"Nikah Khitbah TIKET untuk BERCOUPLE "


Assalamualaikum.
Entah berapa lama rasanya blog ini dibiarkan bersawang tanpa sebarang update. Tak update bukan sebab sibuk tapi sebab malas dan idea pun dah tak datang singgah. Akhirnya setelah sekian lama idea bercuti, hari ini dapat juga menaip entri baru.



Berbalik kepada tajuk entri ini, masyarakat kita sekarang memandang mudah kepada isu bercinta sebelum nikah atau lebih dikenali dengan istilah "couple". Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Setiap permasalahan dan persoalan yang timbul pasti ada jawapan terbaik dan boleh diterima akal. 



Didalam soal perkhawinan juga Islam tidak menyusahkan umatnya terutama kepada yang ingin berkhawin tetapi masih tidak mempunyai kemampuan untuk menyara sebuah keluarga. Kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung. 






Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

- Suami
- Isteri

- Wali
- Saksi
- Aqad (Ijab Qabul)



Cuma bezanya ialah pasangan suami isteri tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti masih menuntut di universiti atau kolej, tidak berkemampuan menyewa rumah atau belum bersedia menanggung kehidupan berumahtangga. 



Kesimpulan mengenai nikah khitbah ini ialah bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku. Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama, maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri, buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .
  

Anda mungkin berminat >> Nikah Khitbah vs Tunang 
 
sumber : iluvislam.com 

11 comments:

  1. Yup. Baik lagi nikah khitbah. Couple yg bernikah kan baik. hehe. Tapi tak popular dlm masyarakat kita. Lagi satu, crow penah dgr. Nikah khitbah ni utk tempoh waktu tidak bersama. Maksudnya, selagi si perempuan tidak masuk sebilik dgn suami, ia masih khitbah. Masih ada jarak. Dan masih di tanggung nafkahnya oleh si ayah. Tapi bila dah sebilik. Maka tanggungjawab & nafkah pd suami bukan lg pd ayah. Dah jadi mcm nikah normal. Cuma yg orang fikir, nikah khitbah ni nikah yg takde majlis makan2 dan sanding. Tu yg silap. kikiki.

    ReplyDelete
  2. Masyarakat kita ini banyak yang masih tak faham mengenai perkara macam ni sebab masih kuat pegangan terhadap adat berbanding apa yang dituntut .

    ReplyDelete
  3. wahhhh cs hapdate!! hahah...BL bnyk idea tp malas nak menaip....huhu....

    yess....suke nikah khitbah... :sukati suami tade duit mintak duit abah...hahahha lolz...

    ReplyDelete
  4. dalam masyarakat kita ni masih kurang menerima nikah khitbah ini..bg mereka kalau nikah mcm ni mest somethg wrong smewhwere...huhu...

    tapi betul,Islam itu mudah..kita je yg sntiasa menganggap islam itu menyusahkan...

    thanks 4 the info :)

    ReplyDelete
  5. Jadinya nikah kitbah ni jadi nikah biasa bila si suami dah mampu tanggung si isteri lah ye?

    ReplyDelete
  6. a'ah .. cuma bezanya nafkah tu masih tak wajib lagi ..

    ReplyDelete
  7. Selagi x 'bersama' lah ye? kalau 'bersama' (bersekedudukan) dah x khitbah ye? betul x statement ni?

    Jadi macam mana nikah khitbah ni boleh selesaikan masalah zina dikalangan anak muda kalo dorg x boleh bersama..?

    ReplyDelete
  8. Diorang dah sah bernikah cuma tidak tinggal bersama . Kalau diorang bersama tidak dikira zina sebab diorang dah ada ikatan yang sah dari segi syara' dan undang2.. :)

    ReplyDelete
  9. marilah kita sekalian sama2 menuntut ilmu dan bekerja dulu & simpan duit sikit2 sampai la mampu untuk belanje kahwin. haa,dan dah tak perlu susahkan mak ayah dah.right? kuikui :hihi

    ReplyDelete
  10. bro..
    kalau nak nikah kang jangan lupa post kad kt ak..

    ReplyDelete
  11. nikah macam ni sesuai utk muslimin muslimat yg masih student. Yelah, time study duit masih tak ada. Nak bagi nafkah belum berkemampuan. Tapi pada masa yg sama berkeinginan utk berumahtangga.

    Is it right? Sila betulkan kalau salah x)

    apapun, info yg sangat bagus walaupun ringkas. Keep it up CS!

    ReplyDelete