Kronologi Empayar Turki Uthmaniyyah



Assalamualaikum. 

Empayar Turki Uthmaniyyah  keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. 



Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. 



Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan. Berikut merupakan kronologi Empayar Uthmaniyyah yang berakhir secara rasmi pada tahun 1924M.




  • 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.

  • 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.

  • 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.

  • 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.

  • 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.

  • 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.

  • 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.

  • 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.

  • 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.

  • 1526M- Perang Mohacs

  • 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.

  • 1571M- Perang Lepanto berlaku.

  • 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV

  • 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.

  • 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.

  • 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.

  • 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.

  • 1792M- Perjanjian Jassy.

  • 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".

  • 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.

  • 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.

  • 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.

  • 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.

  • 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.

  • 1829M- Perjanjian Adrianople.

  • 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.

  • 1841M- Konvensyen Selat.

  • 1853M- Bermulanya Perang Krimea.

  • 1856M- Berakhirnya Perang Krimea.

  • 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.

  • 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.

  • 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.

  • 1912M- Perang Balkan pertama.

  • 1913M- Perang Balkan kedua.

  • 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.

  • 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.

  • 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.

  • 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.

sumber :   wikipedia

2 comments: