CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Kena Tahan Seminggu!!

assalamualaikum. 
Sejak kebelakangan ini ada sesuatu yang menyerang laptop aku. Mulanya ada virus yang datang. Aku dah dapat tangani dengan tenteram dengan  membuatkan rundingan bersama virus tersebut dan dia setuju untuk diquarantinekan. Tapi ianya hanya sementara, tak tau virus apa pulak yang datang menyerang menyebabkan laptop menjadi lembab seperti menggunakan processor pentium 1. Kejadian ini jarang sekali berlaku sebab aku menggunakan antivirus yang agak berkualiti tapi mungkin sebab percuma dia tidak dapat berkerja dengan sepenuhnya (fully function). Selepas kes demi kes aku selesaikan aku diserang satu lagi kes yang sangat berat untuk aku tangani iaitu kes pemanasan global yang menyerangnya. Sudah banyak perkara telah aku buat untuk menyelamatkan dia tapi tidak satu pun berkesan. 

Semalam aku membuat keputusan untuk menghantarnya kepada pihak yang lebih pakar. Aku hantar terus kat service center yang lokasinya tidak begitu jauh dari kawasan rumah aku. Sampai saja kat situ ada seorang keluar dari center tersebut dalam keadaan agak yakin dan ini membuatkan aku berasa keputusan yang aku buat ini adalah betul. Aku terus masuk kedalam tanpa memberi salam. sebab pekerja seorang cina dan seorang lagi hindu. Rasanya masa yang aku sampai memang sesuai sebab tak ada pelanggan lain selain dari aku. Sampai kat kaunter terus dia tanya apa masalah laptop dan pernah tak datang sini sebelum ini. Rasa macam ada kat dalam klinik pulak masa tu. Aku tak pernah pun pergi sebelum ini sebab biasanya  kalau ada masalah aku kecik2 aku selesaikan sendiri tapi oleh kerana masalah ini agak besar terpaksa aku antar kat situ.  

Lepas tu dia cakap nak periksa laptop dan aku pun bagi. Ingatkan nak periksa apa masalah dalaman rupanya dia cuma nak daftarkan laptop aku kat dalam sistem data. Lepas tu dia cakap kena tinggal situ sebab dia ada masalah hardware. Kalu buat pesanan hardware kena minggu depan dan terpaksa aku tunggu selama seminggu. Dengan rasa berat hati aku pun setuju dan disuruh untuk mengisi beberapa borang untuk dijadikan rujukan service center dan aku. Walaupun hati ini berat untuk meninggalkannya tapi itu kebaikan bersama. Lepas ini aku mungkin akan jarang blogwalking selama seminggu atau lebih. Nanti aku akan balas kunjungan anda semua. ....


Kawasan Mendaki Bukit Jambul



Assalamualaikum. Oleh sebab kebosanan menghadap laptop ni  dari bangun sampai tidur balik aku buat keputusan untuk bersenam pagi ini. Biasanya kalu tak cuti boleh berfutsal  (bermain futsal). Pada waktu cuti biasanya kalu duk umah aku selalu pergi mendaki  kat bukit jambul. Rasanya sesiapa yang menetap dan berasal dari Pulau Pinang  mesti  tahu tempat ni. Entri ini aku cuma berniat nak berkongsi gambar saja tak mau cerita panjang-panjang.


Pintu Gerbang ke Kawasan Mendaki.. 






Permulaan Trek





Zon  Pendakian

































Pandangan dari Puncak BUkit Jambul





Antara kemudahan-kemudahan di Puncak Bukit Jambul



Jepun Juara Asia




AFC Asian Cup Trophy.jpg
Assalamualaikum.Oleh kerana aku tak boleh nak melelapkan mata aku membuat keputusan untuk tulis entri mengenai piala asia. Piala asia merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Gabungan Bola Sepak Asia.Ianya sebuah kejohanan yang dilangsungkan setiap 4 tahun. Kali pertama ianya dilangsungkan adalah pada tahun 1956 yang dijuarai oleh pasukan Korea Selatan yang berlangsung di Hong Kong.  Kejohanan ini berlangsung dari 7 Januari 2011 hingga 29 Januari 2011 iaitu semalam. Sebanyak 16 pasukan bertanding. Gol yang dijaringkan sepanjang kejohanan ini adalah sebanyak 90 jaringan. Pada tahun ini kejohanan diadakan sekali lagi dan tuan rumah pada tahun ini adalah Qatar dan dijuarai oleh pasukan Jepun. Tempat kedua menjadi milik pasukan Australia selepas dikalahkan pasukan Jepun. Diikuti pasukan Korea Selatan ditempat ketiga selepas mengalahkan pasukan Uzbekistan. 


