CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Wordless Wednesday - Nikah


 Assalamualaikum.


....

Apa Itu Virus Komputer?


Assalamualaikum.
Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus Biasa


BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.


FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).


MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan


MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.


TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.


WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.

 
Spyware - adalah aplikasi yang membocorkan data informasi kebiasaan atau perilaku pengguna dalam menggunakan komputer ke pihak luar tanpa kita sadari. Biasanya digunakan oleh pihak pemasang iklan. Jika kita melihat kejanggalan pada media penyimpanan seperti file bernama aneh yang tidak pernah kita buat atau file bukan jenis aplikasi / application tetapi mengaku sebagai aplikasi maka jangan kita klik, kita buka atau kita jalankan agar virus komputer tersebut tidak menular ke komputer yang kita gunakan. 

sumber  : klik sini

Gempa Bumi Berskala 7.4 Di Alaska


Assalamualaikum.

Gempa bumi merupakan antara salah satu daripada bencana alam yang telah banyak meragut nama manusia dan mengakibatkan kerosakan yang besar. Selepas kejadian gempa bumi di Honshu, Jepun pada pukul 5:50 pagi khamis lepas kali ini kita dikejutkan lagi dengan berita gempa bumi yang melanda Alaska, Amerika Syarikat. Berikut merupakan petikan dari akhbar mstaronline.

WASHINGTON: Amaran tsunami telah dipancarkan ke seluruh pantai barat Amerika dan Alaska selepas satu gempa bumi kuat berskala 7.4 magnitut mengegarkan Kepulauan Aleutian di Alaska, Amerika Syarikat.Setakat ini belum ada sebarang laporan terperinci mengenai kerosakan atau kemalangan jiwa. Bagaimanapun, Pusat Amaran Tsunami Pantai Barat Amerika dan Alaska telah mengeluarkan amaran tsunami dan mengarahkan para penduduk di sekitar pantai bergerak ke kawasan tinggi. Gempa itu dilaporkan berlaku di Pulau Fox yang terletak 163 kilometer ke timur sebuah pekan perikanan kecil bernama Atka dalam negeri Alaska.
Selain itu terdapat juga beberapa kejadian gempa bumi yang telah direkodkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia. Berikut merupakan senarai gempa bumi terkini yang turut dirasai  Malaysia. 
Tarikh
Masa
(Waktu Tempatan)
 Lokasi
Latitud     
Longitud
Magnitud
(Skala Richter)
Kategori
Jarak
24/06/2011 2.33 petang Kepulauan Santa Cruz 10.9°S 165.9°T 6.3 Kuat  673km Tenggara Honiara, Solomon Islands. 5564km Tenggara Kunak, Sabah.
24/06/2011 11.09 pagi Selatan Kepulauan Aleutian 49.9°U 173.9°B 7.4 Kuat 1917km Timur laut Petropavlovsk Kamchatskiy, Russia. 7946km Timur laut Kudat, Sabah
23/06/2011 10:39 malam Ranau 5.7°U 116.9°T 3.2 Lemah 40km Tenggara Ranau,Sabah.Gegaran berkemungkinan dirasai di sekitar Ranau.
23/06/2011
 5.50 pagi
 Timur Perairan Pantai Honshu, Jepun
 39.9°U
 142.5°T
 6.7
 Kuat
 357km Tenggara Sapporo, Jepun. 4475km Timur laut Kudat, Sabah.


sumber : Jabatan Meteorologi Malaysia
      

Wordless Wednesday #1 - SPAM


Assalamualaikum...

klik gambar untuk lihat dengan lebih jelas...

Tutorial Bypass Sekatan Internet Di Universiti


Assalamualaikum. 
Sejak beberapa hari yang lalu kita dikejutkan dengan sekatan keatas 10 laman web penkongsian file. Menurut SKMM ia adalah tindakan pematuhan undang-undang Malaysia. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menetapkan bahawa pemegang lesen di bawah AKM 1998 perlu mematuhi sebarang permintaan bertulis dari SKMM untuk membantu SKMM atau pihak berkuasa lain setakat yang semunasabahnya perlu dalam mencegah perlakuan atau cubaan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia.

