Lalui Ramadhan dengan ilmu

Assalamualaikum.
Selang beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan yang penuh barakah iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Ada yang sudah melaluinya 10 kali , 20 kali, 30 kali dan lebih daripada itu. Tetapi berapa ramai diantara kita yang melaluinya dengan melakukan persediaan yang cukup dan mantap. Setiap perkara yang kita lakukan itu kita perlukan ilmu untuk melakukan dengan betul dan teratur.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud 
Berapa ramai orang yang berpuasa tetapi ia tidak memperolehi apa-apa kecuali lapar dan berapa ramai yang bangun malam dia tidak memperolehi apa-apa kecuali berjaga. Riwayat Imam Ahmad.

Salah satu perkara penting dalam menyediakan diri untuk menghadapi Ramadhan ialah dengan menambahkan ilmu berkaitan puasa. Kita seharusnya berpuasa 365 hari dalam setahun bukan hanya dibulan Ramadhan sebab puasa itu sendiri membawa maksud menahan diri melakukan perkara yang dimurkai Allah s.w.t. Puasa didalam bulan Ramadhan pula membawa maksud menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari. 



Ramai yang lebih mengfokuskan diri kepada menahan diri daripada makan dan minum sahaja. Puasa merangkumi banyak perkara antaranya kita hendaklah berpuasa dari lidah dengan tidak bercakap perkara yang sia-sia. Begitu juga dengan mata dan telinga, kita hendaklah menjaganya supaya puasa kita tadi tidak menjadi sia-sia. Semoga puasa kita pada tahun ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang lepas dengan mendalami ilmu mengenainya. 



26 comments:

  1. huhu... bila tiba jer time ramadhan hidung/telinga aku mesti gatal2.. nak korek tak buleh... ades...

    ReplyDelete
  2. aku pun kadang2 macam tu juga...masa sahur dan lepas berbuka tu takda plak nak gatal2 ...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum cs..
    entry yg bgs..semoga dpt menunaikan ibadah puasa dgn sempurna pada tahun ni dan diterima oleh ALLAH..AMIN =)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumussalam ct....
    terima kasih...amin..

    ReplyDelete
  5. insyaAllah.. nk jadikan ramadhan kali ni bermakna dr sebelom.. bkn skadar puasa.. thanks cs.. slamat berpuasa.. :)

    ReplyDelete
  6. trimas...
    semoga pose kali ni lebih baik dr yg sebelomnya...
    dengan izin Allah..
    selamat menyambut Ramadhan semua!!
    :)

    ReplyDelete
  7. ctp - amin...selamat berpuasa ...

    shida - sama2...selamat berpuasa...

    ReplyDelete
  8. harap ni posa aku yang terbaik...
    ingt nak berubah2 sikit2 posa nih.
    harap laaa.
    inshaAllahh....

    selamat berposa...

    ReplyDelete
  9. 2 hari lagi :yes

    bercita cita nk puasa penuh

    ReplyDelete
  10. berazam menjadikan Ramadhan yang lebih baik :yes

    Selamat Berpuasa CS

    ReplyDelete
  11. RAMADAN kelas mentarbiyah diri mnjd insan yg lbh baik dr sebelumnya.

    Salam Ziarah...

    ReplyDelete
  12. ayuh same same ite qiamullail !

    ReplyDelete
  13. ye betol3 :angguk

    heheh...nahhh mercunn..

    ⁀‵⁀) ✫ ✫ ✫.
    `⋎´✫¸.•°*”˜˜”*°•✫
    ..✫¸.•°*”˜˜”*°•.✫
    ☻/ღ˚ •。* ˚ ˚✰˚ ˛★* 。 ღ˛° 。* °♥♥ ˚ • ★ *˚ .ღ 。
    /▌*˛˚ღ •˚ selamat menyambut bulan ramadhan ♥♥ ˚ ✰* ★
    / \ ˚. ★ ˛ ˚ ✰。˚ ˚ღ。* ˛˚ 。✰˚* ˚ ★ღ ˚ 。✰ •* ˚♥

    ReplyDelete
  14. selamat menjalani ibadah pose ye! :D

    ReplyDelete
  15. semoga puasa kali ni lebih sempurna...

    ReplyDelete
  16. sejak bile plak korek hidung batal pose?

    ReplyDelete
  17. Selamat berpuasa utk hari yg ketiga CS...

    ReplyDelete