Berikut merupakan keratan dari laman bharian mengenai perlawanan akhir Piala Asia.



Doha - Jepun menjulang Piala Asia untuk kali keempat apabila pemain gantian, Tadanari Lee, menjaringkan gol pada masa tambahan untuk kemenangan 1-0 ke atas Australia sebentar tadi. Lee yang tidak dikawal merembat masuk bola dengan kaki kiri dari jarak 10 meter hasil hantaran silang Yuto Nagatoma pada minit ke-109.Australia yang bermain pada perlawanan akhir pertama sejak berpindah dari zon Oceania ke Asia pada 2006 turut tewas kepada Jepun pada peringkat suku akhir empat tahun lalu. 




dan ini pula highlight  perlawanan tersebut...




Petrol Mana Lebih Baik?


Assalamualaikum..Pada entri lepas aku ada ceritakan mengenai jenis-jenis minyak yang ada. Pada entri ini pula nak kongsi mengenai petrol yang sering digunakan pada kenderaan. Ada orang menyatakan petrol A lebih baik daripada petrol B atau minyak B lebih bagus daripada bahan api C. Adakah itu benar?

Di Eropah, klasifikasi keseragaman kelas bahan bakar petrol dibahagikan kepada tiga kelas utama. RON91, RON95 dan RON98. Pembahagian itu dibuat berdasarkan jenis keperluan bahan bakar yang diperlukan pada setiap jenis enjin berlainan pengeluar. RON91 dicipta untuk enjin yang mampu menerima petrol berplumbum, RON95 untuk petrol tanpa plumbum yang juga disebut petrol premium dan RON98 atau disebut juga sebagai Super Plus atau Super Premium. Bermula hari ni, klasifikasi penjualan minyak petrol di Malaysia akan diselaraskan kepada dua jenis RON (Research Octane Number) iaitu RON95 dan RON97. Dalam jangka masa kurang dua bulan dari sekarang, RON95 akan menggantikan RON92 yang berharga RM1.90 seliter, manakala RON97 akan menjadi petrol premium pada harga RM2.40


Apakah kesannya kepada pengguna? Sebenarnya, banyak yang perlu diketahui tentang asas RON itu sendiri.

Di seluruh dunia, pencemaran bahan api fosil telah meningkatkan kesedaran umum. Justeru itu, kualiti bahan bakar ditingkatkan. Jurutera bertungkus lumus memikirkan idea untuk mencipta enjin dengan sistem pembakaran moden yang mampu beroperasi menggunakan petrol spesifikasi RON yang dibangunkan. Kandungan sulfur juga diminimumkan.


Adakah semua petrol RON95 sesuai dengan kereta anda? Bagaimana mengetahui kesesuaian tersebut? Langkah paling mudah adalah melihat pada penutup petrol.

Jika ia tidak dinyatakan, rujuk buku panduan kenderaan. Biarpun begitu, tidak semua pengeluar kereta menulisnya dalam bentuk angka. Sebahagiannya ditulis dalam istilah leaded dan unleaded. Jangan khuatir, majoriti petrol yang dijual di Malaysia (termasuk RON92) adalah petrol jenis tanpa plumbum (unleaded). Adakah RON97 lebih baik daripada RON95? Secara teorinya, ya tetapi secara paraktiknya, tidak. Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B. Perlu diingatkan bahawa setiap petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing. Techron, Primax dan Infiniti merupakan antara petrol yang dihasilkan menerusi kajian dan pembangunan yang serius. Anda mungkin biasa menonton iklan bagaimana petrol di stesen A berupaya membersihkan enapan karbon pada injap dan omboh.


Adakah ia sekadar gimik?Adakah petrol RON95 berkualiti rendah?


