Assalamualaikum.
"Islam Hanya Pada Nama?" ayat yang sangat popular dan diketahui ramai. Entri ini boleh dikatakan tidak lari jauh dari konsep tersebut. Kita tidak perlu pergi jauh untuk melihat perkara ini, cuma perlu lihat keadaan sekeliling, berapa ramai diantara kita yang menjaga makanan mereka dengan bersungguh memastikan bahawa ianya halal berbanding perkara lain.
Padahal terdapat banyak lagi perkara lain yang lebih berat tidak diberi perhatian dari segi ekonomi atau pergaulan. Oleh itu seorang Muslim wajib membicarakan persoalan halal dan persoalan haram. Arak itu haram. Judi itu haram. Riba itu haram. Membuka aurat di khalayak awam itu haram. Mungkin sebab kita jahil, dan sikap ingin belajar itu kurang apabila merujuk kepada sesuatu perkara.
Tetapi sekurang-kurangnya kita masih lagi memberi perhatian halal terhadap makanan. Walaupun kadang-kadang kita nampak sesuatu perkara itu kecil dimata kita tetapi perkara itu mungkin jauh lebih besar apabila dilihat melalui ilmu. Mari kita buka minda, Islam adalah satu agama yang syumul dan setiap yang diperintahkan kepada umatnya pasti ada hikmah disebaliknya.
hmm..
ReplyDeleteitu lah masyarakat Islam kita skang nih.. kita dok sibuk nk perkecilkan skop "Islam" tu sampai pandang remeh benda2 yang lebih serius seperti solat, puasa, zakat dll..
sarkastik abis la gambar last tu.. huhu~
Dulu crow jenis main makan je. Lepak kedai cina pun tade hal. Cuma tak makan selain babi. Hoho. Tapi lepas dengar ceramah kat tv. Dia kata makan makanan halal lagi baik itu merangkumi aspek sebelum dan selepas makan. Err.. crow tak faham mulanya.. Pastu cari info. Baru faham, sumber duit, akhlak dan tertib bagi menerima rezeki Allah juga harus di jaga. Barulah makanan menjadi zat sihat untuk badan dan akal..
ReplyDeleteHalal tu luas skop nya. Bukan terletak pada satu subjek. :)
(^_____^)
selamat berbuka dgn mkann halal cs :salam
ReplyDeleteurm. betul tu. banyak benda lagi yang umat Islam terlepas pandang. termasuk diri fa sendiri. sebab tu la kita kene up to date kan :)
ReplyDeleteErmmmmm tajuk yang menarik paling akak suka lihat gambar paparan tuan blog yang menceritakan segalanya...
ReplyDeletesemoga masyarakat muslim semakin baik..a.amiin
ReplyDeleteassalam..
ReplyDeletejemput ke blog sy jika sudi..
post terbaru..
http://akusijebat.blogspot.com/2014/06/hijab-sampai-pakai-kain-kafan.html