ini berjalan serentak dan telah dimenangi oleh Perancis dan AS, yang masing-masing mengalahkan Mexico 4-1 dan Belgium 3-0. Gol pertama dihasilkan dalam sejarah Piala Dunia telah dijaringkan oleh Lucien Laurent daripada Perancis. Empat hari berikutnya, hat-trick Piala Dunia pertama dijayakan oleh Bert Patenaude daripada AS dalam kemenangan 3-0 terhadap Paraguay. Dalam perlawanan akhir, Uruguay telah mengalahkan Argentina 4-2 di hadapan 93,000 penonton di Montevideo, dan menjadi negara pertama yang memenangi kejohanan bola sepak Piala Dunia.

macam tu lar sejarah piala dunia yang menjadi satu acara sukan terbesar dan dinantikan oleh semua...
assalamualaikum....


Dah mACam tongkat Ali 5 dalam 1

assalamualaikum...alhamdulillah ada lagi masa yang dapat diluangkan untuk mengupdate blog ini...
entri ini just untuk berterima kasih kepada pemberi award kepada blog ini...
terima kasih  kepada maCy yang telah memberikan award...






terima kasih sekali lagi...assalamualaikum...


Tak Sabar Dah Ni!!!

assalamualaikum...alhamdulillah ada keluangan masa untuk "mengupdate" blog ini...
apa yang tak sabarnya ni.??? sebenarnya dah tak sabar nak tengok dua movie kat pawagam...
kalu ada link boleh download lagi jimat...hehe...
movie yang dimaksudkan adalah Prince Of Persia : Sands of Time DAN  Lagenda Budak Setan...

mula-mula crita pasal Lagenda Budak Setan...

Trailer Sinopsis Lagenda Budak Setan
Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.
Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.
Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.
Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.
Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

sekarang pasal Prince of Persia lak..

Trailer & Sipnosis Prince Of Persia : Sands Of Time

Konon, menurut legenda Persia, barang siapa memiliki sebuah jam pasir yang berisi Sands of Time (pasir waktu) akan mampu membalikkan waktu. Jam pasir ini adalah pemberian para dewa yang tak bisa dipergunakan sembarangan. Di tangan orang yang baik, jam pasir ini bisa mendatangkan kebaikan dan sebaliknya di tangan orang yang jahat maka kehancuran yang ditimbulkannya juga tidak terbayangkan.

Satu-satunya orang yang bisa mengeluarkan 'pasir waktu' ini dari dalam jam pasir adalah Dastan (Jake Gyllenhaal) yang memiliki Dagger of Time (belati waktu). Dastan, sang pangeran, bukanlah pria yang jahat namun dengan tipu daya sang wazir (Gisli Orn Gardarsson), Dastan akhirnya melepaskan 'pasir waktu' ini dan mengakibatkan kekacauan di mana-mana.

Seluruh kerajaan seketika musnah dan penghuninya berubah menjadi monster yang menakutkan. Kini keselamatan seluruh dunia berada di tangan Dastan. Ia harus berhasil mengembalikan 'pasir waktu' ini ke dalam jam pasir dan menghentikan kehancuran di muka bumi. Untungnya, Dastan sang pangeran tidak sendiri. Ada Putri Tamina (Gemma Arterton) yang bersedia membantunya dalam misi mulia ini. 

mula-mula tengok prince of persia sbb keluar 28/6 ni and then singgah tengok lagenda budak setan 3/6
kepada yang nak join...boleh ke pawagam terdekat...Assalamualaikum...


WaH Dah 100 ...

assalamualaikum....alhamdulillah dapat lagi bertemu dalam ruangan ini....
entri ini adalah khas untu semua followers yang telah follow sekupang...terima kasih...


thanks for your support...assalamualaikum...

Ganjaran MAti Syahid

assalamualaikum...alhamdulillah dapat lagi kita bertemu dalam blog ini...
entri kali ini adalah mengenai  ganjaran mati syahid...