Ini adalah pandangan yang salah. RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol. RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana. Gandingan itu akan memutlakkan tahap pembakaran enjin yang bakal digunakan. Sekiranya enjin anda cukup sekadar dengan pembakaran RON95, kenapa perlu membazir membeli petrol RON97? Adakah jam Breitling memberi maklumat waktu yang lebih tepat berbanding jam Casio? Sebaliknya, jika enjin anda dicipta untuk membakar dengan RON97, adalah tidak memadai menggunakan RON95 kerana omboh akan mengalami masalah ketukan (knocking). Ini kerana enjin silinder bergerak dengan membakar petrol menjadi gas. Asasnya, enjin yang dicipta untuk RON95 adalah kebuk pembakaran yang berupaya membakar sejumlah 95 peratus oktana. Perlu diingat bahawa sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95. Namun, jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku. Petrol yang baik bergantung kepada pengeluar petrol itu sendiri. Seperti yang diterangkan pada awal nota ini tadi, setiap petrol tidak sama. Dakwaan mengatakan semakin tinggi RON adalah lebih baik dan mampu menghasilkan enjin yang lebih berkuasa juga tidak benar. Petrol yang baik adalah petrol yang sesuai dengan RON yang diperlukan oleh enjin.


sumber dari salah satu forum mengenai permotoran...

Cerita Pasal Minyak!!


assalamualaikum...
minyak merupakan salah satu hasil bumi yang sangat bernilai kepada dunia...diantara industri yang menggunakannya ialah minyak masak, minyak bahanapi, pelinciran, petrokimia, pemindahan tenanga, dan lukisan...terdapat beberapa jenis minyak iaitu biologi, mineral dan sintetik...
minyak biologi adalah minyak yang diperolehi dari benda hidup seperti haiwan dan sayuran...contoh minyak biologi adalah minyak sayuran, minyak pati, minyak binatang dan minyak tar...

minyak mineral pula adalah minyak yang diperolehi dari  sebatian semula jadi yang dibentuk menerusi proses geologi...contoh minyak mineral adalah galian minyak  iaitu hasil sampingan dalam proses penyulingan petroleum untuk menghasilkan gasolin...galian minyak ni ada banyak nama lain...antara nama dia minyak hidraulik, minyak hidrokarbon, minyak parafin dan minyak mineral putih...contoh lain untuk minyak mineral ini pula ialah petroleum yang juga dipanggil sebagai minyak hitam...petroleum sering digunakan sebagai bahan bakar untuk kenderaan..selain sebagai bahan bakar dan pelincir, petroleum turut digunakan dalam pelbagai industri seperti pembuatan pelarut, baja serta racun perosak, sabun dan detergen, pewangi, plastik dan  bahan letupan...
minyak sintetik atau minyak tiruan ialah minyak yang terdiri daripada sebatian-sebatian kimia yang pada asalnya tidak wujud dalam minyak mentah (petroleum) tetapi dikilang secara tiruan (disintesiskan) daripada sebatian-sebatian yang lain....minyak tiruan ini boleh dijadikan pengganti bagi minyak pelincir seperti minyak hitam biasa (dari petroleum) yang ditapis daripada petroleum....



Follower ke 500th

assalamualaikum dan salam sejahtera....

penantian untuk mendapatkan 500 folllower berakhir hari ni...
untuk pengetahuan semua follower ke 500 merupakan seorang jejaka yang bernama


 abu luqman


jemput singgah blog abu luqman 


menarik betul kata pembuka dari blog beliau iaitu...

Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Hidup Bagaikan Sebuah Bahtera , Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..Mengharungi Lautan Luas , Bertemankan Badai disisi…..


blog yang simple dan banyak berkisarkan tentang hidupnya...

terima kasih kepada semua yang sudi follow blog yang tak seberapa ini...tidak dilupakan kepada silent reader yang selalu singgah blog ni...terima kasih sekali lagi...
kepada semua follower blog ini kalau sudi sila amek banner yang tak seberapa kat bawah di dan letakkan kat blog anda...


p/s:  follower yang banyak tak menjaminkan traffic yang tinggi...

