CeritaSekupang

Walaupun cuma sekupang tetapi ianya berharga

Iklan .

a

Percy Jackson & The lighting Thief

assalamualaikum...

ari ni hari ahad...tdi petang p tgk wayang crita percy jackson kat qbay...nasib bek timing cantik ari ni...tak payah susah-susah nak beratur panjang2...keluaq umah 1 lebih...orang tak ramai lgi masa tu...dapat tiket pukul 2:30...sempat la nak buat apa yang patut sblum masuk panggung...crita ni boleh bagi 4 bintang setengah...lawak pun boleh tahan jgk...action pun ada...kira ok kepada sapa2 yang nak bawa anak-anak kecik pi tgk sbb rate umum...


wassalam...

Sesat Di Hujung Bida'ah Kembali Ke Pangkal Akidah



Assalamualaikum...
pada post ini saya  ingin membincangkan tentang bida'ah.

MAKSUD BIDAAH
Dimensi bahasa: Sesuatu yang baru yang tidak ada contohnya dari masa yang lepas.
Dimensi syarak:
                       1) Rekaan baru dalam agama yang menyerupai syarak,
                       2) Bertujuan menghampirkan diri pada ALLAH
                      
"Setiap bidaah adalah sesat." -Hadis Riwayat Muslim.

Dengan kata lain: Orang yang membuat cara baru dalam bentuk apa pun yang disandarkan pada agama (ibadah), dapat dicop sebagai penipu agama. Mereka gemar membuat sesuatu perkara yang nampaknya seolah-olah agama tetapi pada hakikatnya menyimpang dari tuntutan agama.

Contoh-contoh Bida'ah

1- Imam berdoa sesudah solat subuh dan asar sambil menghadap makmum dan disambut makmum dengan bacaan amin. Nabi tidak pernah berbuat demikian walaupun sekali.

2- Bertasbih (SubhanAllah), tahmid (Alhamdulillah) dan takbir (ALLAHuakbar) setelah solat adalah sunnah tetapi irama yang dibuat-buat adalah termasuk bid'ah. Mereka sudah mengetahui asas yang diguna pakai dalam amalannya adalah hadis yang datang dari Rasullulah, tetapi anehnya, mereka beranggapan bahawa cari sebegitu (berzikir secara beramai-ramai dengan suara yang kuat) sebagai salah satu langkah untuk menegakkan sunnag Rasulullah.

3- Bidaah membaca selawat sebelum azan sehingga orang awam menganggap bahawa bacaan tersebut merupakan sebahagian daripada azan. Padahal yang sebenarnya kalimat-kalimat azan itu adalah terpelihara dan sudah menjadi ketetapan syarak.

4- Bidaah membaca Al-Quran dan zikir dihadapan jenazah dengan suara keras. Tentang membca Al-Quran dan zikir itu sendiri sudah jelas ada dalam Islam, tetapi bukan dengan cara demikian.

5- Bidaah memakakai pakaian untuk berkabung atau apa cara tanda menunjukkan kesedihan atas si mati (termasuk meraung-raung). Padahal Rasulullah pernah bersabda: "Barangsiapa membaca 'inna lillahi wainna ilaihi raji'un ketika ditimpa musibah, Allah akan menghilangkan musibahnya itu dan memperbaiki keadaan selanjutnya serta memberikan ganti yang diredaiNya".

6- Bidaah bagi keluarga si mati menyediakan makanan dan membuat kenduri untuk para penziarah. Sepatutnya, orang yang datang perlu menggembirakan  keluarga si mati.

7- Walimatul urus (majlis perkhawinan) merupakan satu tradisi yang baik tetapi Islam tidak merestui adanya berlebih-lebihan dan bermewah-mewahan yang menyebabkan pembaziran.

8- Bidaah membaca talkin dan al-Quran atas kubur.

BAHAYA BIDAAH
1. Bid’ah merupakan tipuan yang tak ubahnya dengan tipuan dalam perdagangan. Barang yang baik dicampur dengan barang yang buruk yang kemudiannya dibawa ke pasar untuk ditawarkan kepada orang ramai seraya dikatakan bahawa barang tersebut adalah baik, tidak cacat dan tidak ada aib sedikit pun.
2. Sedangkan dalam hal ibadah, kita wajib berittiba’(mengikut sepenuhnya tanpa pindaan) kerana itu adalah asas dalam agama. Jadi, mereka model-model dan cara-cara baru dalam ibadah adalah bid’ah yang sesat dan terkutuk.