SKMM telah menerima permintaan dari Bahagian Penguatkuasaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan untuk menghalang capaian kepada beberapa laman sesawang yang didapati melanggar Akta Hakcipta 1987. Menurut SKMM lagi pihaknya telah memaklumkan penyekatan ini kepada pemegang lesen yang berkenaan dan tindakan sedang diambil secara berperingkat.Tetapi seperti yang kita tahu internet ini tiada sempadan. Berikut merupakan cara untuk melepasi sekatan yang dilakukan. Tetapi tidak dapat dipastikan sampai bila cara ini boleh digunakan.

Caranya adalah dengan menukar Domain Name Server (DNS).

Talian internet cs menggunakan Streamyx, jadi DNS daripada Telekom Malaysia adalah 202.188.0.133 dan 202.188.1.5. Sebenarnya, DNS TM yang menyekat laman-laman tersebut.


Cara untuk membuka laman web disekat:

1. Tukar DNS pada komputer kepada public DNS. Untuk network yang banyak, tukarkan di router/modem.

2. Guna Google DNS iaitu :

Primary DNS – 8.8.8.8

Secondary DNS – 8.8.4.4

Untuk senarai lengkap Public DNS, taipkan saja di search engine Google atau Yahoo dan akan tersenarai lebih banyak public DNS.


Bagaimana menukar DNS pada komputer?


Untuk Windows XP

1. Klik Start -> Control Panel -> Network Connection

2. Klik kanan pada icon Local Area Connection

3. Klik Properties -> General

4. Klik pada Internet Protocol TCP/IP -> Properties

5. Tick pada Use the following DNS Server addresses

6. Primary dan Secondary DNS, masukkan IP address seperti di atas.


Untuk Windows Vista & Windows 7

1. Start -> Control Panel -> Netwok & Internet -> Network & Sharing Center

2. Klik Change Adapter Setting

3. Klik kanan pada icon Local Area Connection

4. Klik Properties -> General

5. Klik pada Internet Protocol TCP/IP -> Properties

6. Tick pada Use the following DNS Server addresses




Langkah yang lebih mudah dan ringkas :






p/s : Cara yang sama boleh digunakan untuk sekatan internet disekolah atau dipejabat.
 sumber dari facebook.
 

Wordless Wednesday #1 - Dunia

Assalamualaikum..





KL Gangster Review + OST

Assalamualaikum.
KL Gangster merupakan salah satu filem yang dinantikan oleh cs untuk menontonnya sejak melihat trailernya buat kali pertama di youtube. Penantian itu akhirnya berakhir semalam apabila ianya ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Singapura dan Brunei cs tak pasti sama ada sudah ditayangkan atau tidak.


Filem ini merupakan salah satu filem yang mengisarkan dan mengupas mengenai kehidupan seorang ahli kongsi gelap yang kita mudah menyebutnya sebagai gangster. Kita tidak patut membandingkan filem ini dengan filem kongsi yang sudah ditayangkan kerana setiap filem ada halatuju masing-masing dan pada pendapat cs halatuju dan mesej kedua-dua filem itu memang berbeza.


Filem KL Gangster ini merupakan filem arahan Syamsul Yusof yang terbaik setakat ini. Kepuasan memang dapat dirasai selepas menonton filem ini walaupun durasi filem ini hanya 1 jam 21 minit. Walaupun filem ini dilabel sebagai filem aksi serius tetapi babak lucu diselitkan dan bertambah lucu disebabkan salah satu watak iaitu abang Long Fadil yang dilakonkan oleh Zizan Raja Lawak. Tidak dilupakan kepada salah satu watak iaitu Ajib yang dilakonkan oleh Sofi Jikan yang menyajikan dialog lucu.



Aksi yang dilakonkan dan diaturkan memang terbaik, semuanya nampak real. Apa yang membuatkan cs puas menonton filem ini adalah babak yang tidak panjang dan lari daripada halatuju satu-satu babak itu sendiri. Watak lain yang turut menghidupkan filem ini adalah Malek lakonan mantap aaron aziz, Jai lakonan Adi Putra dan tidak dilupakan watak yang dipegang oleh Syamsul Yusuf iaitu Shark. Sebenarnya apa yang cs dapat lihat dari lakonan Syamsul Yusuf telah bertambah baik atau mungkin dia lebih sesuai memegang watak sebagai seorang gangster.