My 18 Minutes Survey



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ini merupakan kali pertama aku post entri menggunakan Microsoft word…setelah berjam-jam merenung page new post ni dalam keadaan kosong dan tanpa ada sebarang idea…tiba-tiba ada kat shoutbox ada satu tag dari cikgu ct..rasanya ini merupakan tag pertama aku pada tahun 2011…rasanya cikgu ct tag aku sebab tengok blog ini jarang update dan dia pun dapat rasakan yang aku ni tak da idea…dalam duk perah otak untuk menjawab tag dari cikgu ct dapat lagi satu tag selepas direfreshkan page aku …kali ini dapat tag untuk join contest…oleh kerana blog ni tak pernah nak sertai sebarang contest sepanjang berada dalam dunia blog ini aku pun tergerak hati untuk join…dalam erti kata lain dapat hidayah untuk join contest…
(nak join contest pun kena tunggu hidayah??)

Rasanya dah cukup aku mengarut dan dah tiba masanya untuk aku membalas tag yang 
pertama iaitu dari Cikgu CT

Starting time : 11:24 am 
Name : ceritasekupang
Brother(s) : Ada seorang abang...
Eye's colour : erm...mungkin warna hitam..

Shoe's size : 8 (saiz kaki orang dewasa)

Hair : Hitam itu menawan...tapi aku bukan Rain..

Piercing : None

What are you wearing right now? : seluar dan t-shirt

Where do you live now? : At Penang
Favorite number : 22, 30, 90

Favorite drink : Nescafe, Teh Tarik & Teh Ais

Favorite breakfast :  roti canai@telur

Broken a bone : none until this moment ...

Been in a police car : wish to..

Fallen for a friend : erm...still thinking....

Fallen for a guy in a short period of time : i;m not gay

Swam in the ocean : ofcourse..
Fallen asleep in school : sometimes

Broken someone's heart : erm...nope...

Cried when someone died : erm...try not to...

Sat by the phone all night waiting for someone to call : sometimes.....

Saved e-mails : Yes

Been cheated on : HATEd it

What...

What your room like? : ofcourse like room...
What is right besides you? : almari...

What is the last thing you ate? : erm...homemade tosai...

Who...

Who did you last yell at? : someone...

Who was the last person you dance with? :  huh?

Who last made you smile? : my best friend..


Final questions...

What are you listening right now? : radio...xfm..
What did you do today? : breakfast...
Are you the oldest : erm...depends...

Indoors or outdoors? : dua-dua kot


Today you did...
Talk to someone you like? :  Yes

Kiss anyone? : Nope

Sing? : bila diri rasa ingin dihiburkan..

Talk to an EX? :  erm...

Miss anyone? : Yaaa..All my friends....

Eat? : just finish my breakfast...


Last person who...

You talked to on phone : My mom

Made you cry : no one

You went the mall with : my family

Who cheered up you : My friends


Have you...

 
Been to Mexico? : No.
Been to USA? : No.


Random...

Have a crush on someone? : erm...

What book are you reading right now? : facebook...hehe...
Best feeling in the world : peace....

Future kids name : erm...not the right time to think bout that.....
Do you sleep with with a stuffed animal? : No.

What is under your bed? : another bed

Favourite sport (s) : futsal and bowling
Favorite place (s) : Home sweet Home

Who do you really hate? : love everybody then u'll feel peaceful
Do you have a job? : i'm student

 

What time is it now? : 11:42


akhirnya...habis jugak!!!  thanks kepada yang tag....

With however long it took you to complete this,
post as My __ Minutes Survey and tag 15 people.
adeh...sampai 15 orang?? 


dan kepada sesiapa yang terasa nak jawab tag ini...



Karaoke = Orkestra Kosong!!!


assalamualaikum dan salam sejahtera...

nyanyian merupakan salah satu daripada bentuk hiburan yang sangat popular dan diminati oleh semua orang tidak kira dari golongan tua mahupun yang muda...Bagi kebanyakan orang, menyanyi adalah salah satu cara melepaskan tekanan kerja dan menyampaikan perasaan, samada rasa bosan, marah, mahupun cinta. Selain daripada itu, nyanyian juga mewujudkan peluang untuk perjumpaan sosial yang sihat di kalangan kawan karib. untuk entri kali ini aku nak kongsi mengenai karaoke...


karaoke merupakan gabungan dua perkataan bahasa jepun iaitu  kara yang membawa maksud "kosong", dan Ĺkesutora yang membawa maksud "orkestra".Karaoke bermula di Jepun sejak tahun 80an, nyanyian muzik dengan peralatan audio dan TV dikenali sebagai “Karaoke”. Demam fenomena nyanyian ini bertahan sehingga hari ini tanpa sebarang tanda pudar popularitinya.