Rasulullah s.a.w bersabda :

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
melihat tempatnya didalam surga
dilindungi dari azab kubur
dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)


segala yang baik dari Allah s.w.t dan segala yang buruk dari kelemahan diri ini...
assalamualaikum...


Who Will Win the World Cup?

assalamualaikum...
lebih kurang sebulan lagi kejuaraan piala dunia akan  berlangsung...
kali ini negara yang menjadi tuan rumah kejuaraan adalah Afrika Selatan...
Pada awal kejohanan Piala Dunia, hak tuan rumah diberikan kepada negara-negara di pertemuan mesyuarat kongres FIFA. Pemilihan lokasi adalah sangat kontroversi, memandangkan perjalanan kapal tiga minggu antara Amerika Selatan dan Eropah, dua kuasa bola sepak pada masa itu. Keputusan untuk melangsungkan kejohanan itu di Uruguay, sebagai contoh, membawa kepada hanya empat negara Eropah sahaja yang bertanding,[13]. Dua kejohanan Piala Dunia seterusnya telah diadakan di Eropah. Keputusan untuk menentukan tempat tuan rumah salah satunya, Piala Dunia 1938 diPerancis adalah kontroversi, kerana negara-negara Amerika Selatan telah difahamkan bahawa tuan rumah Piala Dunia seharusnya bergilir antara dua benua. Kedua-dua Argentina dan Uruguaymemboikot pertandingan tersebut.[14] Selepas Perang Dunia ke-II, untuk mengelakkan boikot atau kontroversi akan datang, FIFA telah memulakan satu corak perselangan di antara Amerika Selatan/Utara dan Eropah, sehinggalah Piala Dunia FIFA 1998. Sistem ini diubah supaya negara tuan rumah akan dipilih dalam satu pengundian oleh jawatankuasa eksekutif FIFA. Ini dibuat di bawah sistem pengundian pemindahan tunggal. Keputusan kini dibuat enam tahun sebelum pertandingan bermula. 

so who will win the World Cup?
I choose Spain...




To All blogger don't forget to watch Project Alpha season 2...






assalamualaikum...
.
don't forget to visit http://projectalpha.com.my/promo


Project Alpha is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS


Kelebihan Solat Tahajjud

Assalamualaikum. Satu cara paling berkesan untuk berhubung dengan Allah s.w.t ialah dengan bangun mengerjakan ibadat, khususnya sembahyang Tahajud atau sembahyang di tengah malam.

Tetapi satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan.

Jawapannya kerana Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seseorang makhluk yang mengaku bertuhankan Allah.

Sesungguhnya, bukan satu perkara mudah untuk bangun daripada tidur nyenyak pada waktu dinihari ketika orang lain sedang dibuai mimpi.
Juga bukan satu perkara mudah untuk berwuduk dalam suasana dingin malam yang mencengkam dan bukan mudah untuk mengangkat takbir menghadap Allah dalam keadaan mata yang masih terkebil-kebil kepedihan.

Dengan kata lain, amalan bangun bertahajud adalah perbuatan amat berat untuk dikerjakan. Keadaan tubuh yang letih dan lesu kerana sehari suntuk bekerja pada siang hari menyebabkan sesetengah orang yang tidur seperti mati. Ia amat susah untuk disedarkan walaupun puas dikejut.

Matanya akan menjadi bertambah mengantuk dan tubuhnya akan menjadi bertambah penat apabila mereka tidur lewat malam kerana asyik menonton tayangan gambar larut malam di kaca TV atau mereka melakukan kerja tambahan lain.

Keadaan sejuk dan suasana sunyi sepi di tengah malam juga menjadi faktor untuk membuatkan seseorang nyenyak tidur dan berasa keberatan untuk berhubungan dengan Allah di tengah malam.