Keseluruhan plot KL Gangster ini memang menarik dan membuatkan penonton tergamam dengan aksi yang ditonjolkan tetapi macam biasa ending filem ini banyak memberi persoalan dan membuatkan penonton keliru dengan jalan cerita filem ini. Walaubagaimanapun satu mesej penting yang hendak disampaikan memang ada dalam filem ini iaitu kalau sudah masuk satu geng kongsi gelap anda tidak boleh keluar darinya dan tiada istilah cuci tangan dalam kongsi gelap. Rating keseluruhan yang dapat cs berikan untuk filem ini adalah 4.5/5 sebab ini antara filem aksi Malaysia terbaik pernah cs tengok.

Takhta [Lagu Tema KL Gangster] - Filsuf ft.Erna


BCR Kontest: Kamilah Geng BCR




Assalamualaikum.
Pada kali pertama tengok  banner kat atas tu mesti akan tertanya-tanya apa sebenarnya Bloggers Chat Room (BCR)?
Untuk maklumat BCR ini merupakan salah satu ruangan khas untuk blogger-blogger bertemu untuk berkongsi entri, maklumat, melepaskan tekanan dan macam-macam lagi. Di BCR ini hampa@korang semua boleh bertemu semua jenis orang dari Otai hingga ke Newbie semua ada kat sini.

Pada yang masih belum mendaftar menjadi ahli BCR boleh berbuat demikian dengan klik sini untuk mendaftar keahlian dan untuk maklumat lebih lanjut mengenai BCR. Selain dari chat BCR mempunyai satu ruangan blogger berkongsi tips-tips berguna untuk para blogger yang baru mahupun yang telah lama bertapak dalam dunia blog ini.  Terdapat 3 jenis warna pada nickname chatters kat BCR ini iaitu merah, hijau dan ungu. Warna-warna ini digunakan untuk membezakan 3 kumpulan iaitu admin, sponsor dan keahlian biasa.

Semua blogger yang chat kat BCR memang mesra, cs nak kenalkan 3 orang dari mereka.

sitisafiyyah - Beliau merupakan salah seorang admin kat bcr. Nickname yang beliau gunakan kat bcr juga sama iaitu sitisafiyyah dan singkatan yang boleh digunakan ialah ss. Blog beliau bertemakan warna alam sekitar iaitu warna hijau, kalau singgah memang tenang saja mata memandang. Blog beliau juga ada menyediakan beberapa toturial yang mungkin dapat membantu anda.
Azrael - Beliau merupakan salah seorang sponsor kat bcr. Terdapat lebih kurang 26 orang sponsor setakat hari ini kalau tak salah kiraan cs pada ruangan feed kat bcr. Nickname yang digunakan di bcr juga adalah azrael. Beliau merupakan salah seorang hacker dan bukannya cracker tau. Blog beliau berwarna putih dan ada serba sedikit warna biru. Blog ini menyajikan banyak info-info menarik untuk tatapan blogger. Selain itu blog azrael ini juga ada ruangan chat dan radio.
Kyo - Beliau merupakan antara blogger yang terawal cs kenal kat dalam dunia blog. Nickname yang digunakan kat BCR ialah kyo_9. Beliau merupakan seorang blogger Malaysia yang masih belajar di Jepun jadi tidak hairan kenapa blog beliau ada bendera Malaysia bersama bendera Jepun. Beliau juga merupakan die-hard fan pasukan Arsenal yang dapat dibuktikan berdasarkan salah satu entri telah  yang ditulisnya. Blog beliau banyak menulis tentang apa yang dilaluinya.  

tag 3 orang iaitu :
lyzx
kaki wayang

Syarat Penyertaan : 

1. Buat entri bertajuk "BCR Kontest: Kamilah Geng BCR".

2. Letak header BCR di atas dan linkkan ke entri ni.

3. Ceritakan apa itu Bloggers Chat Room (BCR), secara ringkas.

4. Perkenalkan 3 geng BCR beserta blog mereka.

- Dalam memperkenalkan mereka, nyatakan nickname, dan ceritakan sikit pasal diri dan blog mereka. Tak perlu terperinci. Ringkas dah cukup.

5. Tag 2 orang geng BCR lain, dan pastikan mereka tau ditag.

6. Linkkan entri kontest anda di komen entri ni.


Kontest berlangsung selama 3 minggu. Bermula 1hb 6 dan berakhir pada 22hb 6 2011. Walaubagaimanapun, tarikh tutup kontest mungkin akan dipercepatkan.