Selama ini, Karaoke telah digunakan dengan bejayanya di kelab-kelab, majlis-majlis sosial, acara korporat, dan mahupun di rumah.  Karaoke telah melanda dengan pantas berikutan dengan kos yang mahal untuk kugiran berkumpulan (“live band”), terutamanya di negara maju seperti Jepun, Korea Selatan dan Taiwan. Kos yang lebih murah, sistem yang tersedia dan lagu boleh dipilih secara sukahati telah menyebabkan Karaoke makin mengantikan “live band”. Bagaimanapun, konsep penyanyi band kugiran masih tidak terikut sehingga tahun 90an, dan dengan bahagian pemasaran yang terhad kepada golongan tertentu sahaja.

sejak beberapa tahun lalu karaoke semakin popular dan ini membuatkan  beberapa syarikat mula menyediakan perkhidmatan hiburan berbentuk studio karaoke dan rakaman lagu di dalam bilik kecil yang khasnya untuk latihan atau hiburan yang berdasarkan konsep keluarga dan kos rendah di Malaysia

p/s: Dalam Islam,kebolehan berlagu merupakan suatu perkara yang sering menjadi khilaf dikalangan para alim ulama dan Imam-imam sehinggalah sekarang. Adapun masih banyak pendapat ulama berkaitan kebenaran untuk bernyanyi,bermain alat muzik perlulah sentiasa berhati-hati, tidak melanggari batas pergaulan, tidak mendedahkan aurat dan sebagai. Walauagaimanapun lagu atau nyanyian masih boleh dilakukan sekiranya prinsip penyampaian mesej nyanyian tidak lari dari landasannya serta perlulah bercorak kebenaran serta mentauhidkan(mengesakan)Tuhan.

filem cereka paling laris 2010

assalamualaikum dan salam sejahtera...
Filem cereka lazimnya mengambil masa tayangan lebih kurang 90 minit dan kebanyakannya ditayangkan di pawagam atau dewan tertentu yang dapat memuatkan ramai penonton. Sejarah filem Malaysia bermula seawal tahun 1920 di mana beberapa buah filem dokumentari telah diterbitkan. Namun sejarah filem cereka hanya bermula pada tahun 1933 di mana filem Laila Majnun berjaya diterbitkan oleh syarikat Motilal Chemical. Filem arahan pengarah dari India, BS Rajhans itu berdasarkan hikayat cinta dari timur tengah di mana pelakon bangsawan M. Suki memegang peranan sebagai Majnun. Sejak itu pembikinan filem cereka telah berkembang pesat dengan kemasukan penerbit bersaudara Shaw dari China. Kegiatan perfileman ketika itu berpusat di Singapura. Berikut merupakan 20 filem cereka yang paling laris di Malaysia sehingga tahun 2010...



BIL
JUDUL FILEMPENERBITKUTIPAN ( RM / JUTA )TAHUN
1.
Ngangkung
MIG PRODUCTION SDN.BHD.8.122010
2.
Adnan Sempit
MIG PRODUCTION SDN.BHD.7.662010
3.
Hantu Kak Limah Balik Rumah
TAYANGAN UNGGUL SDN. BHD.6.892010
4.
Lagi-lagi Senario
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD6.332001
5.
Geng : Pengembaraan Bermula
LES' COPAQUE PRODUCTION SDN.BHD.6.202009
6.
Sembilu 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.6.101995
7.
Jangan Pandang Belakang Congkak
MIG PRODUCTION SDN.BHD.6.092009
8.
Jangan Pandang Belakang
MIG PRODUCTION SDN.BHD.5.782007
9.
KL Drift 2
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.5.672010
10.
Cicakman
KRU COMMUNICATION SDN.BHD.5.152006
11.
Maria Mariana
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.4.721996
12.
Duyung
KRU COMMUNICATION SDN.BHD.4.672008
13.
Senario The Movie
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD4.581999
14.
Gerak Khas The Movie
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.4.402001
15.
Sembilu
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.4.391994
16.
Senario Lagi
GRAND BRILLIANCE SDN.BHD4.372000
17.
Lagenda Budak Setan
ASTRO SHAW SDN. BHD.4.282010
18.
Senario The Movie : Episod 1
MIG PRODUCTION SDN.BHD.
4.26
2008
19.
Jangan Pandang Belakang Congkak 2
MIG PRODUCTION SDN BHD4.232010
20.
Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam
SKOP PRODUCTION SDN. BHD.4.142009