APA YANG PATUT DILAKUKAN?
1. Apabila sudah pasti bahawa Rasulullah tidak pernah mengerjakannya, kita wajib meninggalkannya sekalipun larangannya tidak ada. Dan kalau kita kerjakan, itu termasuk bidaah.
2. Mengapa kita harus memberatkan diri terhadap sesuatu yang ALLAH sendiri sudah memberikan keringanan (rukhsah)? Mengapa pula kita harus menyibukkan diri pada sesuatu yang kita cipta sendiri tanpa tahu samaada ia diterima atau tidak?

WUJUDKAH BIDAAH HASANAH?
1. Tidak wujud sebarang bidaah hasanah (bidaah yang baik, kononnya) di dalam syarak.
2. Sudah dinyatakan semua bidaah adalah sesat dan tempatnya adalah neraka.


WUJUDKAH BIDAAH DALAM URUSAN DUNIAWI?
1. Bidaah hanya wujud dalam urusan akhirat.
2. Dalam urusan duniawi, Umat Islam dituntut untuk membuat perkara baru (invention) - Cth: dalam bidang industri, pertanian, perubatan. Sabda Rasulullah: "Kamu lebih mengetahui urusan dunia kamu." (HR Muslim)
3. Muslimin perlu mengikut ketetapan ALLAH dan mengarahkan kesemua fikiran dan tenaga mereka untuk membuat perkara-perkara baru di dalam urusan dunia supaya mereka menjadi mulia dan menguasai dunia sebagaimana saudara-saudara Islam sebelum mereka.

"Sunnah Ditatang, Bida'ah Ditentang."
~wassalam~

DIA kekasih Allah s.w.t

assalamualaikum...sempena Maulidaur Rasul ini mari kita sama-sama layan lagu ini...


Dia Kekasih Allah-Hijjaz


Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu 

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah 


wassalam...

jalan-jalan bikin penat~~~

assalamualaikum...
ari ni lepas sja balik dari keja aku p qbay jalan-jalan...sebenarnya nak bikin cermin mata baru lorh sbb cermin   mata yang aku pakai sebelum ni x brpa clear waktu malam dan ada silau sikit....pastu sementara tggu cermin mata tu siap aku rilek kat dalam kedai tu...tauke 2 cakap sekejap sja buat sbb nak tukar kanta saja...tak tukar frame skali...BAJET tak brpa ada...hehe...tiba-tiba ada satu lot kedai depan kedai cermin mata yang aku buat ni papan  penutup kedai dia runtuh....mula-mula dengaq bunyi sja...pastu runtuh tiba-tiba...punca kejadian masih disiasat...haha....nasib baik orang tak lalu kat depan kedai dia masa papan tu jatuh...kalu tak mesti dah arwah...haha...








satu gambar ni sja aku amik...










ni cermin yang aku cakap silau...pecah sbb orang kat kedai buat jadi ukuran kat mesin...berlubang sbb letak dalam mesin...













ni kanta yang baru...lebih jelas dan dah tak silau lagi~~~



rasanya yang tu saja untuk kali ni...wassalam...

Aku bermohon kepadaMu...Ya Allah....

