M-A-R-U-A-H


Assalamualaikum.
Maruah merupakan salah satu sifat yang dikehendaki oleh semua agama. Setiap manusia wajib menjaga maruahnya dan juga maruah orang lain. Menjaga maruah bermaksud menjaga kehormatan diri daripada perkara-perkara yang mencemarkan nama baik seseorang.  
 
Ini adalah erti Maruah yang dapat diungkapkan  melalui ejaan M - A -R - U - A - H : 

M :- Maruah letaknya di muka. Kerana itu orang menutup muka apabila malu.

A :- Aura yang baik akan membuatkan maruah anda naik begitu juga sebaliknya.

R :- Reputasi mencerminkan maruah anda. Jagalah reputasi diri jangan sampai di pijak orang.

U :- Ungkapan orang terhadap kita menggambarkan sejauh mana maruah kita dinobatkan. Buruk ungkapan yang keluar maka buruklah maruah kita sedangkan KATA itu adalah maruah diri.

A :- Anggapan masyarakat juga mencerminkan nilai maruah kita. Oleh itu, amat penting menjaga maruah diri agar anggapan orang terhadap kita tidak serong.

H :- Harga diri tidak boleh dijual beli dan ia jua adalah lambang nilai maruah individu. Jangan sesekali meletak nilai pada harga diri anda.

Daripada Abu al-Darda' RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:  
Maksudnya: "Sesiapa yang mempertahankan kehormatan dan maruah saudara ketika ketiadaannya nescaya Allah s.w.t akan memelihara wajahnya daripada api neraka pada hari kiamat."   
Hadis Riwayat al-Tirmizi.

Kenali erti maruah dengan mudah. Maruah haruslah di jaga, dan harus di ingat jika sekali tercalar, ia akan meninggalkan kesan yang lama dalam kehidupan anda. Orang yang menjaga maruahnya adalah orang yang berada di landasan yang betul dan sering melakukan perkara yang betul dan baik.

12 comments:

  1. maruah adalah sesuatu yang tak boleh dijual beli .. tiada nilai ..

    ReplyDelete
  2. Maruah dan harga diri saling melengkapi..

    :-)

    ReplyDelete
  3. nice entry..=)
    maruah amat oenting dan ia perlu di jaga sebaik mungkin..oleh itu kita harus jaga adab tatatertib percakapan,pergualan, pemakaian kt dna sentaisa menjaga akhlak kt supaya dptlah kt mjaga maruah+ nama baik kt..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum cs...
    wah! entry ni sgt best...pasal maruah! and za tertarik kpd huruf U, perspeksi org lain terhadap kita kan? mari lah kita sama2 berdoa agar org yg judge kta tu ckp benda yg elok je d belakang kita. kan?

    hahaha..sedangkan Allah pun x aibkan kita...kenapa kita lak nak aibkan keburukan org lain kn? Allahu alam...

    hehehe...

    ReplyDelete
  5. menjaga maruah tu termasuklah menutup aurat kan kan kan
    cs... :P

    ReplyDelete
  6. aura?
    ada ke konsep aura dalam Islam ek?

    nape x aurat?

    ReplyDelete