filem Ngangkung menduduki tempat pertama...untuk menonton trailer dan membaca sipnosis boleh klik sini kepada yang terlepas menonton cerita ni kat pawagam boleh download kat link kat bawah ni


Part 1


Part 2


extract pastu join guna software Hj Split untuk sambung kedua2 part...

sakit mata...tidak!!!

assalamualaikum dan salam sejahtera...
sakit mata selepas mengimpal merupakan salah satu perkara biasa bagi seorang pengimpal...ianya berlaku akibat dari terkena asap dan cahaya yang dikeluarkan semasa proses mengimpal dilakukan...perkara ini dapat dielakkan dengan mengamalkan satu langkah keselamatan yang mudah iaitu memakai


pelindung muka

selain dari menggunakan pelindung muka yang sememangnya wajib semasa mengimpal kita juga perlu minum banyak air untuk menyejukkan badan sebab kawasan kimpalan lebih panas dari suhu bilik...




kalau sakit mata juga cuba makan panadol sebelum tido dan letakkan kain lembab dimata anda semasa tidur...kalau nak tahu lebih mengenai cara untuk mengelakkan leh klik sini...jika keadaan berlarutan sila dapatkan nasihat doktor...ianya juga boleh mengakibatkan kita hilang daya penglihatan...

apa motif aku menaip entri ini??
aku mengalami masalah yang sama iaitu sakit mata dan sudah semakin kurang selepas minum air teh...

Main Game snake dalam video youtube

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak berkongsi mengenai sesuatu yang aku dapat tahu dalam keadaan tidak sengaja...sebenarnya kita boleh bermain game snake sementara menunggu video loading didalam laman web youtube...aku tak pasti berapa ramai yang tahu mengenainya tapi aku memang jakun selepas berjaya melakukannya....sementara aku masih lagi ingat pasal ni aku terus nak update blog untuk berkongsi...berikut merupakan antara screen shot...



cuba buka mana-mana video...klik pada video tersebut...cuba tekan mana-mana butang  arah pada keyboard...sebagai contoh tekan kiri semasa video masih lagi loading...



selepas dah keluar seperti apa yang ditunjukkan pada video diatas anda dah boleh mula bermain...


lebih mudah untuk bermain kalau dah pause video...lepas ini rasanya tak boring sangat kalu nak tunggu video tu loading...aku cuba main menggunakan google chroome dan tiada masalah...



entri pertama 2011

assalamualaikum dan salam sejahtera...
setelah seminggu tanpa sebarang update dan tinggal hanya beberapa jam sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru masihi...rasanya sambutan tahun baru pada tahun ini akan lebih memberikan kegembiraan kepada negara kita disebabkan kejayaan pasukan bola sepak negara yang telah memenangi piala AFF suzuki pada hari rabu yang lalu dan menamatkan penantian setelah 14 tahun menanti untuk membawa pulang piala tersebut....selain dari kemenangan itu terdapat banyak lagi kejayaan yang mewarnai negara kita tahun lepas...tahun 2010 pergi meninggalkan banyak kenangan manis dan pahit...banyak juga yang dipelajari sepanjang tahun 2010 dan akan dipelajari untuk tahun ini....kenapa perlu letakkan azam pada setiap awal tahun?? aku pun tak tahu tapi itulah yang sentiasa dilakukan dan itu telah telah dijadikan sebagai sesuatu yang wajib apabila menjelangnya tahun baru...sesi persekolan akan bermula esok bagi yang bersekolah dan aku ingin mengucapkan selamat memulakan sesi persekolahan pada tahun 2011...