assalamualaikum...
bumi ini semakin hari semakin tua...banyak tanda kiamat yang telah muncul tetapi berapa ramai yang sedar...ada yang menanti hari kiamat ini tetapi adakah anda sudah bersedia dengan kedatangan hari kiamat???
filem 2012 cuma imiginasi manusia dan bagaimana pula dengan ketentuan Allah s.w.t yang mungkin 1000 kali ganda lebih hebat dari pemikiran manusia... Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif  lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlomba-lomba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebagiannya muncul menyertai anda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.
Tanda kiamat besar adalah perkara yang besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Ya’juj dan Ma’juj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.
Para ulama berbeda pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, “Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahwa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s. Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan kondisi langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat.” Ibnu Hajar melanjutkan, ”Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat.” (Fathul Bari)
Tanda-Tanda Kiamat Kecil
Tanda-tanda kiamat kecil terbagi menjadi dua: Pertama, kejadian sudah muncul dan sudah selesai; seperti diutusnya Rasulullah saw., terbunuhnya Utsman bin ‘Affan, terjadinya fitnah besar antara dua kelompok orang beriman. Kedua, kejadiannya sudah muncul tetapi belum selesai bahkan semakin bertambah; seperti tersia-siakannya amanah, terangkatnya ilmu, merebaknya perzinahan dan pembunuhan, banyaknya wanita dan lain-lain.
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah saw
Jabir r.a. berkata, ”Adalah Rasulullah saw. jika beliau khutbah memerah matanya, suaranya keras, dan penuh dengan semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, ‘(Hati-hatilah) dengan pagi dan sore kalian.’ Beliau melanjutkan, ‘Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini.’ Rasulullah saw. mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah. (HR Muslim)
2. Disia-siakannya amanat
Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majelis sedang berbicara dengan sahabat, maka datanglah orang Arab Badui dan berkata, “Kapan terjadi Kiamat ?” Rasulullah saw. terus melanjutkan pembicaraannya. Sebagian sahabat berkata, “Rasulullah saw. mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya.” Berkata sebagian yang lain, “Rasul saw. tidak mendengar.” Setelah Rasulullah saw. menyelesaikan perkataannya, beliau bertanya, “Mana yang bertanya tentang Kiamat?” Berkata lelaki Badui itu, ”Saya, wahai Rasulullah saw.” Rasulullah saw. Berkata, “Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat.” Bertanya, “Bagaimana menyia-nyiakannya?” Rasulullah saw. Menjawab, “Jika urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” (HR Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya
Rasulullah saw. ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab, “Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlomba-lomba saling tinggi dalam bangunan.”(HR Muslim)
4. Sungai Efrat berubah menjadi emas
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sampai Sungai Eufrat menghasilkan gunung emas, manusia berebutan tentangnya. Dan setiap seratus 100 terbunuh 99 orang. Dan setiap orang dari mereka berkata, ”Barangkali akulah yang selamat.” (Muttafaqun ‘alaihi)
5. Baitul Maqdis dikuasai umat Islam
”Ada enam dari tanda-tanda kiamat: kematianku (Rasulullah saw.), dibukanya Baitul Maqdis, seorang lelaki diberi 1000 dinar, tapi dia membencinya, fitnah yang panasnya masuk pada setiap rumah muslim, kematian menjemput manusia seperti kematian pada kambing dan khianatnya bangsa Romawi, sampai 80 poin, dan setiap poin 12.000.” (HR Ahmad dan At-Tabrani dari Muadz).
6. Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tiada akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?” Rasulullah saw. Menjawab, “Haraj adalah pembunuhan, pembunuhan.” (HR Muslim)
7. Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari Kiamat.” (HR Bukhari).
8. Banyak polisi dan pembela kezhaliman
“Di akhir zaman banyak polisi di pagi hari melakukan sesuatu yang dimurkai Allah, dan di sore hari melakukan sesutu yang dibenci Allah. Hati-hatilah engkau jangan sampai menjadi teman mereka.” (HR At-Tabrani)
9. Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada seorang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, ‘Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia.’ Kecuali pohon Gharqad karena ia adalah pohon Yahudi.” (HR Muslim)
10. Dominannya Fitnah
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Tidak akan terjadi kiamat, sampai dominannya fitnah, banyaknya dusta dan berdekatannya pasar.” (HR Ahmad).
11. Sedikitnya ilmu
12. Merebaknya perzinahan
13. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda. “Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kebodohan, banyaknya perzinahan, banyaknya orang yang minum khamr, sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai pada 50 wanita hanya ada satu lelaki.” (HR Bukhari)
14. Bermewah-mewah dalam membangun masjid
Dari Anas ra. bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Diantara tanda kiamat adalah bahwa manusia saling membanggakan dalam keindahan masjid.” (HR Ahmad, An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
15. Menyebarnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya.” (HR Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapat, apakah dari yang halal atau yang haram.” (HR Ahmad dan Bukhari)
16. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.
Tanda-Tanda Kiamat Besar
Sedangkan tanda-tanda kiamat besar yaitu kejadian sangat besar dimana kiamat sudah sangat dekat dan mayoritasnya belum muncul, seperti munculnya Imam Mahdi, Nabi Isa, Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj.
Hudzaifah bin As-yad al-Ghifaryberkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi MuhammadS.A.W kepada kami lalu bertanya, “Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?” Lalu kami menjawab, “Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat.”
Sabda Rasulullah S.A.W. “Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :
  1. Asap
  2. Dajjal
  3. Binatang melata di bumi
  4. Terbitnya matahari sebelah barat
  5. Turunnya Nabi Isa A.S
  6. Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
  7. Gerhana di timur
  8. Gerhana di barat
  9. Gerhana di jazirah Arab
  10. Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.
Dajjal maksudnya ialah bahaya besar yang tidak ada bahaya sepertinya sejak Nabi Adam A.S sampai hari kiamat. Dajjal boleh membuat apa saja perkara-perkara yang luar biasa.Dia akan mendakwa dirinya Tuhan, sebelah matanya buta dan di antara kedua matanya tertulis perkataan ‘Ini adalah orang kafir’.
Asap akan memenuhi timur dan barat, ia akan berlaku selama 40 hari. Apabila orang yang beriman terkena asap itu, ia akan bersin seperti terkena selsema, sementara orang kafir pula keadaannya seperti orang mabuk, asap akan keluar dari hidung, telinga dan dubur mereka. Binatang melata yang dikenali sebagai Dabatul Ard ini akan keluar di kota Mekah dekat gunung Shafa, iaakan berbicara dengan kata-kata yang fasih dan jelas. Dabatul Ard ini akan membawa tongkat Nabi Musa A.S dan cincin Nabi Sulaiman A.S.
Apabila binatang ini memukulkan tongkatnya ke dahi orang yang beriman, maka akan tertulislah di dahi orang itu ‘Ini adalah orang yang beriman’. Apabila tongkat itu dipukul ke dahi orang yang kafir, maka akan tertulislah ‘Ini adalah orang kafir’. Turunnya Nabi Isa. A.S di negeri Syam di menara putih, beliau akan membunuh dajjal. Kemudian Nabi Isa A.Sakan menjalankan syariat Nabi Muhammad S.A.W.
Yakjuj dan Makjuj pula akan keluar, mereka ini merupakan dua golongan. Satu golongan kecil dan satulagi golongan besar. Yakjuj dan Makjuj itu kini berada di belakang bendungan yang dibangunkan oleh Iskandar Zulqarnain. Apabila keluarnya mereka ini,bilangannya tidak terhitung banyaknya, sehingga kalau air laut Thahatiah diminum nescaya tidak akan tinggal walau pun setitik.
Rasulullah S.A.W telah bersabda,” Hari kiamat itu mempunyai tanda, bermulanya dengan tidak laris jualandi pasar, sedikit sahaja hujan dan begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan.Ghibah menjadi-jadi di merata-rata, memakan riba, banyaknya anak-anak zina,orang kaya diagung-agungkan, orang-orang fasik akan bersuara lantang dimasjid, para ahli mungkar lebih banyak menonjol dari ahli haq.”
surah Al-kahfi merupakan surah ke 18 dan mempunyai 110 ayat didalamnya...dan jika dikira 18 didarabkan dengan 110 bersamaan dengan 1980. dan tarikh ini amat dekat dengan kita..mari kita sama-sama fikirkan dan hitung sendiri berapa dekat kiamat itu dengan kita...sekadar ingin memberi peringatan kepada diri dan pembaca blog ini...terima kasih...wassalam