Iman yang kurang tebal akan membuat seseorang yang tidur nyenyak menarik selimutnya dengan lebih kemas lagi. Sesungguhnya ketika itu adalah masa paling nikmat untuk tidur.

Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hamba-Nya. Sekalipun sembahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah dan tinggi nilainya. Firman Allah s.w.t bermaksud:

“Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.’ (Surah Al-Israk: Ayat 79)

Ayat ini menjelaskan kepada kita betapa pentingnya sembahyang Tahajud. Ia peluang keemasan yang ditawarkan Allah kepada manusia untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Penciptanya.

Sesungguhnya segala kesusahan dan kepayahan itu hanya dirasai mereka yang jarang atau tidak pernah melakukannya, namun bagi mereka yang biasa, ia menjadi suatu kenikmatan pula.

Bagi yang dapat menghayatinya, mereka akan berasa satu kerugian besar jika meninggalkan sembahyang Tahajud.

Di waktu inilah - iaitu sepertiga malam, pintu langit akan terbuka luas untuk menerima taubat hamba Allah dan Malaikat akan membawa kendi emas untuk mengumpul air mata taubat bagi menyiram api neraka yang sedia menanti mahu membakar tubuh manusia di akhirat nanti.

Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis Riwayat: Abu Daud)

Sesungguhnya untuk mendapat kasih sayang daripada Allah bukan sesuatu yang mudah. Allah mengasihi orang yang beriman dengan melaksanakan suruhan-Nya dan meninggalkan yang dilarang.

Sembahyang Tahajud satu suruhan Allah dan oleh itu Allah menyayangi mereka yang mengerjakan sembahyang ini.

Bagi manusia yang benar-benar yakin dan patuh kepada Allah tidak akan keberatan untuk bangun melakukan Tahajud di tengah malam.

Sebaliknya, orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Sembahyang Tahajud sesungguhnya satu daripada sembahyang sunat yang mempunyai nilai dan kedudukan tinggi berbanding sembahyang sunat lain.

Sembahyang Tahajud adalah amalan orang soleh yang sentiasa mahu mendekatkan diri kepada Allah.

Amalan sembahyang Tahajud bukan hanya diamalkan umat Nabi Muhammad malah umat nabi sebelumnya.

Ini bererti perintah Tahajud bukan dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad sahaja.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata maksudnya: “Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:

a. Jauh daripada segala penyakit

b. Lahir kesan takwa pada wajahnya

c. Dikasihi sekalian mukmin dan seluruh manusia

d. Percakapannya mengandungi hikmat

e. Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati).

Sementara empat perkara di akhirat ialah:

a. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri

b. Dipermudahkan hisab

c. Cepat melalui Sirat al-Mustaqim – seperti kilat

d. Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.

Walaupun manusia sedar ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun sedikit sekali manusia yang mengaku beragama Islam sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama daripada bersembahyang.

Sesungguhnya, manusia akan berlumba-lumba untuk bersembahyang Tahajud sekiranya mereka dapat merasai betapa nikmatnya melakukan amalan itu.

Keheningan dan kedinginan malam seolah-olah memberi kesempatan kepada seseorang untuk merapatkan lagi jurang hubungan antara makhluk dan Khalik.

Apa yang dibaca seseorang ketika bersembahyang itu seolah-olah didengar dan mendapat layanan daripada Allah Yang Maha Berkuasa. Orang yang khusyuk dalam sembahyang akan berasa hubungannya dengan Allah begitu hampir.

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya.

Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah ketika orang lain sedang tidur nyenyak.

Berhubunglah dengan Allah ketika peluang masih ada, umur masih muda dan pintu taubat masih terbuka. Insya-Allah kita akan mendapat limpahan rahmat dan nikmat daripada-Nya.

Sebaik-baik permohonan dan masa untuk berhubung dengan Allah ialah pada waktu malam. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersembahyang di tengah malam. Sekian. Assalamualaikum