Tips Mengelakkan Wifi Anda Dari "Dipinjam"

Assalamualaikum.
Itu satu tindakan yang terpaksa cs lakukan supaya masih dapat berkomunikasi diruangan maya ini. Tapi itu semua hanya 2 hari selepas internet dirumah dipotong akibat terlewat untuk membayar sebab bil sampai lambat. Ramai juga yang menghadapi masalah bil sampai lambat ini. 


Alhamdulillah hari ini selepas menjelaskan bayaran cs boleh kembali menggunakan internet sendiri dengan kelajuan yang sangat memuaskan hati. Kali ini cs ingin berkongsi bagaimana cara untuk meningkatkan lagi sekuriti wifi dirumah anda supaya ianya sukar untuk "dipinjam" oleh jiran anda yang lain. Sebenarnya setiap sekuriti wifi ini ada kekurangan masing-masing. 

Sumber daripada google.com

Mungkin ada di antara anda pernah menggunakan laptop di tempat awam. Walaubagaimanapun terdapat signal wireless di ‘access point’ (AP) yang tidak membenarkan anda memasuki network atau menggunakan internet daripadanya. 


Inilah yang dinamakan enkripsi data, sama ada tempat tersebut menggunakan wired equivalent privacy (WEP) mahupun wifi protected access (WPA), kedua-duanya akan melindungi akses poin tersebut diakses daripada orang yang tidak dikehendaki. 


Disini cs ingin berkongsi cara untuk tingkatkan sekuriti wifi dirumah anda dengan mengubah sekuriti wifi anda kepada WPA daripada menggunakan WEP kerana sekuriti WEP sangat mudah untuk digodam. 

Caranya,:--

1. Log-in ke router menggunakan admin account (http://192.168.1.1) 
Klik sini untuk semak Password asal modem anda.
Username: tmadmin
Password: tmadmin
 (setiap modem mungkin berbeza)

2. Pergi ke Wireless > Basic
a. Tukar  SSID to any prefered ID.
b. Save/Apply.

Menggunakan default SSID oleh TM akan membiarkan seluruh dunia tahu bahawa anda menggunakan TM modem wayarles yang dibekalkan
(eg. Riger DB108-WL) dan dengan itu lebih mudah bagi penggodam untuk mengenal pasti apa modem yang korang gunakan dan cuba untuk mengeksploitasi apa-apa kelemahan yang diketahui oleh penggodam tersebut.

3. Pergi ke
Wireless > Security
a. Tukar "Network Authentication" kepada WPA2-PSK.

b. Key in the "WPA Pre-Shared Key".
Gunakan kombinasi abjad, nombor dan simbol bagi kunci yang baik dalam menggunakan apa-apa kata laluan yang dibuat
. (i.e 10wy@tdotn3t^_^ ) 

Ingat kunci ini kerana  perlu key-in pada tiap-tiap peranti wayarles (laptop, handphone, dan sebagainya) cuba untuk menyambung kepada rangkaian ini.


peranti lama mungkin tidak menyokong WPA2. Jika ini berlaku, sebaliknya
gunakan WPA-PSK.

c - Pilih "
AES" untuk "WPA Encryption"

Save and reboot PC anda.


4. Tukar router login password for tmadmin and tmuser


a.
Management > Access Control > Password

Tukar password for
tmadmin and tmuser.

b.
Save/Apply.

5. Akhir sekali
"Save/Reboot"

 
Walaupun anda sudah bertukar kepada sekuriti WPA ini wifi anda masih lagi berpontensi untuk digodam tetapi peratus  ianya digodam adalah lebih rendah berbanding menggunakan sekuriti wifi WEP. Selain daripada menukar kepada jenis sekuriti WPA ini anda juga dinasihatkan supaya menggunakan kata kekunci yang panjang dan diselitkan dengan nombor supaya ianya menjadi lebih susah untuk digodam.

Sumber : sini

5 comments:

  1. baru buat hari tu.. waktu ngorat abg TM :terharu

    ReplyDelete
  2. nak tanya..
    apekah kesannya apabila intenet kite 'dipinjam'..

    dan bagaimana nak th ade org laingune wifi kiter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesan: kuota data awak cepat habis laaaa..lol

      Delete
  3. internet umah kita akan menjadi slow...


    boleh guna software "netcut" boleh search kat google pasal software tu...

    ReplyDelete