Layan sudah~~~


assalamualaikum...
best plak lagu ni...jom layan sesama~~~



Ahli Fiqir - Derita Merindu

Kau katakan cinta gunakan akal
Bila aku gunakan
Kau yang menyangkal
Bagaimana nak kekal
Kau katakan cinta gunakan minda
Bila aku gunakan
Kau yang tak percaya
Bagaimana nak bahagia

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Chorus
Kaulah bahagia (bagiku)
Kaulah derita (bagimu)
Esok lusamu
Tak ku kenal lagi engkau siapa

Dan aku cuba sedaya upaya
Telah ku usaha dengan sepenuh jiwa
Bagaimana hendak ku lupa
Bayangan wajahmu selalu di depan mata
Harum baumu masih dapat ku hidu
Bagaimana ingin aku membencimu
Jikalau setiap hari merindu
Sekiranya derita merinduimu
Itu sebenarnya bahagia
Aku pilih derita

Ulang Chorus

Mungkinkah esok atau lusa
Walau biarpun lama
Akan ku biar tiada
Ku tetap kan setia
Entah bila akan tiba
Sampai jua harimu yang sama
Esok seperti semalaman yang tak berubah

Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula
Kaulah tanda tanya
Kau tiada titik noktah
Ku dibuai mimpi lena
Dikejut igau semula

Seandainya kau berada di depan mata
Mudah untuk aku berkata-kata
Supaya dapatku melihat seraut wajahmu
Walaupun belum tentu kau mahu bertemu
Apalagi memandangku
Setelah ku turutkan segala kemahuan
Kau mainkan perasaan
Begitu mudah kau ucapkan
Terimalah saja kenyataan
Aku masih terkilan

Maafmu tak bererti kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

Ulang Chorus 2X

Jika kau dapat memahami
Hati seorang perindu
Baru kau tahu derita hatiku
Jika suatu hari nanti giliran kau merindu
Baru kau ingat derita diriku
Segala yang berlaku bukan kemahuanku
Apa gunanya bahagia
Jikalau bahagia bersamamu
Hanyalah untuk sementara waktu
Aku pilih derita merinduimu

Maafmu tak bererti
Kau mudah sesali
Berulang kali telah kau mungkiri
Manis mulut berjanji terpedaya lagi
Menanti biar terus didustai

http://www.4shared.com/get/139837236/2f6714ff/Ahli_Fiqir_-_Derita_Merindu.html (link untuk download lagu ni)


wassalam....

Ragam Manusia....

assalamualaikum...
apa yang dapat kita olah dari tajuk post ini...mari kita rujuk surah Fushshilat ayat 49-51  yang bermaksud...




Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan. Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari Kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya." Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras. Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa.




Melalui ayat diatas saya dapat rumuskan bahawa manusia selalunya akan lupa kepada pencipta apabila mereka berada dalam kesenangan dan akan menggangap semua itu datang dari usaha mereka dan tidak akan bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Tetapi apabila mereka berada dalam kesusahan mereka akan senantiasa berdoa dan memohon kepadaNya. Segala yang datang kepada kita adalah ujian dariNya untuk melihat ketabahan diri kita. Ianya juga akan dapat menguatkan diri kita untuk menghadapi sesuatu dugaan yang lebih besar. Allah s.w.t  selalu berada bersama kita tidak kira kita berada dalam apa keadaan sekalipun. Sahabat yang baik  juga akan sentiasa bersama kita tidak kira semasa kita susah mahupun senang. Marilah kita memohon kepadaNya untuk sentiasa dekat denganNya. wassalam.....

hari yang panjang~~~

assalamualaikum....
smlm aku bersama membe aku ke meru, perak untuk menghadiri kenduri...kami brtolak pada pukul 11:30 pgi....kami mengambil masa 2 jam untuk sampai ke ipoh...sampai di sana kami dijemput oleh membe aku...sedap jgk la masakan kat tempat tu...lepas dah abih kenduri kami pergi ke kedai minum untuk lepak-lepak sebelum balik ke penang...kami bertolak balik dari ipoh dalam pukul 6:15 petang dan sampai ke penang lebih kurang pukul 8 malam....ni sini la kisahnya bermula...simpang terakhir menuju ke rumah aku menjadi saksi....aku melanggar sebiji motor wave 100 berkaler hitam...mangkuk betui la cina yang bawa motor 2...dah tau aku nak masuk dia boleh pulas pendikit minyak lgi...aku dah on lampu isyarat dah dia rilek sja jalan...so apa yg berlaku selepas itu...2 org menjadi superman selepas terlanggar aku.....terbang ke tembok lalu menyebabkan motornya....lingkup teruk!!!!! wwwwaaaa~~~~
lepas itu aku igt nak blah terui...tapi kesian punya pasai rilek dulu la...p tengok....kesian aku membawa maut....lepas aku tgk dia....ada plak cina mai menyibuk...duk minta no ic la apa la...bgi aku pening plak...pastu aku buat keputusan untuk report polis la....tapi tgk dia macam teruk...aku bawa la dia p hospital...agak lama jgk la...dah abih suma p pulak kedai moto...settle pasai moto dia plak....sembang p sembang mai...kena la rm350...mak cina 2 lgi duk bising....nasib bek la ada sowang ni tolong...kalu tak...maybe dah x dak lesen aku skrang ni.....bajet boleh sampai umah pukui 8 malam dah jadi pukui 12....pasai satu masalah,...nasib la keta x jadi apa2...kalu tak..abih nak kena soal siasat kat umah...haha...jadikan ini rahsia wokeh pembaca blog sekalian...haha....






antara keadaan motor....











no plat moto mangsa....




lagi gambar motor....








mungkin ini adalah dugaan darinya...x pa aku terima dengan redha...kata orang belajarlah dari pengalaman tetapi guru yang paling kejam adalah PENGALAMAN itu sendiri...wassalam...~~~

nama-nama yang dilarang dalam Islam....

assalamualaikum...
sebenarnya post kali ini hanya untuk berkongsi dengan semua yang mengenai nama-nama yang dilarang dalam Islam...setiap nama ada maksudnya yang tersendiri dan pada maksudnya pula menjadi doa pada yang menyebutnya...jika buruk maksudnya maka buruklah doa orang padanya...jika baik maksudnya maka baiklah doa orang kepadanya...di sini saya sertakan beberapa nama yang dilarang oleh Islam kerana membawa maksud yang buruk...

Abkam = Tidak celik, buta 
Abiqah = Hamba yang lari dari tuannya 
Afinah = Yang bodoh 
Asyar = Paling jahat 
Asyirah = Yang tidak bersyukur atas nikmat 
Amah = Hamba suruhan perempuan 
Baghiah = Yang zalim, jahat 
Bahimah = Binatang 
Balidah = Yang bodoh, bebal 
Bakiah = Yang menangis, merengek 
Baqarah = Lembu Betina 

Batilah = Yang batil, tidak benar 
Dabbah = Binatang 
Dahriyah = Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya 
Dahisyah = Goncang, stress 
Darakah = Kedudukan yang rendah 
Daniyah = Yang lemah dan hina 
Dami'ah = Yang mengalir air matanya 
Fasidah = Yang rosak, yang binasa 
Fasiqah = Yang jahat, si fasik 
Fasyilah = Gagal, kalah 
Fajirah = Yang jahat, yang berdosa 
Faji'ah = Kecelakaan 
Ghafilah = Yang lalai, yang leka 
Ghailah = Kecelakaan, bencana 
Ghaibah = Hilang 
Ghasibah = Perampas, perompak 
Ghamitah = Yang tidak mensyukuri nikmat 
Ghawiah = Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu 
Haqidah = Yang dengki 
Hasidah = Yang hasad 
Hazinah = Yang sedih 
Huzn = Kesedihan 
Khabithah = Yang jahat, yang keji 
Khali'ah = Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu 
Khati'ah = Yang bersalah, yang berdosa 
Khasirah = Yang rugi 
Khamrah = Arak 
Jariah = Hamba suruhan perempuan 
Jafiah = Yang tidak suka berkawan 
Kaibah = Yang sedih 
Kafirah = Yang kafir, yang ingkar 
Kamidah = Yang hiba, yang sangat berduka 
Kazibah = Pendusta, pembohong 
Lahab = Bara api 
Laghiah = sia-sia, tidak berfaedah 
La'imah = Yang tercela 
Lainah = Yang terkutuk 
Lahifah = Yang sedih, menyesal dan dizalimi 
Maridah = Yang menderhaka 
Majinah = Yang bergurau senda tanpa perasaan malu 
Majusiah = Agama menyembah api atau matahari 
munafikah = Yang munafik 
Musibah = *tut!*, bencana, kemalangan 
Nariah = Api 
Nasyizah = Yang menderhaka dan melawan suami 
Najisah = Yang najis dan kotor 
Qabihah = Yang buruk, hodoh 
Qatilah = Pembunuh 
Qasitah = Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran 
Qazurah = Kejahatan, perzinaan 
Rajimah = Yang direjam, yang dilaknat 
Razi'ah = Kecelakaan, musibah 
Razilah = Yang keji dan hina 
Sakitah = Yang jatuh, yang hina, yang jahat 
Safilah = Yang rendah dan hina 
Sahiah = Yang pelupa 
Sakirah = Pemabuk 
Syafihah = Yang bodoh 
Syaridah = Yang diusir 
Syaqiyah = Yang menderita 
Syarrul Bariyyah = Sejahat-jahat manusia 
Syani'ah = Yang buruk 
Syarisah = Yang buruk akhlak 
Syatimah = Maki hamun 
Syariqah = Pencuri 
Talifah = Yang rosak, yang binasa 
Tarbiyah = Yang papa kedana 
Tarikah = Anak dara tua 
Tafihah = Karut 
Talihah = Yang tidak baik 
Yaisah = Yang berputus asa 
Yabisah = Yang kering, yang sedikit kebaikannya 
Wahinah = Penakut 
Waqihah = Yang kurang sopan dan malu 
Wasikhah = Yang kotor 
Wasyiah = Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang 
Wahimah = Yang lemah 
Wahiah = Yang lemah, yang jatuh, yang buruk 
Wajilah = Penakut 
Wailah = Bencana, keburukan 
Waqi'ah = Pertempuran dalam peperangan, umpatan 
Zalijah = Kebinasaan 
Zalilah = Yang hina 
Zalimah = Yang zalim 
Zaniyah = Penzina, pelacur 
Zufafah = Racun pembunuh 

terima kasih kerana membaca....sekian...wassalam....
~ceritasekupang~